Friday, September 25, 2015

Salam Aidiladha

dear dairy

Terlebih dahulu memang nak ucapkan selamat hari raya aidiladha . Alhamdulillah walaupun mcm-mcm dugaan yang berlaku buat jemaah haji untuk tahun ini di mekkah tanah suci tetapi tak memutuskan semangat mereka untuk terus menunaikan apa yg wajib. Allahu kalau nak cakap bab pengorbanan. Banyak sangat terlalu banyak !

"Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, 'Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!' Dia (Ismail) menjawab, 'Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; InshaAllah kau akan dapatiku termasuk orang yang sabar.'"
[as-Saffaat, 37:102]



leleh air mata mungkin membaca surat cinta Allah ini. Mungkin sudah lama tidak di tarbiyah oleh encik angel pakai gucci aku start merepek . tapi hujung minggu ni aku curi sedikit masa nak try sekodeng blog mamat ni so, ada input best yg mungkin boleh membawa sedikit sebanyak kepada pengertian sebuah pengorbanan. Allah sungguh besar pengorbanan Nabi Ibrahim as yg mahu mengorbankan anak kesayangan kepada Allah swt iaitu Ismail as. di usia semuda itu kagum dengan jawapannya. Allahu. kalau aku lah yg berada di tempat kejadian mungkin aku terus aku lari dari rumah dan mungkin tidak akan balik-balik dah. Eh!

Kehidupan perlu ada pengorbanan untuk berkorban demi mencapai kejayaan dan ketaatan yg di impikan. Allahu jaminan syurga siapa yang tak inginkan ? siapa yg mahu menolak ? aku jamin boleh kerat jari memang takkan ada org nak menolak. siapa yg sanggup ke neraka? hmmmmm..... indahnya sebuah pengorbanan indahnya sebuah penyerahan dan pengabdian yg secara totalnya kepada ALLAH swt semata. tarbiah ! 


selamat hari raya aidiladha maaf zahir dan batin moga Allah terima segala amalan dan ibadah kita. dan takziah di ucapkan kepada jemaah haji yang terkorban di dalam kemalangan rempuhan di mina. 


notes : tiada gmbr selfie raya. Pagi raya semua pakat duk mencari aku sebab keluar solat sunat aidiladha nya awal semua pakat mencari . Salah sendiri jugak sebab tak bg tau mak. hihihih kecoh semua duk mencari 



No comments:

Post a Comment