Wednesday, October 21, 2015

Larangan meninggalkan solat

Pesanan buat diri sendiri dan sahabat2

Hadith Ancaman Meninggalkan Solat dan Kelebihan Menjaga Solat -Hadith Rosak ( Batil)

' Sesiapa yang menjaga solatnya , Allah akan memuliakannya  dengan memberinya lima kurnia :

Diangkat kesempitan hidup
Diselamatkan daripada azab kubur
Diberi buku catatan amal melalui tangan kanannya
Melintasi titian Sirat al-Mustaqim pantas umpama kilat
Masuk Syurga tanpa hisab ( perkiraan)
Sesiapa yang mencuai ataupun meremeh-remehkan solatnya, Allah akan memberinya lima belas hukuman:

Lima ketika hidupnya, tiga semasa hendak mati, tiga didalam kubur, tiga ketika keluar daripada kubur.

Lima hukuman semasa hidupnya didunia :

Diangkat keberkatan pada umurnya
Hilang cahaya kesolehan diwajahnya
Setiap amalan soleh yang dikerjakannya tidak diganjari oleh Allah
Doanya tidak dinaikkan ke langit
Tidak mendapat hak dalam doa orang-orang soleh
Tiga semasa hendak mati:

Matinya dalam keadaan hina
Matinya dalm keadaan lapar
Matinya dalam keadaan haus sehingga jikalau dituang seluruh air lautan didunia ini, tetap tidak menghilangkan kehausannya.
Tiga didalam kubur :

Disempitkan kuburnya hingga seluruh tulang rusuknya berceragah
Api dihidupkan didalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan atas baranya siang dan malam
Dihantar seekor ular yang besar yang bernama Syuja' al-Aqra'...( boleh baca sambungannya didalam kitab Fadhail Amal)
Dalam riwayat, dia akan datang pada hari kiamat dengan tertulis tiga barisan didahinya...( boleh baca sambungannya didalam Fadhail Amal)

Yang tertulis didalam hadith ini hanya 14 hukuman sahaja, bukan 15, berkemungkinan perawi terlupa yang kelima belas sepertimana yang disebut oleh Ibnu Hajar al-Makki didalam kitab az-Zawajir.

Didalam Tanbihul Ghafilin, Syeikh Nasr as-Samarqandi menyebut sebanyak 12 sahaja.

Imam as-Suyuti menyebut didalam ad-Zhailul Ali selepas mengeluarkan hadith yang sama makna dengannya daripada takhrij Ibnu an-Najjar dalam at-Tarikh Baghdad dengan sambungan sanadnya sehingga ke Abu Hurairah.

STATUS HADITH

Imam ad-Dzahabi berkata: Hadith ini hadith yang rosak ( batil), ditulis oleh Muhammad bin Ali bin al-Abbas al-Attar lalu dinisbahkan kepada Imam Abu Bakar an-Naisaburi. ( menyebabkan manusia mengingat bahawa hadith tersebut adalah hadith daripada Imam Abu Bakar an-Naisaburi sedangkan pada hakikatnya  ia adalah rekaan yang dinisbah kepada beliau, bukan hadith sebenar daripada beliau. (Mizanul I'tidal - no 7969).

No comments:

Post a Comment