Sunday, August 23, 2015

LOPAK TIKANG

Resipi lompat tikam
BAHAN BAHAN

LAPISAN BAWAH :
4 cawan air pandan (dikisar dari daun pandan) 
1 cawan tepung beras
1 sudu besar air kapur

LAPISAN ATAS :
4 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung beras
Sedikit garam

AIR GULA :
2 ketulan gula melaka
4 cawan air
1 daun pandan dicarik & disimpulkan
CARA MEMBUATNYA

Lapisan Bawah - Campurkan tepung beras, air kapur & air daun pandan dan masak dengan api sederhana sehingga pekat berkilat. Tuangkan ke dalam mangkuk atau bekas yang sesuai

Lapisan Atas - Campurkan kesemua bahan2 dan masak atas api sederhana sekejap saja. Apabila sudah pekat tutup api dan tuangkan ke dalam mangkuk yang sama tadi
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimakan bersama dengan air gula melaka.





No comments:

Post a Comment