Saturday, August 29, 2015

Diskriminasi

Dear dairy 

Kalau nak cakap isu diskriminasi time diploma dlu aku study banyak benda yang tergolong dalam bab dan isu diskriminasi ni. Antaranya 

1) perkauman 
2) age 
3) isu status (bujang/sudah berkahwin) 

Tapi terbalik pulak bila aku kena isu soal berat badan dan kecantikkan rupa paras. Kadang aku heran jugak yang syarikat ni cuba memperdagangkan wanita ataupun memang nak jual baju atau kain? Lol maksudnya manusia yang kena ada depan mata dan muka hencik manager ni semua kena lawa dan must important kurus? Bila aku bukak balik bab ni hati meruap panas meledak. Tapi dalam islam jangan simpan dendam dengan orang tu. Biar dia jahat mcm mana pun silalah buang benda-benda kotor dalam hati dan diri kita tu. Okay macam ni lah harini aku akan cerita flow by flow tindakan korang yang boleh ambil kalau korang didera secara mental atas bab diskriminasi ini. Maaf aku takkan mention nama company sebab nanti kang tak pasal jatuh saham company tu tak pun aku yang kena saman disebabkan mencemarkan nama buruk yang sememangnya buruk hencek manager tu. 

Berbalik kepada cerita aku. Aku dikenakan gangguan secara mentality disebabkan aku tau dia tak suka kt aku sebab rupa paras. Ouh baru baru ni aku masuk class socialogy lecturer aku cakap "sometimes what make u think you're ugly because people surrounding u" meruap terus darah aku cerita pasal kes diskriminasi ni. So aku pun terpanggil untuk bantu mangsa-mangsa keadaan yang takut nak tampil kehadapan kalau anda di buang kerja atau di berhenti atas kegiatan diskriminasi ini. 

Jalan cerita tak berapa menarik sangat aku pun macam blank nak menulis sebab kalau fikir pasal hencek manager ni aku rasa mcm loya je tekak aku ni. So aku decide nk cerita dari a-z lah jugak sebab demi korg yang sudi membaca oh iye demi hencek manager gila yang sudah jumpa blog saya dan dia sudah stalker blog saya dari A-Z terima kasih! Akhirnya terluah jugak apa yang aku tulis kat kau selama ini.

Bermulanya selepas aku mendapat kerja di syarikat ini pada awal bulan april yang mana aku kena buat decision antara 2 company yang aku pergi interview so dua-dua aku dapat . Satu lagi company ni mostly semua chinese dan sebenarnya aku takut nak kerja bawah chinese sebab banyak dengar pengalaman dari akak dan abg aku sendiri yang team mate diaorg chinese and diaorg ckp mmg org chinese rasict. Aku decide untuk berkerja dekat company melayu ni. Mcm mana yang korang tau aku memang takde pengalaman langsung dalam bidang textile. Like seriously i am zero. Aku tau kain tapi aku takleh nak mention what type of kain bla bla bla. Aku tak kesah sebab that time aku memang tengah nak kumpul duit nak sambung stdy so aku rela belajar untuk benda baru and aku take it as adventure. So pengembaraan kerjaya aku bermula bila mana aku di lambaki dengan marah-marah, caci maki, jerit-jerit . Like seriously aku tak pernah duduk dalam situasi tu. Aku pun rasa hencek manager ni kurang didikan dari segi hati tu duk melalak mcm apa je. (Banyak kali aku tulis, kalau hangpa ada penyakit hati memang susah nak  ubat melainkan kalau hangpa sendiri niat nak berubah) 

Time interview sebenarnya aku dah mula rasa aura tak berapa nak best dekat mamat ni. Ayat first yang terpancul dari mulut dia (ok pointer lepas-lepas panggar and cukup-cukup makan) lepas da 3 minggu aku kerja sana baru aku tahu yang dia tak habis belajar dekat oversea dulu. Amik electrical engineering tapi tak habis belajar. Benda yang paling malu dalam hidup bagi aku, bila kau mengutuk dan mentafsir orang tapi sebenarnya kau sendiri tak habis belajar dan aku syak cert dia tertinggal kat sana. Apa pun goodluck la untuk pembohongan dengan staff baru nanti. Gebanglah yang anda itu sebenarnya bekas engineer tapi sebenarnya nak ada tittle engineer tu pun tak layak. Hahaha ayat yg aku tak suka dengar sampai sekarang bila dia nk marah raise his voice and said "BEB" kau tau kalau aku dengar dia cakap beb aku rasa mcm nak suruh "eh kau nak nyanyi lagu kru ke?" Tapi tak terpancul sebab aku nak cari makan kat sana bukan nak cari pasal. 

Setelah beberapa minggu dia bengang sebab progress lambat kerja aku la. Tapi aku rasa bila aku check dengan member-member aku semua cakap laju jew sebab even aku baru sebulan kerja tapi aku boleh buat benda yang rushing ni. Tapi ada je banyak salah. Adatlah bila dah kau baru dalam bukan bidang kau kan? So dari sini aku da dapat agak bila dia suruh pindahkan meja aku depan pintu masuk yang org duk bubuh kasut n lalu lalang. Alasan sebab " senang nak buat kerja" member-member aku semua pelik. Asal lah sampai nak letak kat luar. Aku tak berapa endah sangat sebab aku pun bukan selalu duk kat tempat aku. Relakan jelah demi nak kumpul duit nak masuk belajar. Niat dah ngam dah time tu aku nk kerja full time and part time belajar. Tapi tak sangka sampai hari kejadian ...

First aku kena halau sebab banyak buat kerja salah. Dekat tempat kerja siap cakap " standard lah nik semua penah kena" so aku ambil benda ni positive. Ada benda yang aku tak berapa nk suka sangat dengan dia ni. Mulut. Depan dan luaran lelaki gagah tapi belakang kalah mulut perempuan. Lebih mcm janda anak 10 yang jenis kepoci tu. Bila dia tanya aku apa masalah aku jawab la jujur " team mate saya tak nak membantu" dah pulak aku dengar cite kat team mate aku lain. Nasib budak-budak ni jenis percaya kt aku lagi dari dia. To be honest lepas kes dia halau aku balik tu sebenarnya macam-macam cerita yang ada. Sampai lah member aku bagi tahu. Eh nik hencek manager ni bangga jew bagi tau semua pekerja-pekerja bangla cakap " ha saya dah halau yang gemuk-gemuk itu balik" aku punya menyirap meluap sampai ke hati mendidih mcm naik 100 degree. Lepas tu dia start cakap kat boss atas aku ni lembab tak pandai buat kerja. Oh iye kau expect dalam masa sebulan tu boleh ke nak catch up semua benda. Hari makin hari aku pun makin rasa stress sampai aku nages dalam toilet kerja nak kena rushing, makan kau, hati kau jadi tak tenteram sebab kena push ngan mamat gila ni. Like seriously aku banyak fikir time kerja kat company ni. Boss dia ok jew tapi manager ni gila kuasa and perangai bossy dia buat semua rasa mcm ya Allah sabar jelah. Kalau nk cakap pasal buruk dia banyak jew. Kuat mengarah org kalah boss besar aku tengok dah macam dia bayar gaji pekerja. Suruh buat tu ini and mostly semua hal peribadi. 

Lama lama tu Allah nak bagi aku hilang kesabaran. Hari dia halau aku balik kali kedua tu memang dia dah tak bagi aku datang kerja dah. Tapi kau tau apa paling aku benci sampai sekarang ? Dan kalau memaafkan itu boleh lagi tapi aku still ingat muka angkuh dia halau aku sambil tunggu depan pintu. Ya Allah time tu aku istigfar banyak banyak and aku cuba coolkan diri aku dari menghentak muka dia atau hentak almari kasut berdekatan. Aku pakai kasut blah. And aku balik punya geram sampai aku nages sakit hati punya pasal tak dapat lawan. So di sebabkan aku n abg aku ada connection dengan company tu kebetulan abg aku balik tertinggal tag keje dia . Dia nampak aku nages dalam kereta dia suruh aku keluar cerita. Aku buat cool lagi lepas tu dah tak tahan terus aku nages. Abg aku dah warning nak pegi tumbuk muka hencek manager tu aku fikir rasional balik tak payahlah nanti tak pasal hilang job sebab dia tu boleh menjatuhkan orang walau apa pun cara. Aku cuba kumpul bukti dengan previous employees tu buat aku kuat nk g buat aduan kat pejabat buruh. 

Nasihat berguna :

If korang sama dan dalam situasi yang mana baru kerja dah kena buang tanpa notis dan korang still tak dapat offer letter korang boleh buat tuntutan dekat office korg offer letter tu and bawak pergi pejabat buruh and file kan kes.

Simple jew . Lepas dah bawak kes pegi pejabat buruh hencek manager angkuh ni cuak kebebeh hahaha. Aku tanya and risik-risik dah banyak pekerja rupanya dia buang tanpa sebab. So kat sini dah boleh tahu kalau org yang lead group kerja yang memang ada sifat leadership and belajar habis dengan org yang tak belajar habis . Tapi bercakap kalah engineer betul. Hahaah akak and abg aku engineer pun tak sombong macam dia. Bukaan nk compare lah tapi kalau takat gaji Rm5k umur 35 tahun, duduk kl pun rumah menyewa aku tak rasa dia. Achieve target success dalam hidup dia sebab umur parat parat dia tak duduk stage dia sekarang. Tapi rezeki Allah nak bagi bersyukur la jangan la berlagak. Apa pun sifat yg dia bawa sekarang semua berbalik pada cara pendidikan asas ibu bapa. So tepuk dada hencek manager tu tanya lah parent dia tak pun kalau hati telah hitam tu suka menjerit, baling file, baling baju kt org. 


Urusan kat pejabat buruh tuntuan dibuat berdasarkan gantian sebab dia tak keluar notice sebab musabab berhentikan aku so parent aku memang dah ajar jangan dendam and besar-besarkan cerita. Biar dia buat kita, jangan kita buat dia so ayah aku suruh amik jew bayaran tu and close case move on . 

Kesimpulannya macam mana teruk pun korang kena jangan takut nk lawan walaupun dia bos korg sebab boss tak semestinya betul dan manager lagi la. Aku tak bernasib baik sebab aku bawak kes ni g hr (main office) dia pun bos aku tu lebih penting seniority katanya so aku redha aku dah maafkan tapi untuk lupa tu mungkin tak. 

Satu je aku nak pesan buat manager angkuh ni yang memang sedia maklum baca blog aku. 

Terlebih dahulu terima kasih visited my blog ! 
1) Tak perasan ke setiap kesusahan yang Allah datangkan dalam kehidupan kita sebenarnya dtg dari kesalahan kita sendiri yang datangnya dari menyakitkan hati org , menyekat rezeki orang lain dengan memburuk-burukkan org lain. 

2) Nikmat kesenangan yang Allah bagi buat kau jadi lupa kesusahan dlu dan buat kau tak pandang kesusahan orang lain. Mungkin tak semua nak cerita sebab dan musabab kenapa nak sangat kerja walaupun bukan bidang aku. Bg aku time tu kerja untuk dapat duit and duit tu aku nak sambung study tapi aku tau kenapa Allah buat and spin plan aku. He know better. 

3) Jangan terlalu selesa dan yakin anda tak jumpa orang-orang yang anda da pernah buat diaorg rasa dendam dengan  anda. Refresh balik. Takut kalau jumpa nanti anda mungkin di bawah mereka-mereka yang anda hina dlu. 

4) Menghina rupa paras org lain sepertimana anda menghina ciptaan Allah swt. Sebab perlu diingati setiap perbualan dan percakapan adalah doa. Bayangkan harini anda hina sipolan dan sipolan kelak reflect dekat keluarga atau org yang anda syg. allahualam ini bukan doa tapi cuma pencerahan. 

5) Buang buang lah perangai ke anak-anakkan anda yang suka buat drama sinetron dan akasia mcm di petang hari kat tv3 tu. Sebab umur dah 35 malu nyalah lagipun anda seorang lelaki. 

Akhirnya . 

Kalau ada umur jumpa sebab dunia ni kecik. Cuma jangan malu kalau jumpa previous orang yang pernah anda hina. 

Eh ha aku memang takkan panggil dah kau en sebab rasanya tanda en tu hormat tapi kalau org seperti kau . Pergi tengok cermin. 


Thursday, August 27, 2015

Berbicara dengan Alam

Assalamualaikum wbt 

Mungkin ramai yang beranggapan berbicara dengan alam bukan perkara yang wajar di ketengahkan dalam pendidikan rohani dan jasmani kita ? SALAH sama sekali. Setiap kali di lihat kiri dan kanan jangan di lihat ianya bukan penting . 

Berbicara dengan Alam bukan satu interaksi yang mudah. Interaksi bersama alam ini cukup mudah sebenarnya jika di hayati dengan jayanya seperti kalian menghayati novel-novel cinta atau drama-drama berseri korea?! How u appreciate our environment?  

Islam adalah agama yang sentiasa menitik beratkan kebersihan, saling hormat menghormati antara manusia dan alam persekitaran. Bila berbicara bersama alam mungkin akan terfikir, jaga kebersihan dan selainnya. Ianya bukan sekadar kita berinteraksi tetapi ianya perbuatan antara hati dan alam. Mungkin ramai tidak menemukan kepentingan berinteraksi bersama alam sekitar. 

Dalam konteks islam Allah jadikan dan melengkapi setiap perbuatanNya sebagai satu kemudahan dan pelengkap untuk kita sentiasa memerhati sekeliling untuk lebih menghormati alam sekitar. Allahu! Siapa yang tidak terusik bila melihat gunung ganang melambai riang, pokok-pokok yang tegap berdiri gagah. Hijau itu datangnya dari warna ketenangan. Mana mungkin kita sanggup merosakkan alam sekitar yang indah ini? 

Berbicara dengan Alam ini antara satu penghormatan antara perbuatan dan satu titik permulaan kasih sayang yang di pupuk untuk terus melindungi dan tahukah kalian bahaya pokok-pokok itu hidup dan perlu diingatkan bahawa setiap apa sahaja yang bernyawa itu perlu di hormati dan di kasihi. 

Moga-moga sentiasa menjadi insan yang penyayang tidak kira bersama alam sekitar, menjalinkan hubungan sesama manusia, bersama semua makhluk yang sewajarnya mendapat penghormatan dan semestinya kasih sayang. 

Nik amirah :)

First class

Dear dairy 

When u have to stand alone by yourself yes u need to be independent always la wey. So my first class in taking this challenging  way in my career path i need to sacrifice all in my life. Ameen insyallah 

So my first class was quite good! Semua benda best yes yang paling best bila kau kena ice breaking yg mana kena break the ice in yourself. Seperti yang sedia yang korg tau mestilah masscom mesti kena tak boleh malu-malu dan macam-macamlah. Kena tampil ke hadapan dan semestinya kena pandai bercakap. Pengalaman zaman study kat kptm in hr memang totally different. Sebenarnya aku sangat nervous sekarang ni aku rasa mcm aku takleh nak carry on tapi weyh tak adventure lah kalau tak buat macam sekarang ni kan ? 

*ni bilik yang bakal aku kena duduk yeahaaa

Wednesday, August 26, 2015

Hey shah alam

Dear dairy 

Hello shah alam. Sebenarnya malu nak cakap aku homesick sebenarnya . Tapi nak cakap jugak sebab aku nak cerita pengalaman mencari rumah sewa aku ni. Ya Allah first masuk tu punyalah rasa mcm worse gila hostel yang aku nak duduk tu so akak aku decide untuk tidak menetapkan aku kt sana so aku sangat redha and bersyukur rasa mcm ya Allah nasib la akak aku tau mcm mana erti penyeksaaan. 

So alhamdulillah dapat jumpa bebudak ni. Ha aku duk serumah dengan budak diploma umah baru 18 tahun tapi bagus sangat diaorg ni . Alhamdulillah lah dapat jumpa orang yang baik-baik n bagus-bagus. Aku pun berharap bila time degree ni aku dapat jumpa bebudak yang ok. So Allah dah makbulkan doa aku. So yeay. 

So for the rent is not so bad sebab murah and okay la and yang paling best sebab rumah fully furnished and bebudak ni pun bersih and aku hanya memerlukan colorox untuk putihkan bilik air tu hahaa well aku kan mestilah nak bilik air biar berkilat. Apa pn untuk menjalani sem pertama ini aku kena struggle untuk mengejar bus sebab kereta accident so yeay memang berkicap jugak la nak kejar bus kan. Apa pun buat macam biasalah sebab da kena back to routine diploma balik. Ish harap harap la zaman kena kejar mengejar ni habis dengan cepat. Apa pun please doakan aku berjaya untuk amik degree ni. 😊 

Sunday, August 23, 2015

LOPAK TIKANG

Resipi lompat tikam
BAHAN BAHAN

LAPISAN BAWAH :
4 cawan air pandan (dikisar dari daun pandan) 
1 cawan tepung beras
1 sudu besar air kapur

LAPISAN ATAS :
4 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung beras
Sedikit garam

AIR GULA :
2 ketulan gula melaka
4 cawan air
1 daun pandan dicarik & disimpulkan
CARA MEMBUATNYA

Lapisan Bawah - Campurkan tepung beras, air kapur & air daun pandan dan masak dengan api sederhana sehingga pekat berkilat. Tuangkan ke dalam mangkuk atau bekas yang sesuai

Lapisan Atas - Campurkan kesemua bahan2 dan masak atas api sederhana sekejap saja. Apabila sudah pekat tutup api dan tuangkan ke dalam mangkuk yang sama tadi
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimakan bersama dengan air gula melaka.





KEK BATIK

BAHAN BAHAN

1. Biskut marie
2. Milo
3. Nescafe
4. susu pekat 1 tin
5. butter cup 1 packet

cara cara

1. panaskan butter cup sehingga cair dan masukkan susu pekat 1 tin atau setengah mengikut cita rasa masing-masing

2. selepas dah sebati , masukkan milo 3-4 cawan milo dan letak bersama 1 1/2 sudu nescafe kacau sehingga rata .

3. pecahkan biskut marie dan tuang adunan yang telah di masakkan di atas dapur tadi..

selamat mencuba !


IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI (KEPUJIAN) (KEWARTAWANAN)

Dear dairy 


Time menulis ni aku rasa sangat stress dengan kerja yang last minutes nak kena settlekan. permulaannya cerita yang mana kau kena buat itu ini last minutes. sebenarnya kalau nak di ikutkan aku memang malas nak sambung study tapi kalau tengok dengan desakkan kehidupan yang makin parah wey tak berani aku kalau bertarung dengan segulung diploma kat tangan. yes. serious tak berani.. "bukan nak cakap atau menidakkan rezeki" selagi mana kita kena berusaha so usaha la kan sebab Allah pun mengalakkan kita berusaha. 

Kalu di tangan kenapa aku nak jugak go with this course ? sebab aku rasa aku malas nak memenatkan hati dan perasaan untuk buat benda yang aku tak suka for example mcm zaman diploma aku bukan niat nak amik Hr tu tapi di sebabkan family aku suruh so aku kena amik jugaklah. so aku amik sebab atas nasihat abg-abg and akak-akak aku. 

IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI (KEPUJIAN) (KEWARTAWANAN)

AKU RASA course ni mcm kena dengan aku di sebabkan aku ni pun kaki kaki jugak nak menulis so aku nak cuba nasib kalau kalau aku boleh g dengan bidang ni kan ? mintak-mintak segala apa yang aku harapkan berjalan dengan lancar dan di permudahkan oleh Allah swt. 

Aku tak pasti lah course ni aku boleh ke dak tapi yang pasti aku akan berusaha. :)

Sunday, August 16, 2015

RAPAT JADI JAUH SEJAUH-JAUHNYA

DEAR DAIRY 

Di sebabkan kitaorang ni paling rapat dari zaman sekolah . dah rasa mcm semacam jew bila ada kawan yang jahat mulut nak melaga-lagakan kitaorang .. kalau nak ikutkan kami memang kawan dari zaman sekolah rendah. kira mcm childhood punya best friend la ni. zaman sekolah menengah pun still together and paling rasa tak best bila dah habis sekolah ada jew of our geng yang mulut tah pape. biasalah  dalam kawan-kawan ni mesti ada sorang mulut yang tah pape. aku tak salahkan dia pun mulut tah pape tapi aku just salahkan kami sebab tak mengambil langkah berjaga-jaga. 

Sejujurnya aku tak mampu nak jaga kekalan relationship tu kalau ada manusia yang suka memburukkan orang demi nk dapat attention. orang kata mcm musuh dalam selimut. mcm tak sangka pun ada. tapi sebenarnya kadang Allah datangkan mereka-mereka ni sebab nak uji kita semua itu jew. ok FULL STOP. 

Tapi bila jadi tak best bila kau rasa kawan yang kau rapat tu jauh dengan kau sebabkan orang lain mulut dan rasa kalau rapat dengan diri kita , rasa mcm kita ni mcm penyebab penjatuhan kita kat diri. so nak tak nak aku let it go biar benda ni jadi rasa mcm "eh tak payahlah kawan dengan aku or rapat dengan aku nanti macam-macam issue timbul" 

Tapi sedih lah bila kau rasa mcm tu. rasa mcm rindu nak gelak sesama dengan dia dan paling penting nak share macam-macam masalah dengan dia. tapi disebabkan ada orang tengah yang entah kenapa busuk hati kau rasa mcm tak sedap. zaman ni sekarang bukan orang nak cari musuh tapi orang nak cari kawan . tapi kalau yang dia ni nak cari musuh aku hanya mampu elak jelah. apa pun wish you goodluck. sejujurnya kalau kau tak rindu aku pun NAID aku tetapi rindu kau sebab kau kawan susah senang aku. and aku rasa banyak benda kau tahu pasal aku. dan dari aku kenal erti tak melantun bila orang cari pasal dengan kita dan bersabar bebanyak walaupun macam mana hina sekali orang buat dekat kita. tapi sebab sorang ni kita habis satu geng pecah belah. apa pun aku ni ada jew kalau kau memerlukan. dont worry my friend <3 font="">

Saturday, August 8, 2015

Dia tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit.

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.

Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.

Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.

Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.

Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.

Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...

Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.

Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.

Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:

"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."

Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.

Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.

Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.

Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.

Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.

Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?

Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.

Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.

Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati,"Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"

Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.

Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,

"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."

Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.

Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.

Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.

Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.

Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.

Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.

"Engkau harus lekas pulang."

Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.

Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.

Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.

Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.

Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."

Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:

"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."

Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.

Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.

Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.

Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.

Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.

Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.

 

Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk

membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,

sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.

Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,

"Siapakah nama saudara?"

"Abdullah." Jawab Uwais.

Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,

"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"

Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."

 

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.

Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.

Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,

"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."

Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,

"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."

Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,

"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.

Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.

Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.

Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.

"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,

"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"

Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,

"Apa yang terjadi?"

"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.

"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.

"Kami telah melakukannya."

"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"

Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.

Lalu orang itu berkata pada kami,

"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."

"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.

"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya,

"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."

"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.

"Ya!" Jawab kami.

Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.

Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,

"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."

(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)

Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.

Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"

"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."

Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.

"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."

Sunday, August 2, 2015

Kisah sahabat

Kisah Sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Siapa tsa'labah ni ??


Harini kita nak bercerita tentang seorang sahabat Rasulullah SAW yg mulia yg bernama Tsa'labah Bin Abdurrahman radhiallahu anhu.

Tsa'labah bin Abdurrahman adalah salah sahabat yang juga seorang khadam kepada Nabi SAW.

Tsa'labah bin Abdurrahman adalah salah sahabat yang juga seorang pelayan Nabi SAW. Suatu ketika ia melewati rumah seorang wanita Anshar yang kebetulan pintunya terbuka. Spontan Tsa’labah memandang ke dalamnya, dan ternyata wanita Anshar tersebut tengah mandi. Sesaat ia terpesona melihat pemandangan tersebut, dan ketika sadar, ketakutan yang amat sangat menyelimutinya, takut dan malu jika Nabi SAW mengetahui perbuatannya, apalagi bila turun wahyu yang menjelaskan perbuatan maksiatnya. Karena itu ia lari dari kota Madinah dan bersembunyidi pegunungan antara Madinah dan Makkah.

Nabi SAW yang merasa kehilangan sahabat dan khadamnya tersebut. Baginda terus mencari-carinya dan bertanyakan kepada para sahabat lainnya, tetapi tiada sesiapa yang mengetahuinya. 
Setelah 40 hari berlalu Tsa'labah hilang, Malaikat Jibril datang kepada baginda SAW dan memberitahukan bahawa Tsa'labah berada di pergunungan antara Madinah dan Makkah. Maka Nabi SAW menyuruh Umar bin Khattab dan Salman al Farisi untuk mencari dan membawa Tsa'labah pulang ke Madinah.

Well . Tahu jelah kan. Umar yg terkenal dengan bengisnya tu..😅😅😅

Dua orang sahabat tersebut pergi ke tempat yang ditunjukkan Rasulullah SAW, tetapi ternyata tidak mudah untuk menemukan Tsa’labah.

Pada suatu malam, mereka bertemu seorang penggembala bernama Dzufafah, dan menanyakan keberadaan sahabat yang menghilang tersebut. Dzufafah berkata, "Mungkin yang kalian maksudkan, adalah pemuda yang ingin lari dari Neraka Jahanam??"

"Itulah orang yang kami cari…!!" Kata Umar dan Ammar serentak.

Dzufafah menghantar kedua sahabat tersebut ke tempat di mana Tsa'labah berada. Ketika telah bertemu, dan Umar menyampaikan salam Nabi SAW serta tugas yang diberikan kepada mereka, Tsa'labah berkata, "Apakah Rasulullah SAW mengetahui dosaku?"

"Aku tidak tahu," Kata Umar, "Tetapi beliau menyebut namamu dengan lirih dan sembunyi-sembunyi kemudian mengutusku dan Salman untuk menjemputmu…!!"

"Wahai Umar," Kata Tsa'labah, "Janganlah engkau pertemukan aku dengan Rasulullah SAW, kecuali saat beliau sedang solat, atau Bilal sedang mengucapkan : Qad iqamatish shalah!!"

“Baiklah!!” Kata Umar.


"Jika tengah malam menjelang, dia keluar dari kumpulan kami menuju ke atas bukit. Sambil meletakkan tangannya di kepala, ia menangis dan berkata, : Duhai, seandainya Engkau mencabut rohku di antara berbagai roh, jasadku di antara berbagai jasad, janganlah Engkau menelanjangiku di hari pengadilan Kiamat kelak...!!"

Mereka bertiga kembali ke Madinah. Setibanya di sana mereka langsung masuk masjid, saat itu Nabi SAW sedang solat. Begitu mendengar bacaan Nabi SAW dalam solat tersebut, Tsa'labah langsung pengsan. Berhari-hari lamanya Tsa’labah menahan kerinduan untuk mendengar dan menatap wajah yang penuh mulia tersebut, tetapi ia juga dilanda ketakutan dan kekhuatiran akan kemarahan Nabi SAW kerana perbuatan dosanya. Konflik perasaan yang begitu hebat mencapai puncaknya ketika ia melihat dan mendengar suara Nabi SAW secara langsung, sehingga ia jatuh pengsan.

Setelah mengucap salam menutup solatnya, Nabi SAW melihat keberadaan Umar dan Salman, dan keduanya membawa beliau kepada Tsa'labah yang sedang pengsan. Nabi SAW meletakkan kepalanya di pangkuan beliau dan beusaha menyadarkannya. Begitu ia sedar, beliau bersabda, "Apa yang membuatmu lari dariku, wahai Tsa'labah!!"

"Dosaku, ya Rasulullah," Kata Tsa'labah.

"Mahukah engkau kuajarkan suatu ayat yang boleh menghapuskan dosa dan kesalahan?" Kata Nabi SAW.

Tsa'labah mengiyakan, dan beliau bersabda, "Ucapkanlah : Allahumma rabbanaa aatinaa fid dunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah, waqinaa adzaabannar."

"Ya Rasulullah, dosaku lebih besar daripada itu…!!"

"Tetapi Kalamullah pastilah lebih besar..." Kata Nabi SAW meyakinkannya.

Tsa'labah tidak menjawab lagi, walau mungkin ia belum yakin benar. Bukan karena ia tidak percaya dengan ucapan Rasulullah SAW, tetapi lebih karena ia merasa dosanya begitu besarnya, sehingga Allah tidak akan dengan mudah begitu saja mengampuni dosanya. Dalam beberapa riwayat lainnya disebutkan, Tsa’labah tidak hanya melihat, tetapi terjatuh dalam perzinahan dengan wanita tersebut. Melihat keadaannya itu, Nabi SAW menyuruhnya pulang ke rumahnya, tetapi sampai di rumahnya ia jatuh sakit.

Setelah tiga hari menderita sakit dan tidak bangkit dari tempat tidurnya, Salman melaporkan keadaan Tsa'labah kepada Nabi SAW. Beliau mengajaknya mengunjungi rumahnya, dan setibanya di sana, beliau meletakkan kepala Tsa'labah di pangkuan beliau, tetapi Tsa'labah menarik kepalanya. Nabi SAW berkata, "Mengapa engkau menarik kepalamu dari pangkuanku, ya Tsa'labah!!"

"Kerana penuh dosa, ya Rasulullah…!" Kata Tsa’labah.

"Apa yang engkau rasakan?"

"Ya Nabiyallah, aku merasa seperti ada semut-semut yang merayap di sekujur kulit dan tulangku!" Kata Tsa'labah.

"Apa yang engkau inginkan?" Tanya Nabi SAW.

"Ampunan Allah…!!"

Maka Nabi SAW memberikan pengajaran kepadanya tentang hakikat dosa dan taubat, tentang keluasan Rahmat Allah dan Maghfirah-Nya, tentang larangan berputus asa dari rahmat Allah, dan beberapa hal yang berkaitan dengan hal tersebut. Tampak jelas penyesalan di wajahnya, dan airmatanya tak henti mengalir. Tetapi tiba-tiba terbayang lagi satu dosa yang telah dilakukannya itu, Tsa’labah berteriak keras penuh ketakutan dan seketika meninggal dunia.

Nabi SAW mengajak beberapa sahabat mengurus jenazahnya, bahkan beliau sendiri yang memandikan dan mengkafaninya. Usai disolatkan, beliau ikut memikul jenazahnya ke kuburnya, tetapi beliau berjalan sambil berjingkit. Beberapa sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, kami melihat engkau berjalan berjingkit, ada apakah kiranya?"

Nabi SAW bersabda, "Aku hampir tidak dapat meletakkan kakiku di tanah kerana banyaknya malaikat yang ikut takziah dan mengiring jenazahnya…!"

Allah Allah. Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad . Sahabat² . Lihat la tsa'labah. Rasai lah jiwanya yg penuh dengan ketakutan pada Rabb-Nya.

Hanya kerana terlihat aurat bukan mahramnya secara TIDAK SENGAJA , dia melarikan diri. takut akan dosanya . Takut dia akan diambil pulang ketika dia tak sempat bertaubat pada Allah.

Sedangkan Tsa'labah begitu takut akan dosanya. Sahabatku... selamilah jiwa Tsa'labah.

Lihatlah kita harini. Usahkan yg terlihat . Yg sengaja dilihat pun masih tak mendatangkan kesan dihati . Seolah-olah tiada apa² yg berlaku, ianya dipandang remeh .

Apakah mungkin dengan generasi kita harini, kita mampu membangun dan membina generasi seperti zaman Rasulullah?

Apa mungkin hati² yg dipenuhi titik hitam dosa ini mampu membawa gemilang kepada agama ?

Sahabat. Lihatlah. Betapa hancurnya anak bangsa, hancurnya saudara seagama .. dengan tipu daya syaitan.

Kita menidakkan yg haq . mengiyakan yg batil.

Usahkan mereka , lihatlah diri kita.

Tidak malukah kita pada Rasulullah yg sekian lama merindui kita? di mana agama di dalam diri dan hati kita?

Tidak takutkah kita dengan dosa yg menggunung tinggi ?. Allahu Allah.

Saturday, August 1, 2015

Macam biasa jew

Dear dairy

Tahun ni masih tiada apa-apa yang mengembirakan aku melainkan dapat eratkan hubungan sesama keluarga. It seem like wahh nikmatnya bila kita tengok each other rapat each other. Yelah sebab masing-masing dah besarkan and ada yang dah kahwin. Klau tanya pasal life dan hati kosong atau di kosongkan "of course masih di kosongkan demi mencari zauj yang berwibawa dan beriman" eceh haahahaha ayat mcm frust jew nik amirah? 

Takdelah aku tak frust pun tak frust bila semua tanya " eh takkan lah takde yg dah berpunya?" Aku masih rasa weyh apa punya soalan ni. Ni kot gamaknya dilemma yang di hadapi oleh akak-akak usrah aku bila umur makin meningkat. Lagi pula sebab trend sekarang kawen awal-awal lg pening. Aku rasa dah berpuluh entri aku kupas bab ni. Tahun 2015 ni masih sama. BOSAN LAH! 

Sejujurnya masih kosong alah mcm tin kosong kalau ketuk pun berbunyi-bunyi ha mcm tulah. Bukan kosong apa kosong sebab mencari yang bebetul-bebetul yang duk memain ni sampai bila lah saya ni nak serious. Senang jew konsep aku. Tak nak jalan dan kalau aku rasa menyusahkan pun aku tepis setepis-tepisnya. Dah kalau menyusahkan kan susah namanya. Itu namanya mungkin bukan jodoh yang baik. Oh plan aku untuk bulan 9 ni aku nk sambung study so rasanya untuk pelajar yang nak sambung study bila nk kawen-kawen ni macam susah sikit. Yelah nak study nak kawen dua dua nk buat dalam satu masa susah kot. 

PARENTS aku untuk bab ni soalan 2015 masih terbuka dengan sifat "ha kawen lah senang susah nak jaga kau ni" hah biarlah kalau tak nak jaga dah takpe i can take care of myself. Hahaha zaman dunia dah berkembang maju ni mana nak kenal dah face to face come on macam-macam laman social yang boleh nak cari jodoh walaupun people on net ni kadang bahaya. Bagi aku klau kauorg pandai filter diaorg ha they u go dpt lah lelaki/perempuan yang semengah sikit. 

Walaupun dalam entri kali ini tajuk dan plot cerita aku bercampur-campur harap kalian faham bagaimana rasanya perasaan aku kala ini. Ha rasa macam bercampur-campur la. 

The end 

Selamat hari raya

Assalamualaikum wbt 

Ya Allah! This is hard to me nk wish hari raya ! Dengan lambatnya satu hal dengan kebusyan nya satu hal dan dengan tidak ada rezeki berhari raya sakannya satu hal juga. Raya tahun ni macam kurang seronok walaupun dah tambah ahli anggota baru. Ada kak ipar baru , ada anak buah baru and many more! Yeay alhamdulillah syukur tak terhingga dengan mereka-mereka yang singgah dalam keluarga ini untuk memeriahkan suasana. Raya tahun ni tak luar biasa tapi jadi biasa sebab menu utama tahun ni tak buat. Mak tak buat nasi dagang sebab mak pun penat and dalam erti kata yang lain mak pun tumbang. Petang raya mak demam. Huh aku ngan kak aku memang terus kelam kabut masuk dapur sediakan apa yang kitaorg pandai masak. Dengan rendang ayam, daging, ketupat sotong, tapi sedih sikit sebab nasi dagang aku tak berapa nak power buat wey! Apa pun di kesempatan ini aku just nak wish thanks kepada semua dan sesiapa pun yang wish selamat hari raya dekat aku walaupun aku tak balas tapi org tetap dalam doa aku. Kepada pembaca pembaca blog aku ni jugak pun aku nak wish selamat hari raya maaf mungkin lambat dan terlambat (tapi still dalam bulan syawal lagi kan!) hihih korg please maafkan kemengarutan aku dalam setiap bait bait yang kadang tak berapa nak indah didengar ataupun di baca. Terima kasih sebab sudi baca ! 

Nak belanja tgk gambar selfie raya !