Thursday, October 29, 2015

Rindu buat beribu kalinya

Kehidupan memang takkan selalu manis dengan lakonan manusia yang mungkin takkan kita pernah pasti apa yang bakal mereka lakukan selepas ini dan mungkin bertahun kemudian. Dan semuanya tidak pernah di jangka. Mana mungkin tak merindui, mana mungkin tak mengingati apa yang berlaku. Kehidupan kadang memang payah nak ikut rentak manusia yang takkan pernah puas sakiti hati aku. Kehidupan bukan setakat mahu menghancurkan tapi kadang membina kamu sendiri. Kalau Tanya aku kenapa aku lebih memilih menjauh dari semua org ? sebab aku rasa tenang dengan mereka-mereka yg baru ni. Kadang buat aku rasa mcm bestnya hidup aku tanpa kawan-kawan yang menyakitkan hati, org org yang melemparkan tuduh menghina membabi buta. Aku bukan jenis cepat nak hadam dengan benda benda mcm ni.

Ramai org Tanya “kenapa kau masuk study yang kau tak kenal sorg pun org kat situ” aku bukan nak ikut kenal ke tak kenal dan aku memang bukan jenis nak membabi buta ikut bontot kawan-kawan. Aku kadang rasa mcm aku ni terlalu mengharap dekat sahabat-sahabat yang boleh jadi teman terbaik aku. Tapi sebenarnya bukan menjadi teman terbaik malah sebaliknya. My experience have a thought me a lot. Untuk jadi manusia yang Berjaya berdiri di atas kaki sendiri dan usaha sendiri kau tak perlu nak risau apa yang org cakap. Apa yang org hina caci maki kau. Mungkin hari ini kita tak Nampak apa yg berlaku tapi percayalah satu hari nanti apa yang berlaku tu semua kau akan berterima kasih. Tapi untuk pengajaran ini kau rasa lebih bersyukur kenapa tuhan berikan semua ini kat kau. Iye bila saat susah kau ingat ada orang nak tolong kau selain keluarga kau ? buruk, susah senang macam mana pun janganlah buang keluarg kau sebab diaorang lah kau , aku dan mungkin semua org masih berdiri teguh di muka bumi ini. Kadang-kadang aku penat nak fikir tentang hati dan perasaan org sekeliling aku. Kadang kadang rasa muak dengan perangai hodoh sorg-sorg tapi dalam kehidupan inilah lumrah segalanya. Pentas dunia yang takkan pernah tamat penceritaannya dan bakal di sambung lagi. Jangan pernah bosan dengan pentas ini dan jangan pernah menyerah kalah dengan pentas ini.

Berdiri dengan hati yang kuat dan sendiri bukan bermaksud kau tak kuat dan hina sangat pun kalau takde orang support di sisi kau. Tapi aku rasa bangga sampai saat ini aku boleh lalui benda benda macam ini sorang diri tanpa nak heboh dan hebahan semua orang. Ya ALLAH rasa saat ni aku lepas stage yang mana aku sendiri rasa macam mana perit nya kena pulau, kena bash kena itu dan ini dengan kawan-kawan yang aku boleh kategorikan tak guna jugak. Bukan keterlaluan tapi kalau aku nak cerita memang panjang lebar takkan nak bukak aib manusia lain demi raih simpati untuk aku? Alhamdulillah satu stage dah lepas tinggal lagi beberapa stage aku nak tamatkan permainan dunia ini dan terus melangkah maju insyallah aku kuat sebab ada Allah yang maha memberi kekuatan dan keluarga sumber inspirasi dan dorongan. Jangan ingat orang yang kauorang bash, tinggal semua akan terus tersungkur dan tak maju kehadapan …




Salam sayang , nik amirah….

1 comment: