Wednesday, July 15, 2015

Bila kau dah besar

Dulu zaman kanak kanak hingus cendol meleleh dekat hidung sibuk nak jadi orang dewasa. Pandai bawak kereta, pandai masak, pandai jalan sorg-sorg. Zaman aku kecik kecik aku paling takut kalau dah nak malam (time nk dekat maghrib dah) sebab mak pesan budak-budak petang pukul 6 petang tu dah mana boleh main kat atas jalan. Zaman aku kecik kecik tak payah cakap la aku main apa? Main baling sliper, baling tin semua aku join dah mcm budak lelaki dah. Tapi kwn kecik kecik bukan akan dengan kita melalui proses pembesaran . Ha maksud aku setiap stage dalam kehidupan kau , aku dan semua orang akan hilang kawan secara berperingkat dan dapat kawan kawan secara berperingkat. Like seriously aku tak pernah terfikir sampai mcm tu dlu smpaj dlu aku rasa sayang gila dekat kawan-kawan dah mcm best friend. ..... Tu semua konon. 

Zaman belajar ada kawan zaman belajarnya which is : 1) kawan zaman tadika (ko abis tadika kau dah tak jumpa dah kawan tadika kau melainkan kalau dia satu sekolah rendah dengan kau) 
2) kawan sekolah rendah memang kalau kau habis darjah 6 tu kalau kau sekolah sama dan memang rezeki kau kawan dengan member dari sekolah rendah tu memang cool la. 
3)kawan sekolah menengah ni selalu orang akan stay atau just leave it. Ha mcm tu jelah kitaran proses persahabatan dalam hidup. Zaman ni smua kawan-kawan akan buat haluan memasing demi nak capai cita cita . Ada yang masuk university dapat pulak ceruk-ceruk malaysia . Balik pun setahun 2,3 kali jew. Ha itu nasib baik dapat study kat malaysia. Kalau dapat yang power gila ha lepas spm terus fly membawa diri sebab result gempak gila. Ha selalu mcm ni so zaman belajar untuk jadi org dewasa dah bermula. Bagi pendapat aku kawan ni kalau nak anggap semua kawan baik susah sebab kita sendiri belum jumpa kawan yang bebetul baik untuk kita. Aku punya pengalaman lah bab bab kawan ni. 

Kawan baik ni susah nak cari unless she/he can accept diri kau apa adanya. Susah wey nak cari member macam ni. Bagi aku kalau kawan baik dia takkan burukkan kawan dia yang dia anggap kawan baik dekat org lain. Yes selalunya perempuan ada masalah dalam relationship friend ni. Haha apa pun mcm mana kalian handle tu mudah sahaja. Aku jenis mengambil langkah mudah cepat dan practical. Avoidkan diri anda dan janganlah susah payah nk bertekak bagai dengan org yang mcm ni. Dah kalau kita tau dia suka bg pahala free kat kita apasalahnya. Dapat jugak pahala iye dak? 

Konklusi 

Kalau tanya aku kawan ini penting ke tak? PENTING la jugak tapi penting time memerlukan sahaja. Kalau nak ada kawan baik tu tak perlulah sebab kalau cari kawan yang susah senang sesama okaylah tapi kalau cari kawan yang susah lari takpelah kawan sekadar perlu sahaja dan bersederhanalah dalam menjalinkan persahabatan. Last-last family ko jugak akan jadi kawan baik ko dan percayalah bahawa sampai ke hari ini aku masih tak nak kawan rapat dengan manusia nanti abislah . 

Salam sayang salam kosong kosong. Aku just nk bgtau yang aku sebagai hamba Allah yang banyak kekhilafan memang susah nak maafkan perbuatan orang kat aku tapi aku cuba untuk maafkan dan ikhlaskan apa yang orang lain buat dekat aku. Biar apa pun org buat kita walaupun dulu aku sebaris duduk dengan kawan yang ramai last last hanya tinggal aku seorang terkongtang kanting it ok dunia ni nanti semua benda kau akan di tinggalkan seorang. Walaupun pengalaman tu pahit aku percaya one day ada benda yang lagi manis aku akan dapat ! 

Salam aidilfitri ! 

No comments:

Post a Comment