Thursday, October 29, 2015

Rindu buat beribu kalinya

Kehidupan memang takkan selalu manis dengan lakonan manusia yang mungkin takkan kita pernah pasti apa yang bakal mereka lakukan selepas ini dan mungkin bertahun kemudian. Dan semuanya tidak pernah di jangka. Mana mungkin tak merindui, mana mungkin tak mengingati apa yang berlaku. Kehidupan kadang memang payah nak ikut rentak manusia yang takkan pernah puas sakiti hati aku. Kehidupan bukan setakat mahu menghancurkan tapi kadang membina kamu sendiri. Kalau Tanya aku kenapa aku lebih memilih menjauh dari semua org ? sebab aku rasa tenang dengan mereka-mereka yg baru ni. Kadang buat aku rasa mcm bestnya hidup aku tanpa kawan-kawan yang menyakitkan hati, org org yang melemparkan tuduh menghina membabi buta. Aku bukan jenis cepat nak hadam dengan benda benda mcm ni.

Ramai org Tanya “kenapa kau masuk study yang kau tak kenal sorg pun org kat situ” aku bukan nak ikut kenal ke tak kenal dan aku memang bukan jenis nak membabi buta ikut bontot kawan-kawan. Aku kadang rasa mcm aku ni terlalu mengharap dekat sahabat-sahabat yang boleh jadi teman terbaik aku. Tapi sebenarnya bukan menjadi teman terbaik malah sebaliknya. My experience have a thought me a lot. Untuk jadi manusia yang Berjaya berdiri di atas kaki sendiri dan usaha sendiri kau tak perlu nak risau apa yang org cakap. Apa yang org hina caci maki kau. Mungkin hari ini kita tak Nampak apa yg berlaku tapi percayalah satu hari nanti apa yang berlaku tu semua kau akan berterima kasih. Tapi untuk pengajaran ini kau rasa lebih bersyukur kenapa tuhan berikan semua ini kat kau. Iye bila saat susah kau ingat ada orang nak tolong kau selain keluarga kau ? buruk, susah senang macam mana pun janganlah buang keluarg kau sebab diaorang lah kau , aku dan mungkin semua org masih berdiri teguh di muka bumi ini. Kadang-kadang aku penat nak fikir tentang hati dan perasaan org sekeliling aku. Kadang kadang rasa muak dengan perangai hodoh sorg-sorg tapi dalam kehidupan inilah lumrah segalanya. Pentas dunia yang takkan pernah tamat penceritaannya dan bakal di sambung lagi. Jangan pernah bosan dengan pentas ini dan jangan pernah menyerah kalah dengan pentas ini.

Berdiri dengan hati yang kuat dan sendiri bukan bermaksud kau tak kuat dan hina sangat pun kalau takde orang support di sisi kau. Tapi aku rasa bangga sampai saat ini aku boleh lalui benda benda macam ini sorang diri tanpa nak heboh dan hebahan semua orang. Ya ALLAH rasa saat ni aku lepas stage yang mana aku sendiri rasa macam mana perit nya kena pulau, kena bash kena itu dan ini dengan kawan-kawan yang aku boleh kategorikan tak guna jugak. Bukan keterlaluan tapi kalau aku nak cerita memang panjang lebar takkan nak bukak aib manusia lain demi raih simpati untuk aku? Alhamdulillah satu stage dah lepas tinggal lagi beberapa stage aku nak tamatkan permainan dunia ini dan terus melangkah maju insyallah aku kuat sebab ada Allah yang maha memberi kekuatan dan keluarga sumber inspirasi dan dorongan. Jangan ingat orang yang kauorang bash, tinggal semua akan terus tersungkur dan tak maju kehadapan …




Salam sayang , nik amirah….

CUKUP KITA TAU APA YG KITA TAHU

DEAR DAIRY

Ha bila dah masuk belajar ni macam-macam orang yang kau jumpa salah satunya daripada orang diam je asyik kena kita bagi idea dan mungkin orang lain dan mungkin ada orang yang akan membantah apa kau cakap. Bila bercakap kencang macam angin selaju beribu kilometer yang akan membawa kauorang jauh bergelimpangan. Bercakap soal ni aku rasa aku amik langkah yang agak berbeza bila aku rasa banyak benda aku nak kena fikir dan aku bukan jenis attention seeker. Cukup apa yang aku tahu aku rasa tak berapa nak berat sangat benda ni tapi terkadang benda ni di beratkan oleh kaum-kaum yang tak sepatutnya. Entah bila dah nak sangat jadi google macam ni perangai. Buat macam tau semua benda walhal kalau kita tak tahu benda tu tak payah lah rasa kita hau semua benda. Hidup ni bukan pertandingan kau rasa kau nak menang dan jadi no 1. Yang pastinya kadang-kadang kita kena menyerah kalah untuk nampakkan orang tu bodoh dan reverse psychology ni aku perhati je tapi last-last sendiri malukan diri sendiri.  Satunya mencanak bangun sambil menunding jari bagai bagai. Aku kadang nak gelak pun ada. Amik course yang u have to meet people tapi perangai berhhh. Kesian. So aku boleh simpul di sini yang kehadiran orang-orang just menjadi rencah adabi dan mungkin algapas untuk kehidupan student macam ni.

Tundingan jari seorang lelaki bapok tak terasa benda pun bagi aku. Maaf la kalau rasa aku kurang bercakap depan kau tapi yang pastinya aku tak perlu beria nak tunjuk yang aku ni jahat dan betul tapi yang pasti semua orang boleh Nampak siapa yang salah dan tak professional. Dan kadang aku terfikir yang aku ni rasa dah jadi mcm lelaki yang si manusia kedua ni adalah lelaki yang salah roh yang mana terkeliru dengan jasad sendiri. Nak jadi perempuan atau lelaki. Perangai tak ubah macam kanak-kanak tadika. Dan aku tak perlu nak Tarik nama-nama orang dan quotes apa yang orang yang lebih tua untuk nak jadi benteng hujah aku. Aku tak perlu nak hebahkan apa yang aku ada dan apa yang bermain di dalam ruang legar kepala aku sebab bukan semua benda boleh dipublish untuk tatapan umum yang entah aku tak tahu siapa. Riuh lah kau , bising la kau aku tak hairan.. tapi ingat seorang lelaki yang sejati I guess takkan bangun untuk menunding jari di depan seorang perempuan untuk nak menunjukkan yang dia betul. Dan itu nama lelaki yang separa yang mana dia sendiri keliru dengan diri dia. “aku ni nak jadi lelaki ke perempuan ?” well don kerana sudah menunjukkan kebodohan diri sendiri dan terima kasih kerana bagi saya menang game yang awak buat. Dan lagi satu communication between people who take tesl dan mungkin attitude dia yang di ajar untuk menunjuk-nunjuk apa yang dia ada so itu yang dah terbawa-bawa dalam kelompok begini. Oh ya terima kasih untuk pengalaman lepas-lepas aku yang mengajar aku untuk lebih berdiam dari bersuara dengan manusia-manusia yang suka memperbodohkan diri sendiri di depan orang. Oh terima kasih kerana bagi aku peluang untuk tahan marah dan aku nak ucapkan tahniah untuk diri aku sebab aku boleh menahan kemarahan aku tanpa aku menunjukkan kebodohan aku macam yang lepas-lepas aku buat. Dan aku pesan banyak kali kat kawan-kawan aku macam mana teruk pun kau gaduh dengan aku tapi kalau kau jumpa aku kat mana-mana tegur lah sebab aku bukan jenis pendendam. Dan ingatlah setiap manusia tu ada kesilapan dia sedangkan yang suami isteri pun bertekak ni kan lah kita kita ni. So respect people be polite .. tq 

Wednesday, October 21, 2015

Larangan meninggalkan solat

Pesanan buat diri sendiri dan sahabat2

Hadith Ancaman Meninggalkan Solat dan Kelebihan Menjaga Solat -Hadith Rosak ( Batil)

' Sesiapa yang menjaga solatnya , Allah akan memuliakannya  dengan memberinya lima kurnia :

Diangkat kesempitan hidup
Diselamatkan daripada azab kubur
Diberi buku catatan amal melalui tangan kanannya
Melintasi titian Sirat al-Mustaqim pantas umpama kilat
Masuk Syurga tanpa hisab ( perkiraan)
Sesiapa yang mencuai ataupun meremeh-remehkan solatnya, Allah akan memberinya lima belas hukuman:

Lima ketika hidupnya, tiga semasa hendak mati, tiga didalam kubur, tiga ketika keluar daripada kubur.

Lima hukuman semasa hidupnya didunia :

Diangkat keberkatan pada umurnya
Hilang cahaya kesolehan diwajahnya
Setiap amalan soleh yang dikerjakannya tidak diganjari oleh Allah
Doanya tidak dinaikkan ke langit
Tidak mendapat hak dalam doa orang-orang soleh
Tiga semasa hendak mati:

Matinya dalam keadaan hina
Matinya dalm keadaan lapar
Matinya dalam keadaan haus sehingga jikalau dituang seluruh air lautan didunia ini, tetap tidak menghilangkan kehausannya.
Tiga didalam kubur :

Disempitkan kuburnya hingga seluruh tulang rusuknya berceragah
Api dihidupkan didalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan atas baranya siang dan malam
Dihantar seekor ular yang besar yang bernama Syuja' al-Aqra'...( boleh baca sambungannya didalam kitab Fadhail Amal)
Dalam riwayat, dia akan datang pada hari kiamat dengan tertulis tiga barisan didahinya...( boleh baca sambungannya didalam Fadhail Amal)

Yang tertulis didalam hadith ini hanya 14 hukuman sahaja, bukan 15, berkemungkinan perawi terlupa yang kelima belas sepertimana yang disebut oleh Ibnu Hajar al-Makki didalam kitab az-Zawajir.

Didalam Tanbihul Ghafilin, Syeikh Nasr as-Samarqandi menyebut sebanyak 12 sahaja.

Imam as-Suyuti menyebut didalam ad-Zhailul Ali selepas mengeluarkan hadith yang sama makna dengannya daripada takhrij Ibnu an-Najjar dalam at-Tarikh Baghdad dengan sambungan sanadnya sehingga ke Abu Hurairah.

STATUS HADITH

Imam ad-Dzahabi berkata: Hadith ini hadith yang rosak ( batil), ditulis oleh Muhammad bin Ali bin al-Abbas al-Attar lalu dinisbahkan kepada Imam Abu Bakar an-Naisaburi. ( menyebabkan manusia mengingat bahawa hadith tersebut adalah hadith daripada Imam Abu Bakar an-Naisaburi sedangkan pada hakikatnya  ia adalah rekaan yang dinisbah kepada beliau, bukan hadith sebenar daripada beliau. (Mizanul I'tidal - no 7969).

Tuesday, October 20, 2015

AKU PENDOSA INGIN KE SYURGA..

Dosa yang membuatkan hidup kita tak tenang.
Kita boleh sembunyikan aib kita daripada semua
orang tapi tidak dengan Allah.

Dosa yang menggelapkan hati kita.
Kita lupa pada Allah sedangkan Allah
tidak pernah lupa pada kita. Allah tidak pernah hairan mengenai dosa kita tapi yg hairan kenapa kita tidak BERTAUBAT..

Wahai orang beriman,
BERTAUBATLAH  kamu dengan TAUBAT NASUHA.. 
Taubat yang bersungguh².
Kalau kita dah bertaubat jangan kita berdukacita.
Kerana Allah tak tengok kita yang dulu.. tapi Allah tengok kita yang sekarang.

Manusia ini tidak terlepas dari melakukan
dosa. Orang yang bertaubat ini adalah orang yang dirindui oleh SYURGA.

Sepertimana Nabi S.A.W bersabda;

" di antara golongan yang mendapat pertolongan Allah ialah seseorang yang merindui Allah tatkala dia bersendirian
maka mengalir airmata dia."

Golongan ini yang Allah akan jaga.Takutlah kamu kepada Allah walau
di mana kita berada.
Gantikan kejahatan kita dulu dengan melakukan kebaikan hari ini. Yakin pd Allah bahawasanya dia MAHA PENGAMPUN LG MAHA PENYAYANG.. 

Istighfarlah sentiasa.

Buat Semua MUSLIMAH SOLEHAH.. 💚 😇
by Daie Hamidah

Sunday, October 11, 2015

Permasalahan etnik dan kes puak memuak

Dear Dairy

Alhamdulillah sebelum dikupas dengan lebih mendalam topic ini aku nak cerita sikit macam mana aku rasa yang aku belajar dekat KL tapi dikerumuni dengan persekitaran yang kurang didikan sociology dan sebagainya. Apa pun terlebih dahulu aku nak mintak halal kalau korang terasa dengan apa yang bakal aku luahkan dengan statement dan hujah-hujah yang akan bakar hati korang rasa macam nak bash je aku. PERSILAKAN.

PERTAMA

Diploma aku buat dekat KPTM, cheras dalam erti kata yang lain nama yang KPTMKL. Aku happy bila zaman sem satu aku ada clique yang mana budak rumah aku sendiri. Ok la tapi ada je budak rumah aku yang senang bila berjumpa hanya dekat rumah tapi still make friend dengan orang luar and semua orang di dalam Kolej itu. Aku senang sebab aku rasa bila korang belajar dekat bandar pemikiran automatically akan bertukar menjadi seperti orang yang di sana. Apa pun jangan ingat orang bandar ni bagus sangat. Ada part bagusnya dan ada tidak , justeru itu, kita sebagai manusia ni mesti tau bab pro and cons dia. Aku tak cakap sebabnya aku datang dari bandar dan sudah biasa dengan kehidupan bandar aku boleh nak action cakap macam ni. Silap sama sekali sebab kalian tidak tahu bahawasanya susah kalau kalian ni suka berpuak-puak mcm nak jadi puak zaman purba.

So apa yang aku nampak bila di zaman diploma macam zaman ni kau akan tahu true friend and bla bla bla. macam macam benda kau akan jumpa dan ini adalah adat . dah kalau asyik duduk di dalam comfort zone macam mana kau nak berkembang dan menyumbangkan tumbesaran yang akan menghubungkan sel-sel untuk membina akal pemikiran yang sihat ? sila lah cakap kat aku macam mana kalau korang ada method lain.


PERMASALAHAN

mostly aku rasa budak batch aku banyak sangat create group. contoh dan reality : group bahan orang. ha ni kes mcm ni group ni kalau bahan orang ke apa-apa rasa bagus . ha aku tengok sorang-sorang dalam ahli takde la bagus sangat. dah pulak. duduk dekat student square (ruang legar pelajar) ada je nak bahan orang. aku paling tak suka bila dengan sorang ni part dia gelak. Ya Allah rasa menyirap darah naik ke kepala sebab dia punya suara galak bebenor kuat. so suka hati dia lah nak gelak mcm mana pun. tah kalau nak describe bebudak ni banyak sangat aku pun tak reti nak tulis ni ha. kalau bab puak-puak ni aku pun tak faham sebab kenapa korang nak berpuak sedangkan orang asli tinggal dalam hutan tu pun memang la berpuak tapi puak dia takde la ngeri macam budak Kptm batch aku create. like seriously hello perangai puak memuak ni zaman budak sekolah rendah boleh la. ha tak suka orang ni kutuk, pastu yang tak tahan ajak pulak member join sekali walaupun kadang aku tengok Hamba Allah tu tak sanggup nak dipuakkan atau memuakkan sesorang. so disebabkan terlalu banyak sangat aktivas begini bergiat aktif benda ni dah jadi mcm satu budaya pulak. aku pun rasa dan aku ada a few kawan di kptm branch lain pun cerita benda yang sama. so kesimpulannya ?


Korang korang yang nak sangat hidupkan budaya berpuak ni sila lah sedar diri yang bahawa kalian bukan je hidup dalam circle kalian. bila sampai satu tahap dah takde kawan nak tolong pinjamkan duit kat kau, nak tolong kau puak/pulaukan orang bagai-bagai aku risau kau je yang kena.



Peralihan angin monsoon

Aku masuk Unisel ni memang takde langsung kawan-kawan yang satu course dengan aku. dan of course aku memang sambung course yang memang aku nak lari dari hidup menjadi seorang Hr. gila formal bosan hidup aku nanti. so aku lari ke course yang mana aku suka buat. Menulis. macam aku rasa korg tengah baca apa yang aku cuba nak tawarkan kat kalian suruh baca. so bila aku masuk sini memang first terkejut dengan benda benda ni. kawan-kawan yang friendly and of course bukan hidup dalam kalangan dan puak orang asli di hujung dunia yang tinggal dan amalkan amalan yang berpuak-puak ni. berhh walaupun unisel shah alam. come on malu kot budak kptm duk tengah-tengah bandar tapi perangai mcm duk kat tanah merah kelantan. dan selepasnya aku perhati aku baru sedar apa yang lecturer sociology aku cakap. Kenapa kita nak cari ilmu sedangkan orang yang berpelajaran pun tak re-act mcm ada diploma, ijazah dan sebagainya. Seeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.............. aku pun ha terus terlintas nak menulis. Dan aku rasa memang benar sangatlah apa yang lecturer aku cuba sampaikan. Dan bagi aku apa yang buruk tu kalau boleh campak jauh-jauh sebab Kptm tu banyak kenangan aku. Klau bab puak-puak je lah yang buat aku tak suka bila kat sana. tapi so far semua ok. so aku doakan korang yg buat amalan puak-puak ni udah-udah lew.





TAYAR PANCIT

Dear dairy

Di minggu yang kabur dengan penglihatan yang agak jauh sasaran dia aku ni dengan slumber je bawak kereta and dgn takde pape tapi bila nak otw balik dari class nak menuju ke kedai makan aku rasa macam ada something wrong dengan tayar belakang aku ni ha. Sekali okay memang tayar tu da koyak. so bila menimpa kejadian seperti ini kepada kaum perempuan kau nak tak nak memang kena nak urus sendiri. aku terfikir "aku dahla takde member saat tu" tapi nasib baik lah bukan aku sorang sebab which is aku dengan roomate aku. Alhamdulillah. So korang tau la perempuan dia akan fikir "oh tayar flat sebab pancit tapi bila check tayar berhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh" tu je yg aku boleh cakap. tayar memang dah koyak abis dah belah belakang.


ANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNDDDDDDDDDDDDDDDDDD..............

Alhamdulillah ada member class yang sorang ni. of course lelaki. takkan perempuan nak tolong tukar tayar kot. so aku pun terberani nak call dia. Ya Allah saat tu rasa mcm Alhamdulillah lah wei sebab tolong aku. sebab kalau takde orang nak tolong siapa entah nak tolong aku. Dan bermula la sesi nak jet tayar bagai-bagai. Oh lagi satu kalau aku nak buat time tu masalahnya aku pakai jubah hari tu. Aku dah rasa macam nak menangis dah time tu sebab of course takkan aku nak buat. Tapi kalau dalam keadaan terpaksa pergi la apa nak fikir memang aku kena buat jugak. so lessonnya di sini kalau kalian berkeseorangan tu sila lah pelajari apa yang patut sebab rasanya memang kena in case u're in trouble.

Oh iye aku nak say thanks dekat member class aku sebab tolong aku tukar tayar. "kalau takde kau yang nak tukarkan tayar aku memang tak gerak lah kereta aku ni wey"