Thursday, November 26, 2015

minggu stress dan semua manusia jadi bisu otak giat berlari mencari idea

Dear Dairy



minggu yang memang stress dia tak tahu nak cakap macam mana. to be honest ada je assignment aku yang aku buat last minutes. berhhh tu rasa macam hmmmmmmmm......... memang bersengkang mata la namanya. tapi apa pun kan aku just nak nasihat yang benda benda yang buat last minutes ni bukan senang nak make sure benda tu running well.

so dalam kebusyan yang mana semua duk kejar nak submit assignment ada jugak manusia yang mementingkan diri sendiri. kalau nak cakap aku? aku dulu dah cukup baik sangat kalau nak dibandingkan dengan semua orang yang pernah satu group dengan aku. dah kalau semua nak makan suap je susah lah jugakkan . so zaman diploma memang dah ajar aku macam-macam tapi untuk degree ni aku rasa terkejut pulak bila berhadapan dengan orang yang tak reti nak amik responsibility terhadap orang lain. apa pendapat kau orang ? bagi aku orang yang tinggalkan kerja last min kepada orang lain dan mendatangkan ketidak puas hatian orang lain especially orang yang terkontang kanting tu sangat memalukan. tapi iye iye depan orang kemain berlagak bagus ni especially orang yang suka kipas lecturer. gilanya apa benda weyh duk mengipas tapi setakat takde tanggungjawab untuk buat kerja kumpulan dan lain-lain baik simpan jela perasaan bongkok yang hodoh tu dalam dada kau takde sape nak tengok.

Banyak assignment sebenarnya buat aku stress. kalau perasan aku stress the whole day tu aku takkan cakap benda benda yang aku rasa buang masa. sampaikan roomate aku pun aku tak bercakap sangat dengan dia padahal weyh aku selalu kot bercakap dengan dia. pillow talk memang always. tapi tulah bila dah sampai minggu stress ni rasa macam pe bendalah semua ni. apa yang aku harap sekarang ialah aku tak nak dah buat kerja group sebab aku rasa macam ya ALLAH payahnya kalau ada orang yang jenis selfie last-last min bubar group bagai dan itu sangat tak professional and aku boleh keluarkan statement ni untuk lelaki lelaki begini kalau dah takde tanggungjawab silah lah pergi tukar jantina kalau takde rasa hormat and tanggungjawab terhadap diri sendiri and orang disekeliling kau. please and please. zaman diploma aku boleh dikatakan lagi syok dari zaman degree ni. dan ini salah satu sebab bila otak asyik banyak terperuk dekat kampung. tak berfikiran luas dan bersikap rasional kalau berhadapan dengan masalah. dan aku harap manusia macam ni sila silalah turunkan ego anda tu kalau Allah nak tarik 2 saat pun boleh.  jangan terlalu bongkak nak tertawakan orang and please ingat semua benda ni hanyalah pinjaman semata..

ingat : kita buat orang one day kalau Allah balas jangan cakap tak terdaya sebab itu yang kalian mintak dari Allah swt



No comments:

Post a Comment