Saturday, August 29, 2015

Diskriminasi

Dear dairy 

Kalau nak cakap isu diskriminasi time diploma dlu aku study banyak benda yang tergolong dalam bab dan isu diskriminasi ni. Antaranya 

1) perkauman 
2) age 
3) isu status (bujang/sudah berkahwin) 

Tapi terbalik pulak bila aku kena isu soal berat badan dan kecantikkan rupa paras. Kadang aku heran jugak yang syarikat ni cuba memperdagangkan wanita ataupun memang nak jual baju atau kain? Lol maksudnya manusia yang kena ada depan mata dan muka hencik manager ni semua kena lawa dan must important kurus? Bila aku bukak balik bab ni hati meruap panas meledak. Tapi dalam islam jangan simpan dendam dengan orang tu. Biar dia jahat mcm mana pun silalah buang benda-benda kotor dalam hati dan diri kita tu. Okay macam ni lah harini aku akan cerita flow by flow tindakan korang yang boleh ambil kalau korang didera secara mental atas bab diskriminasi ini. Maaf aku takkan mention nama company sebab nanti kang tak pasal jatuh saham company tu tak pun aku yang kena saman disebabkan mencemarkan nama buruk yang sememangnya buruk hencek manager tu. 

Berbalik kepada cerita aku. Aku dikenakan gangguan secara mentality disebabkan aku tau dia tak suka kt aku sebab rupa paras. Ouh baru baru ni aku masuk class socialogy lecturer aku cakap "sometimes what make u think you're ugly because people surrounding u" meruap terus darah aku cerita pasal kes diskriminasi ni. So aku pun terpanggil untuk bantu mangsa-mangsa keadaan yang takut nak tampil kehadapan kalau anda di buang kerja atau di berhenti atas kegiatan diskriminasi ini. 

Jalan cerita tak berapa menarik sangat aku pun macam blank nak menulis sebab kalau fikir pasal hencek manager ni aku rasa mcm loya je tekak aku ni. So aku decide nk cerita dari a-z lah jugak sebab demi korg yang sudi membaca oh iye demi hencek manager gila yang sudah jumpa blog saya dan dia sudah stalker blog saya dari A-Z terima kasih! Akhirnya terluah jugak apa yang aku tulis kat kau selama ini.

Bermulanya selepas aku mendapat kerja di syarikat ini pada awal bulan april yang mana aku kena buat decision antara 2 company yang aku pergi interview so dua-dua aku dapat . Satu lagi company ni mostly semua chinese dan sebenarnya aku takut nak kerja bawah chinese sebab banyak dengar pengalaman dari akak dan abg aku sendiri yang team mate diaorg chinese and diaorg ckp mmg org chinese rasict. Aku decide untuk berkerja dekat company melayu ni. Mcm mana yang korang tau aku memang takde pengalaman langsung dalam bidang textile. Like seriously i am zero. Aku tau kain tapi aku takleh nak mention what type of kain bla bla bla. Aku tak kesah sebab that time aku memang tengah nak kumpul duit nak sambung stdy so aku rela belajar untuk benda baru and aku take it as adventure. So pengembaraan kerjaya aku bermula bila mana aku di lambaki dengan marah-marah, caci maki, jerit-jerit . Like seriously aku tak pernah duduk dalam situasi tu. Aku pun rasa hencek manager ni kurang didikan dari segi hati tu duk melalak mcm apa je. (Banyak kali aku tulis, kalau hangpa ada penyakit hati memang susah nak  ubat melainkan kalau hangpa sendiri niat nak berubah) 

Time interview sebenarnya aku dah mula rasa aura tak berapa nak best dekat mamat ni. Ayat first yang terpancul dari mulut dia (ok pointer lepas-lepas panggar and cukup-cukup makan) lepas da 3 minggu aku kerja sana baru aku tahu yang dia tak habis belajar dekat oversea dulu. Amik electrical engineering tapi tak habis belajar. Benda yang paling malu dalam hidup bagi aku, bila kau mengutuk dan mentafsir orang tapi sebenarnya kau sendiri tak habis belajar dan aku syak cert dia tertinggal kat sana. Apa pun goodluck la untuk pembohongan dengan staff baru nanti. Gebanglah yang anda itu sebenarnya bekas engineer tapi sebenarnya nak ada tittle engineer tu pun tak layak. Hahaha ayat yg aku tak suka dengar sampai sekarang bila dia nk marah raise his voice and said "BEB" kau tau kalau aku dengar dia cakap beb aku rasa mcm nak suruh "eh kau nak nyanyi lagu kru ke?" Tapi tak terpancul sebab aku nak cari makan kat sana bukan nak cari pasal. 

Setelah beberapa minggu dia bengang sebab progress lambat kerja aku la. Tapi aku rasa bila aku check dengan member-member aku semua cakap laju jew sebab even aku baru sebulan kerja tapi aku boleh buat benda yang rushing ni. Tapi ada je banyak salah. Adatlah bila dah kau baru dalam bukan bidang kau kan? So dari sini aku da dapat agak bila dia suruh pindahkan meja aku depan pintu masuk yang org duk bubuh kasut n lalu lalang. Alasan sebab " senang nak buat kerja" member-member aku semua pelik. Asal lah sampai nak letak kat luar. Aku tak berapa endah sangat sebab aku pun bukan selalu duk kat tempat aku. Relakan jelah demi nak kumpul duit nak masuk belajar. Niat dah ngam dah time tu aku nk kerja full time and part time belajar. Tapi tak sangka sampai hari kejadian ...

First aku kena halau sebab banyak buat kerja salah. Dekat tempat kerja siap cakap " standard lah nik semua penah kena" so aku ambil benda ni positive. Ada benda yang aku tak berapa nk suka sangat dengan dia ni. Mulut. Depan dan luaran lelaki gagah tapi belakang kalah mulut perempuan. Lebih mcm janda anak 10 yang jenis kepoci tu. Bila dia tanya aku apa masalah aku jawab la jujur " team mate saya tak nak membantu" dah pulak aku dengar cite kat team mate aku lain. Nasib budak-budak ni jenis percaya kt aku lagi dari dia. To be honest lepas kes dia halau aku balik tu sebenarnya macam-macam cerita yang ada. Sampai lah member aku bagi tahu. Eh nik hencek manager ni bangga jew bagi tau semua pekerja-pekerja bangla cakap " ha saya dah halau yang gemuk-gemuk itu balik" aku punya menyirap meluap sampai ke hati mendidih mcm naik 100 degree. Lepas tu dia start cakap kat boss atas aku ni lembab tak pandai buat kerja. Oh iye kau expect dalam masa sebulan tu boleh ke nak catch up semua benda. Hari makin hari aku pun makin rasa stress sampai aku nages dalam toilet kerja nak kena rushing, makan kau, hati kau jadi tak tenteram sebab kena push ngan mamat gila ni. Like seriously aku banyak fikir time kerja kat company ni. Boss dia ok jew tapi manager ni gila kuasa and perangai bossy dia buat semua rasa mcm ya Allah sabar jelah. Kalau nk cakap pasal buruk dia banyak jew. Kuat mengarah org kalah boss besar aku tengok dah macam dia bayar gaji pekerja. Suruh buat tu ini and mostly semua hal peribadi. 

Lama lama tu Allah nak bagi aku hilang kesabaran. Hari dia halau aku balik kali kedua tu memang dia dah tak bagi aku datang kerja dah. Tapi kau tau apa paling aku benci sampai sekarang ? Dan kalau memaafkan itu boleh lagi tapi aku still ingat muka angkuh dia halau aku sambil tunggu depan pintu. Ya Allah time tu aku istigfar banyak banyak and aku cuba coolkan diri aku dari menghentak muka dia atau hentak almari kasut berdekatan. Aku pakai kasut blah. And aku balik punya geram sampai aku nages sakit hati punya pasal tak dapat lawan. So di sebabkan aku n abg aku ada connection dengan company tu kebetulan abg aku balik tertinggal tag keje dia . Dia nampak aku nages dalam kereta dia suruh aku keluar cerita. Aku buat cool lagi lepas tu dah tak tahan terus aku nages. Abg aku dah warning nak pegi tumbuk muka hencek manager tu aku fikir rasional balik tak payahlah nanti tak pasal hilang job sebab dia tu boleh menjatuhkan orang walau apa pun cara. Aku cuba kumpul bukti dengan previous employees tu buat aku kuat nk g buat aduan kat pejabat buruh. 

Nasihat berguna :

If korang sama dan dalam situasi yang mana baru kerja dah kena buang tanpa notis dan korang still tak dapat offer letter korang boleh buat tuntutan dekat office korg offer letter tu and bawak pergi pejabat buruh and file kan kes.

Simple jew . Lepas dah bawak kes pegi pejabat buruh hencek manager angkuh ni cuak kebebeh hahaha. Aku tanya and risik-risik dah banyak pekerja rupanya dia buang tanpa sebab. So kat sini dah boleh tahu kalau org yang lead group kerja yang memang ada sifat leadership and belajar habis dengan org yang tak belajar habis . Tapi bercakap kalah engineer betul. Hahaah akak and abg aku engineer pun tak sombong macam dia. Bukaan nk compare lah tapi kalau takat gaji Rm5k umur 35 tahun, duduk kl pun rumah menyewa aku tak rasa dia. Achieve target success dalam hidup dia sebab umur parat parat dia tak duduk stage dia sekarang. Tapi rezeki Allah nak bagi bersyukur la jangan la berlagak. Apa pun sifat yg dia bawa sekarang semua berbalik pada cara pendidikan asas ibu bapa. So tepuk dada hencek manager tu tanya lah parent dia tak pun kalau hati telah hitam tu suka menjerit, baling file, baling baju kt org. 


Urusan kat pejabat buruh tuntuan dibuat berdasarkan gantian sebab dia tak keluar notice sebab musabab berhentikan aku so parent aku memang dah ajar jangan dendam and besar-besarkan cerita. Biar dia buat kita, jangan kita buat dia so ayah aku suruh amik jew bayaran tu and close case move on . 

Kesimpulannya macam mana teruk pun korang kena jangan takut nk lawan walaupun dia bos korg sebab boss tak semestinya betul dan manager lagi la. Aku tak bernasib baik sebab aku bawak kes ni g hr (main office) dia pun bos aku tu lebih penting seniority katanya so aku redha aku dah maafkan tapi untuk lupa tu mungkin tak. 

Satu je aku nak pesan buat manager angkuh ni yang memang sedia maklum baca blog aku. 

Terlebih dahulu terima kasih visited my blog ! 
1) Tak perasan ke setiap kesusahan yang Allah datangkan dalam kehidupan kita sebenarnya dtg dari kesalahan kita sendiri yang datangnya dari menyakitkan hati org , menyekat rezeki orang lain dengan memburuk-burukkan org lain. 

2) Nikmat kesenangan yang Allah bagi buat kau jadi lupa kesusahan dlu dan buat kau tak pandang kesusahan orang lain. Mungkin tak semua nak cerita sebab dan musabab kenapa nak sangat kerja walaupun bukan bidang aku. Bg aku time tu kerja untuk dapat duit and duit tu aku nak sambung study tapi aku tau kenapa Allah buat and spin plan aku. He know better. 

3) Jangan terlalu selesa dan yakin anda tak jumpa orang-orang yang anda da pernah buat diaorg rasa dendam dengan  anda. Refresh balik. Takut kalau jumpa nanti anda mungkin di bawah mereka-mereka yang anda hina dlu. 

4) Menghina rupa paras org lain sepertimana anda menghina ciptaan Allah swt. Sebab perlu diingati setiap perbualan dan percakapan adalah doa. Bayangkan harini anda hina sipolan dan sipolan kelak reflect dekat keluarga atau org yang anda syg. allahualam ini bukan doa tapi cuma pencerahan. 

5) Buang buang lah perangai ke anak-anakkan anda yang suka buat drama sinetron dan akasia mcm di petang hari kat tv3 tu. Sebab umur dah 35 malu nyalah lagipun anda seorang lelaki. 

Akhirnya . 

Kalau ada umur jumpa sebab dunia ni kecik. Cuma jangan malu kalau jumpa previous orang yang pernah anda hina. 

Eh ha aku memang takkan panggil dah kau en sebab rasanya tanda en tu hormat tapi kalau org seperti kau . Pergi tengok cermin. 


No comments:

Post a Comment