Monday, September 28, 2015

minggu stress

dear dairy

Harini aku tak berapa nak stress sangat tapi minggu ni bakal menjadi minggu stress yg bakal aku kena caw caw buat keje itu ini sebabnya menangguh kerja. padah bila "eh tak pelah sempat buat dalam minggu ni , eh tak pelah buat esok" ha kan dah mendapat . haritu pasal assignment group ada minah ni sound-sound aku bagai. aku diam je malas nak bunyi lebih-lebih tapi at last da mintak maaf. terima kasih YA Allah kerana dengar doa aku untuk lembutkan hati dia. dalam minggu tu setiap kali aku solat mesti aku akan doakan untuk minah tu supaya lembut hati tak nak gaduh-gaduh. ni hal housemate pulak. kadang-kadang aku fikir kalau kita ambil kira dan tau sangat hal remeh temeh ni sakit kepala, sakit hati kau jadi stress so aku ambil keputusan untuk happy !

walaupun aku nak redakan keadaan dengan aku-aku yg kena so aku ambil keputusan malas layan sebab yg berlawan ni pun dengan budak umur 18 tahun ni kira baru lepas kandang dari mak ayah lah ni. so aku fikir ""takpelah anda buat lah apa anda nak buat" sebab org makin dewasa makin banyak benda nk fikir lagi-lagi bila kau pernah berkerja lepas tu berhenti sambung belajar mcm aku ni. aku banyak benda aku kena fikir.. sebab kebanyakkan kawan-kawan aku dah banyak kerja and pakai kereta lah apalah aku ni ? masih study nak cerahkan masa hadapan takut di kemudian hari hujan lebat kilat sabung menyabung. takpelah sabar sikit sebab degree ni insyallah aku akan buat betul-betul demi ayah and mak !

minggu stress ni bila mana kau balik rumah pun penat kena kejar buat benda tu ini "perempuan kan kalau malas memang tak la weyh"lepas tu dalam minggu ni jugak aku pindah rumah dengan packnya dalam kereta tuhan sahaja yg tahu. aku kalau benda-benda mcm ni seriously aku dah rimas. aku da pening semua ada. haish time pindah tu memang takde orang pun kat rumah so aku kemas sikit-sikit and bawak barang pindah sikit-sikit. time tu aku rasa ya Allah macam manalah kalau aku nak hidup sorg diri apalah jadi kat aku nanti. tapi bila mana aku dah fikir yg aku boleh hidup sendiri tanpa nak mintak tolong kawan-kawan or menyusahkan ahli keluarga tu mcm bahaya. perempuan kalau dia fikir dia boleh hidup sendiri tu memang paling bahaya sangat. so apa yg aku fikir skrg ni dah kira di tahap bahaya. i dont think i need to married someone to make me happy and feel safe. sebab aku rasa dengan mcm ni aku boleh hidup. ada abg and kakak and ayah and mak. tapi tu smua bukan berkekalan. mak ayah ada masa dia masing-masing. abg and akak aku pun ada masa and ada family diaorg yang diaorg kena take care.

dari pengalaman aku nak belajar zaman yg tgh ekonomi mencabar ni serious susah. dengan aku ni ha bawak kereta dengan duit minyak bagai. masalah kewangan untuk pelajar tu memang ada weyh. and bila da stress mcm ni aku selalu fikir "kan best kerja hujung bulan dapat gaji" haih nik amirah bersabarlah dan bertabahlah sebab lagi 3 tahun kau nak hadap benda-benda mcm ni . kalau kau tak sabar sekarang dengan selalu stress mcm mana kau nk rasa hidup ni ada pengakhirannya kalau dari pertama kali kau dah mula buat rasa stress dan segala mcm . haish..


apa pun aku taknak mengalah kat sini jew sebab aku rasa banyak benda yg aku perlu jadi pemenang !

Saturday, September 26, 2015

use your own property

Dear dairy

Aku mcm kesian pulak kat sorang housemate baru aku ni. housemate yg lain duk memfitnah benda yg dia tak buat. yelah wey bayangkan kalau kau tak buat org duk tuduh-tuduh tapi sebenarnya kau sendiri yg melelebih. Bila kena mcm ni aku baru fikir yg okay ni la kat bahaya duduk dengan budak-budak yang umur baru 18 tahun. Bila mana kita sendiri pernah lalui zaman begini, ajak berbincang elok-elok pun tak boleh nak bawak berbincang. sebenarnya aku macam nak reda kan keadaan tapi masalahnya ngan aku , aku kena. yg lawak nya bila cakap "kau besar ke apa ke" at the first aku tak marah pun aku faham je diaorang ni budak lagi zaman tengah angin panas. aku pun mcm ok jugak sebenarnya. Tapi tulah kesian kat sorg lagi tak pasal pulak mcm-mcm kena bash bagai. sebenarnya perempuan ni satu je keburukkan dia kalau duduk menyewa bagai-bagai ni. bila kau rasa hebat dann semua benda kau yg buat. tu jelah and of course ego kalau rasa kita takde salah org lain jew yg salah tu pun bahaya sebab tu memang dah kena check dah tahap hati dan kesucian hati kalian.

selalunya bebudak baru nak kenal dunia especially bila zaman belajar ada je yang nak tunjuk dia ni bukan jenis senang kena pijak dan bagai-bagai. tapi sebenarnya diaorg ni tak sedar ke yg diaorg memalukan diri sendiri. and aku yg nk meredakan keadaan pun tak pasal aku kena. dia senang cerita mcm ni bila kita sentiasa diri kita kt atas sampai lupa pandang kebaikkan org lain susah jugak. apa pun setiap org ada silap salahnya bukan sebab umur ke apa. senang jew, kalau kita respect org, org respect kita kalau tak. pandai-pandai lah sebab masing-masing dah besar. nasib baik dapat rumah baru and aku nk move dengan member satu class aku. lega la jugak sebab tak payah nak naik tangga, berebut parking bagai. mcm xleh blah jew duduk umah tu and sebab selalunya ada discussion group memalam and buat assignment kt kedai makan sbb nak guna wifi so aku kena berkorban nak naik tangga memalam sesorang dengan keadaan berani kan diri je. sebenarnya bahaya jugak area situ sebab kalau park kereta botol arak murah bergelimpangan dah mcm apa tah. and of course la aku dah tak tahan nk kena menapak naik tangga sampai tingkat 4 kan ? T_T

apa pun doakan lah aku dapat balik deposit sebab aku nak replace kt tmpt baru tu....

Friday, September 25, 2015

Salam Aidiladha

dear dairy

Terlebih dahulu memang nak ucapkan selamat hari raya aidiladha . Alhamdulillah walaupun mcm-mcm dugaan yang berlaku buat jemaah haji untuk tahun ini di mekkah tanah suci tetapi tak memutuskan semangat mereka untuk terus menunaikan apa yg wajib. Allahu kalau nak cakap bab pengorbanan. Banyak sangat terlalu banyak !

"Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, 'Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!' Dia (Ismail) menjawab, 'Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; InshaAllah kau akan dapatiku termasuk orang yang sabar.'"
[as-Saffaat, 37:102]



leleh air mata mungkin membaca surat cinta Allah ini. Mungkin sudah lama tidak di tarbiyah oleh encik angel pakai gucci aku start merepek . tapi hujung minggu ni aku curi sedikit masa nak try sekodeng blog mamat ni so, ada input best yg mungkin boleh membawa sedikit sebanyak kepada pengertian sebuah pengorbanan. Allah sungguh besar pengorbanan Nabi Ibrahim as yg mahu mengorbankan anak kesayangan kepada Allah swt iaitu Ismail as. di usia semuda itu kagum dengan jawapannya. Allahu. kalau aku lah yg berada di tempat kejadian mungkin aku terus aku lari dari rumah dan mungkin tidak akan balik-balik dah. Eh!

Kehidupan perlu ada pengorbanan untuk berkorban demi mencapai kejayaan dan ketaatan yg di impikan. Allahu jaminan syurga siapa yang tak inginkan ? siapa yg mahu menolak ? aku jamin boleh kerat jari memang takkan ada org nak menolak. siapa yg sanggup ke neraka? hmmmmm..... indahnya sebuah pengorbanan indahnya sebuah penyerahan dan pengabdian yg secara totalnya kepada ALLAH swt semata. tarbiah ! 


selamat hari raya aidiladha maaf zahir dan batin moga Allah terima segala amalan dan ibadah kita. dan takziah di ucapkan kepada jemaah haji yang terkorban di dalam kemalangan rempuhan di mina. 


notes : tiada gmbr selfie raya. Pagi raya semua pakat duk mencari aku sebab keluar solat sunat aidiladha nya awal semua pakat mencari . Salah sendiri jugak sebab tak bg tau mak. hihihih kecoh semua duk mencari 



Monday, September 21, 2015

Meet my another half

Dear dairy 

Sebenarnya ego tu tak bawak kemana pun kalau nk bertekak smpai ke everest ke, gunung kinabalu dan sebagainya. Kejadian ni tak payah org jauh aku yg rasa dan alami. Alhamdulillah bila sampai tahap mcm ni aku rasa kenapa aku perlu rasa mcm tu. Org suruh keep moving sebab kawan-kawan ni bukan benda senang kau nk cari tapi aku rasa mcm okay la aku keep moving. Buat apa untuk tidak keep moving klau member kau pun walk away from ur life . Untuk hidup lebih jaya dan maju kau kena rasa "pergi mampus dengan smuaorg yang dtg bila time susah and termasuk dgn kawan baik kau yg lama yg buat kau awkward and buat mcm kau tak wujud dalam hidup dia" aku tak nampak pun kawan baik aku yg since sekolah tu boleh tolong aku infuture or jalan and be my support till now sebab smua hampeh walaupun theory ni diguna pakai oleh lecturer yg ajar aku subject sociology . Dia cakap "kawan yg zaman college, university bukan the real friend yg real friend kawan sekolah menengah n rendah sbb kita alami dunia remaja sama-sama" kau tau aku nk ckp apa ngan lecturer tu? I just want to said "sir boleh cakap kawan mcm tu baik?" Haha tp lari topic. 

Aku ni kdg jadi stress sebab surrounding like seriously mcm rasa kau pehal n pehal tp disebabkan aku terlalu mengharap kawan baik aku ni aku jd mcm buta dgn kawan-kawan yg aku anggap tak penting sgt dalam hidup aku. Tapi kau tau apa aku rasa?? Ha aku once bila aku dah cakap kau bukan kawan aku kita biasa-biasa jew selamat jalan romeo la :) 

.....

Lama tak jumpa aina almost 1 year. Aku jumpa dia balik sebab dia duduk kt area shah alam ni and of course aku yg pm dia sbb ada case ngan bf dia. Aku still tak boleh terima dia dgn ex bf dia yg merangkap mmber aku jugak break off tapi aku ni pikir "alah sedangkan suami isteri pun boleh cerai" aku as a friend mampu nak nasihat bukan aku boleh buat apa-apa pun sebab diaorg mcm best friend aku yg mcm best buddies. Tapi ending up xjumpa setahun mcm-mcm benda berlaku. Aku yg actually mcm ego jugak sebab since aku rapat ngan aina ni aku jenis tau minah ni memang ikhlas buat benda-benda dlm hidup dia. Dari yg biasa-biasa smpai lah sebesar-besar persahabatan. Aku terpanggil nk contact n meet up sebab aku rasa macam menyesal biar dia terkontang kanting susah sorg-sorg as friend gila apa do kau biar member kau sorg-sorg susah. Dalam hidup aku , aku just ada 3 org jew manusia yg really meant kt aku as friend. Saufia,sofea n aina sebab diaorg ni perangai jenis suka lebihkan aku n faham aku more than kawan baik aku yg dr sekolah rendah n ex kawan baik aku. Aku tak sangka jumpa true friendship bila aku dah kat college. Gila cool kan?  

Pesanan pihak penaja berehat sebentar bersama kit kat 

1) rendahkan ego untuk org yg kau rasa boleh bgi moral support dkt kau dalam life kau.
2) jgn anggap kawan baik dr zaman sekolah tu adalah kawan terbaik kau 
3) of course la jgn cepat touching dgn member-member korg nanti kesian merana diri sendiri
4) be very polite with each other and chill la my friend! 



Sunday, September 20, 2015

zaman junior senior ni zaman bila weyh ?

dear dairy

harini aku mcm bengang gila tah lah nak cakap memang cabaran pun bila kau da amik course ni lagi-lagi mcm aku ni ha diploma amik course lain bila degree amik course lain. ni cite bila budak-budak nak jadi senior. huh. apa yang boleh aku cakap zaman bila?? tu jew .. even aku duk diploma pun aku tak rasa aku senior ke benda sebabnya weyh bila kau da 18 bila kau dah boleh survive sendiri so buat apa weyh nak rasa senior junior. aku sedar diri lah aku semester 1 tapi apa masalah nk halau-halau aku dari group it like mcm hahahhaa.. siapa yg kanak-kanak ribena skrg ? bila jumpa orang mcm ni aku tak heran sebab aku jumpa macam-macam jenis orang bila aku keje dlu tu. walaupun tak lama tapi beb when people talk with u very polite make sense la beb .. ni satu jew aku nak cakap  tak kesahlah mcm mana orang tu even dia fakir miskin pun kau jangan sesekali biadap dengan dia sebab nya Allah jadikan bumi ni sangat bulat and berputar. kita tak tahu mcm mana nasib kita di kemudian hari. so jangan lah pandang rendah kat orang ... so chill.....

aku nak duduk kat unisel ni lagi 3 tahun so aku kena be humble as i can and respect org tak kesahlah  dia tu miskin ke, apa ke and what ever.. so aku tgh class ni chow lah.. aku menulis sebab tak tahan sangat nak marah tadi hahahaha...






stress

dear dairy

sebenarnya aku stress jugak amik course yang aku tak familiar ni. yelah dari human resource kau kena study benda yang kau rasa takde kena mengena dengan hr. yes memang takde kena mengenalah kan. tapi apa pun aku rasa aku kena teruskan sampai abis sebab aku dah start dari mula. alhamdulillah keadaan dah bertambah selesa bila mana aku tau mcm mana nak manage itu ini yes. of course lah tau sebab aku kena buat banyak benda kot lagi lagi bab nak kena tau itu ini. untuk course yang kali ni aku kena banyak membaca.. english pun kena banyak tau itu ini dan article aku banyak dalam bahasa inggeris. aku risau aku tak boleh nak catch up semua benda ni tapi bila lama-lama aku rasa insyallah aku boleh. weyh Hr yang susah tu pun aku boleh takkan benda yang senang ni aku tak boleh kan ?

untuk semester yang pertama ni of course memang banyak benda aku nak kena kejar dengan itu ininya. tapi aku rasa insyallah aku boleh buat just sedikit sebanyak support dari kawan-kawan and keluarga tu memang kenalah sebab tanpa diaorang siapalah aku kot. so untuk journey aku untuk menjadi seorang press ni aku tak nampak lagi bidang mana aku nak terokai tapi yang pasti nya kau mesti lah nak jadi journalist benda best best. 

first week pun dah ada assignment ni kan lagi kalau bukan second week kan ? memang banyak jugak aku nak kena catch up dari A-Z tapi apa boleh buat nak sangat study and the moment bila kau rindu zaman belajar jangan tanya kenapa aku lanjutkan masa belajar aku ke 3 tahun sebab tu aku saje amik lain course. hmmmmmmm... biarlah apa pun orang nak cakap. aku bukan nak kejar masa itu ini . aku bukan nak kawen awal ke apa. duit harta dunia tu semua boleh cari kemudian yg penting aku nak rasa kehidupan aku yang sebenar-benarnya. so siapa tahu kita akan rasa lebih bahagia walaupun tak kaya mana pun macam kawan-kawan yang lain.. walaupun ada jew kawan-kawan aku cakap "rugi kau sambung stdy nik" aah memang rugi bagi mereka yang rasa ilmu tu rugi. aku tak nak cakap lelebih sebab setiap orang definisi pengetahuan dia berlainan dari masing-masing. cuma ingat satu jew yang setiap org ada hala tuju kehidupan dia .. so chill ! 



senang susah senang susah (RODA)

Dear Dairy




Assalamualaikum korg, harini aku macam sedih je dengan apa yang berlaku antara kawan-kawan aku. Lagi-lagi kalau kena dekat orang yang sangat close dengan aku. Aku yang tak boleh nak terima kenyataan tapi orang yang lalui relax je terima kenyataan kan ? Apa pun berlaku aku just nak cakap yang aku selalu doakan kawan-kawan aku hidup happy walau macam mana pun susah life korang aku tau aku tak banyak and memang tak boleh nak tolong korang tapi aku boleh tolong doakan apa yang aku boleh doakan je.

After 1 year aku tak jumpa mamat ni . perkenalan kitaorang memang atas dasar kawan sebab awek mamat ni member class aku. semester dua zaman diploma aku memang aku ingat lagi aku macam malas nak kawan dengan semua orang. sebab aku rasa "alah diaorang ni sama jew jap g gaduh balik, so aku malas" so sampai lah aku kenal dengan minah ni yang beria gila nak kawan dengan aku. aku tahu dia ada geng dia sendiri tapi aku malas nak kacau sebab aku ni budak baru takkan la nak kacau bebudak yang memang dah ada geng-geng ni kan. aku tak leh nak ikut rentak dia orang sebab diaorang tu semua mcm jenis "takpelah biar pape asal bergaya" wow aku memang bukan jenis mcm tu. tapi aku tak kesah pun aku boleh kawan dengan semua orang sebab aku tahu minah sorang ni jenis ikhlas kalau kawan dengan semua orang. okay habis bab tu ..

Zaman diploma aku since aku kenal dia, only dia je yang aku selesa nak cerita macam-macam and aku memang tak malu nak nages dengan dia.. sampai satu tahap aku tak jumpa dia sebab kekangan yang macam-macam dekat setahun jugaklah kitaorang tak jumpa lepas tu jadi mcm hmm... bila sekarang ni nk jumpa aku dah rasa yang macam aku tak setaraf nak kawan dengan dia lagi lagi bila dah yelah aku decide nak belajar and diaorang dah keje income dah best aku ni ? tapi bila aku dapat tahu dia dah break off dengan boyfriend dia aku rasa mcm sedih and mcm susah gila nak ada friendship yg mana aku kena pegi jumpa diaorang secara berasingan. and tahap ini aku rasa mcm aku tak appreciate friendship...... yes aku kadang rasa mcm tu and dalam soal ni memang takde masalah antara kami and aku kena be like takde pape berlaku. since that we just can be friend like usual.


aku mcm tak leh blah lah dengan apa yang aku rasa ni . sebab diaorang couple dah almost 4 years titiba jadi mcm ni..  hmmmmmmmmmmm................................sebab aku kenal diaorang susah senang semua sama-sama. aku sedih lah pulak bila kawan-kawan jadi mcm ni berpecah belah bagai . rasa mcm hmmmm.............................apa pun aku just doakan yg terbaik untuk kawan-kawan aku. moga apa yg diaorg pilih tu memang diaorg happy and bahagia.

Tuesday, September 15, 2015

kenapa kita kena perlu keluar dari comfort zone sekarang ?

Dear Dairy

Lately memang banyak gila member-member time aku study diploma dulu tanya "eh nik apasal kau tak sambung jew Hr benda yang kau amik time zaman diploma dulu?" dan macam-macam soalan lagi hinggap kt telinga aku. Aku tengok mood kalau aku rajin memang akan aku jawab panjang lebar dan kalau aku malas memang aku take time sikit kalau nak berfikir. Jawapan aku untuk ini senang jew. kenapa aku beralih dari Human Resource Management ke Bachelor of journalism senang je. Aku nak cari something different dan of course lah aku memang minat menulis dan tak semua orang akan minat menulis dan ambil keputusan nk belajar benda benda ni makin mendalam. Yes dan aku ambil benda ni macam satu cabaran. Kau orang pernah tak rasa yang kau orang perlu keluar dari comfort zone yang mana kau orang memang dah selesa dengan apa yang berlaku dan mungkin juga kau orang rasa yang kau orang memang kena nak keluar dari sesuatu situasi atau keadaan. Pilihan aku mungkin tepat atau mungkin memang tak tepat tapi aku percaya rezeki, ajal maut dan semua semua berkaitan dengan nasib memang akan Allah swt yang tentukan. So kita as hamba di redha jelah jalan paling mudah dan termudah .

To be honest memang aku takkan pernah rasa experience budak-budak lain yang amik diploma dalam course yang sama macam aku . ya ! absolutely aku memang terpesong habis daripada communication. Tapi weyh, communication ni kau pergi mana-mana memang orang akan nak. So dont worry lah syarikat surat khabar berlambak-lambak.

Dan salah satu sebab aku amik course ni sebab aku nak explore apa benda yang best sangat course ni and of course aku nak tau mcm mana career path dia berjalan dengan agak slow atau okay okay jelah. apa pun doa kan segalanya berjalan dengan mudah dan lancar sebab aku memang nak tengok mcm mana aku boleh going thru dengan benda baru ni..

ameennnn

Technical English 1

Dear Dairy

hmmm.. aku ingat class dia tak berapa best mcm member-member aku cakap "weyh ni class dia tak best do, dah lah suka bahan student" hahahahha lepas tu kalau kau baca tak kuat mati kena ulang banyak banyak kali. huhuhu tu apa aku dengar lately mana yang dah masuk class lecturer ni. so di sebab kan lecturer ni india so cara dia speaking pun slank bunyi lain nak mati . so aku layankan ajelah . kalau korg nak tau this semester aku kena amik 2 subject english. Ni pun sebenarnya aku banyak jugak kerja nak kena settle ni sebab weyh beb serious ah aku pening nak kena hadap effective english tu. aishhhh tpi nak buat macam mana kenalah jugak weyh sebab nak belajar kan ..


Class english untuk degree ni memang banyak gila kau kena tau. i means kau kena pro jugak lah bab-bab membaca and of courselah dengan english ni benda ni semua boleh improve kau punya cara kerja nanti. mcm aku penah keje dlu alah company melayu mana nak adanya kau kena cakap english so lidah dah naik kaku and keras dah. so apa pun this degree aku kena struggle sikit sebab this semester dan sampai habis memang takkan ada subject yg kau kena mengira atau apa-apa pun ...

okay lah banyak lagi assignment nak kena settle, nanti aku update lagi benda benda best nak kena tulis !



salam sayang

Saturday, September 12, 2015

HEBAHAN BANTUAN SARA DIRI UNTUK PELAJAR NEGERI SELANGOR

Dear dairy ..

lately banyak benda nak kena settlekan dengan itu dan ini . Sebenarnya aku pun baru tau yang anak-anak negeri selangor ni layak je nak dapat bantuan negeri selangor asalkan korang study dekat University Selangor and Kuis. Aku pun sebenarnya macam baru tahu sebab dah banyak sangat benda nak kena buat time first semester ni so aku pun baru tahu. Just nak bagi amaran kepada ibu bapa mereka yang berpendapatan tinggi korang mesti malas nak buat ni semua kan ? tak pelah terpulanglah pada kalian kalau korg rasa nak buat yes u can do it kalau tak nak buat. terpulang lah tapi rugi sebab kalau anak negeri sendiri tak nak memohon.


Step dia senang jew korg perlu ada borang. ni selalunya pihak Hep yang akan sediakan borang ni. so apa pun berlaku memang korang kena mintak borang ni kat bahagian Hep . dapat borang tu dalam borang tu memang dah ajar and dah ada garis panduan untuk pelajar isi dengan mudah dan jayanya. so korang hanya perlu penat sepenatnya nak kena mintak cop dan sebagainya dari adun, ketua kampung, ahli politik dan sama waktu dengannya. ok selepas itu apalagi baca lah tarikh tutup kat form tu and korang kena hantar pada hari berkenaan ataupun sebelum hari berkenaan.


semester pertama

Assalamualaikum wbt

dear dairy

im really feel like want jumped into the sky with the feeling like im flying ! hahaha alhamdulillah jumpa member best and aku agak subject yang kena aku banyak membaca yes insyallah i can do it ! apa pun course ni memang mencabar betul sebab kau kena ignore orang lain then kau kena jadi mcm "pergi mampus la apa orang nak cakap pasal aku pun" untuk first semester ni memang banyak gila benda aku nak kena settle kan lagi-lagi dengan benda nak kena itu ini . Dalam minggu ni je aku dah banyak kali ulang alik balik rumah dari ampang ke shah alam dan dari shah alam ke ampang. Mintaklah sangat segala urusan ini akan selesai dengan secepat yang mungkin insyallah !

Aku memang dah warning awal-awal kenapa jangan tanya kenapa aku nak sangat tukar course. Salah satu nya biarlah rahsia. Biar antara aku dengan Allah jelah tau kan . so korang jangan menyibuk nak amik tau. hahaha. alhamdulillah setelah beberapa minggu dan almost dah nak dekat sebulan ni aku rasa sangat lega and aku dah boleh adapt dengan benda and environment baru dekat sini. kat sini tak macam dah dekat Kptm bukan banyak benda kau kena explore dah sebab bila dah besar banyak benda buat kau rasa "baik aku simpan duit dari aku membebel nak keluar melalak ke sana ke mari" cuma aku stress bila kena banyak assignment and task nak kena submit dalam masa seminggu . huh malas nak ulang benda sama weyh like seriously aku balik hujung minggu keje memang kena fikir ouh ha next week nak kena hantar task tu task ini. tapi nilah real student life and aku dengar bebdk ni cite degree ni takde thesis. Alhamdulillah ! hahahah tapi as journalism student memang kena banyak menulis and baca contoh journal and article yang memang kena explore sampai lebam. aku cuak jugak bila tengok kena baca berita bagai haih la. Apa pun nanti kalau ada benda aku update ! see ya !!