Tuesday, October 20, 2015

AKU PENDOSA INGIN KE SYURGA..

Dosa yang membuatkan hidup kita tak tenang.
Kita boleh sembunyikan aib kita daripada semua
orang tapi tidak dengan Allah.

Dosa yang menggelapkan hati kita.
Kita lupa pada Allah sedangkan Allah
tidak pernah lupa pada kita. Allah tidak pernah hairan mengenai dosa kita tapi yg hairan kenapa kita tidak BERTAUBAT..

Wahai orang beriman,
BERTAUBATLAH  kamu dengan TAUBAT NASUHA.. 
Taubat yang bersungguh².
Kalau kita dah bertaubat jangan kita berdukacita.
Kerana Allah tak tengok kita yang dulu.. tapi Allah tengok kita yang sekarang.

Manusia ini tidak terlepas dari melakukan
dosa. Orang yang bertaubat ini adalah orang yang dirindui oleh SYURGA.

Sepertimana Nabi S.A.W bersabda;

" di antara golongan yang mendapat pertolongan Allah ialah seseorang yang merindui Allah tatkala dia bersendirian
maka mengalir airmata dia."

Golongan ini yang Allah akan jaga.Takutlah kamu kepada Allah walau
di mana kita berada.
Gantikan kejahatan kita dulu dengan melakukan kebaikan hari ini. Yakin pd Allah bahawasanya dia MAHA PENGAMPUN LG MAHA PENYAYANG.. 

Istighfarlah sentiasa.

Buat Semua MUSLIMAH SOLEHAH.. 💚 😇
by Daie Hamidah

2 comments: