Monday, September 28, 2015

minggu stress

dear dairy

Harini aku tak berapa nak stress sangat tapi minggu ni bakal menjadi minggu stress yg bakal aku kena caw caw buat keje itu ini sebabnya menangguh kerja. padah bila "eh tak pelah sempat buat dalam minggu ni , eh tak pelah buat esok" ha kan dah mendapat . haritu pasal assignment group ada minah ni sound-sound aku bagai. aku diam je malas nak bunyi lebih-lebih tapi at last da mintak maaf. terima kasih YA Allah kerana dengar doa aku untuk lembutkan hati dia. dalam minggu tu setiap kali aku solat mesti aku akan doakan untuk minah tu supaya lembut hati tak nak gaduh-gaduh. ni hal housemate pulak. kadang-kadang aku fikir kalau kita ambil kira dan tau sangat hal remeh temeh ni sakit kepala, sakit hati kau jadi stress so aku ambil keputusan untuk happy !

walaupun aku nak redakan keadaan dengan aku-aku yg kena so aku ambil keputusan malas layan sebab yg berlawan ni pun dengan budak umur 18 tahun ni kira baru lepas kandang dari mak ayah lah ni. so aku fikir ""takpelah anda buat lah apa anda nak buat" sebab org makin dewasa makin banyak benda nk fikir lagi-lagi bila kau pernah berkerja lepas tu berhenti sambung belajar mcm aku ni. aku banyak benda aku kena fikir.. sebab kebanyakkan kawan-kawan aku dah banyak kerja and pakai kereta lah apalah aku ni ? masih study nak cerahkan masa hadapan takut di kemudian hari hujan lebat kilat sabung menyabung. takpelah sabar sikit sebab degree ni insyallah aku akan buat betul-betul demi ayah and mak !

minggu stress ni bila mana kau balik rumah pun penat kena kejar buat benda tu ini "perempuan kan kalau malas memang tak la weyh"lepas tu dalam minggu ni jugak aku pindah rumah dengan packnya dalam kereta tuhan sahaja yg tahu. aku kalau benda-benda mcm ni seriously aku dah rimas. aku da pening semua ada. haish time pindah tu memang takde orang pun kat rumah so aku kemas sikit-sikit and bawak barang pindah sikit-sikit. time tu aku rasa ya Allah macam manalah kalau aku nak hidup sorg diri apalah jadi kat aku nanti. tapi bila mana aku dah fikir yg aku boleh hidup sendiri tanpa nak mintak tolong kawan-kawan or menyusahkan ahli keluarga tu mcm bahaya. perempuan kalau dia fikir dia boleh hidup sendiri tu memang paling bahaya sangat. so apa yg aku fikir skrg ni dah kira di tahap bahaya. i dont think i need to married someone to make me happy and feel safe. sebab aku rasa dengan mcm ni aku boleh hidup. ada abg and kakak and ayah and mak. tapi tu smua bukan berkekalan. mak ayah ada masa dia masing-masing. abg and akak aku pun ada masa and ada family diaorg yang diaorg kena take care.

dari pengalaman aku nak belajar zaman yg tgh ekonomi mencabar ni serious susah. dengan aku ni ha bawak kereta dengan duit minyak bagai. masalah kewangan untuk pelajar tu memang ada weyh. and bila da stress mcm ni aku selalu fikir "kan best kerja hujung bulan dapat gaji" haih nik amirah bersabarlah dan bertabahlah sebab lagi 3 tahun kau nak hadap benda-benda mcm ni . kalau kau tak sabar sekarang dengan selalu stress mcm mana kau nk rasa hidup ni ada pengakhirannya kalau dari pertama kali kau dah mula buat rasa stress dan segala mcm . haish..


apa pun aku taknak mengalah kat sini jew sebab aku rasa banyak benda yg aku perlu jadi pemenang !

No comments:

Post a Comment