Thursday, August 27, 2015

Berbicara dengan Alam

Assalamualaikum wbt 

Mungkin ramai yang beranggapan berbicara dengan alam bukan perkara yang wajar di ketengahkan dalam pendidikan rohani dan jasmani kita ? SALAH sama sekali. Setiap kali di lihat kiri dan kanan jangan di lihat ianya bukan penting . 

Berbicara dengan Alam bukan satu interaksi yang mudah. Interaksi bersama alam ini cukup mudah sebenarnya jika di hayati dengan jayanya seperti kalian menghayati novel-novel cinta atau drama-drama berseri korea?! How u appreciate our environment?  

Islam adalah agama yang sentiasa menitik beratkan kebersihan, saling hormat menghormati antara manusia dan alam persekitaran. Bila berbicara bersama alam mungkin akan terfikir, jaga kebersihan dan selainnya. Ianya bukan sekadar kita berinteraksi tetapi ianya perbuatan antara hati dan alam. Mungkin ramai tidak menemukan kepentingan berinteraksi bersama alam sekitar. 

Dalam konteks islam Allah jadikan dan melengkapi setiap perbuatanNya sebagai satu kemudahan dan pelengkap untuk kita sentiasa memerhati sekeliling untuk lebih menghormati alam sekitar. Allahu! Siapa yang tidak terusik bila melihat gunung ganang melambai riang, pokok-pokok yang tegap berdiri gagah. Hijau itu datangnya dari warna ketenangan. Mana mungkin kita sanggup merosakkan alam sekitar yang indah ini? 

Berbicara dengan Alam ini antara satu penghormatan antara perbuatan dan satu titik permulaan kasih sayang yang di pupuk untuk terus melindungi dan tahukah kalian bahaya pokok-pokok itu hidup dan perlu diingatkan bahawa setiap apa sahaja yang bernyawa itu perlu di hormati dan di kasihi. 

Moga-moga sentiasa menjadi insan yang penyayang tidak kira bersama alam sekitar, menjalinkan hubungan sesama manusia, bersama semua makhluk yang sewajarnya mendapat penghormatan dan semestinya kasih sayang. 

Nik amirah :)

No comments:

Post a Comment