Sunday, November 15, 2015

PENANG GET AWAY

Assalamualaikum ..................

dear dairy

Alhamdulillah dengan segala nikmat dan pujian hanya aku taburkan buat mu ya Rab ! cuti midterm break ni macam tak rasa apa apa pun bila semua pun terperap dekat rumah mengenangkan assignment pun berlambak-lambak. aku macam biasa suka mengenang benda yang aku rasa macam haih tak best la takkan asyik nak terperuk kot dekat rumah dan pelbagai. So rezeki yang sikit-sikit aku nak pun teringin nak habiskan masa dengan duit yang ada budget ciput-ciput ni pergi berjalan ke sana dan ke mari. tapi kali ini memang betul-betul adventure sebabnya aku dan kawan aku yang lagi dua orang hanya plan last min dan esk packing barang terus gerak penang. itu yang mengila bila kami semua rasa macam "eh tak sangka dah sampai penang" Alhamdulillah pergi balik aku drive Allah lindungi perjalanan kami dan alhamdulillah jugak sebab aku tak rasa mengantuk pun. mungkin terlalu banyak minum redbull hahaha. Perjalanan dari kuala lumpur ke penang hanya mengambil masa 4 jam dan aku hanya drive kereta compact yang mana kalau tekan 120 km/j dah memang confirm tidak selamat kalau dah terlaju sangat. so aku drive laju tak berapa laju sangat tapi perjalanan kami memang straight la. sebenarnya short vacay ni memang tak dirancang sama sekali sebab masing-masing memang nak naik bus atau train sebab katanya memang nak berjalan. usha punya usha masaalahnya ticket pergi ada , nak balik memang masalah sebabnya time tu kan baru je lepas deepavali. so aku pun suggest takpela naik kereta aku.

untuk mereka yang suka mencari makanan jalanan atau street food dekat penang ni memang syurga makanan yang mana kau jalan je kat mana-mana memang akan famous dengan nasi kandaq dan pelbagai. dulu aku suka rasa yang macam penang ni "alah bukan ada apa apa pun, hanya sebuah  pulau kecil yang mana takdelah berapa nak best. tapi bila dah pergi aku rasa macam Ya Allah boleh tak kalau aku nak mintak kerja dekat penang sebabnya keadaan kat sana memang dah macam kuala lumpur. cumanya dia tak de monorail dan klcc lah. dan yang paling penting ada shopping mall yang ala-ala pavillion siap ada coach butik dan pelbagai. so kalau bab shopping benda benda mahal ni memang aku tak layan sangat dan time tu apa yang terniang-niang di dalam fikiran aku hanya, jambatan pulau penang, naik ferri, makanan dan sumpah benda ni aku dah jadi addicted. "mee sotong padang kota"


Untuk pengentahuan kalian semua pembaca yang disayangi, aku ada classmate kat sana memang tinggal di georgetown. so kira memang member aku ni memang kena jadi tourist guide kitaoranglah dan of course lah bawak jalan satu penang dan sampai aku rasa memang dah betul-betul fall in love dengan suasana kat sana. ya ALLAH ... bersabarlah wahai hati. hahahhaa so dan di sebabkan classmate aku ni memang dah lahir dan mahir dengan selok belok bandar penang ni memang berkicap jugak berjalan dengan dia ni sebab dari satu ke satu tempat dia bawak kami semua berjalan


Streetfood penang memang terbaek.


Nasi kandaq kampung melayu. dan cuba kalian bayangkan nasi yang jenis bertimbun dan banyak dan paling mahal pun tak sampai RM6 dan kalau kat KL tu dah confirm-confirm dekat RM6-8. dan menu dan portion aku ni hanyalah RM4 dan campur sekali dengan teh o ais ada lah dekat RM5.30. Dan itu untuk sarapan aku pada hari pertama. (janganlah terkejut kalau dengar breakfast dah bantai cekik nasi) hahahahhahah


dan sila lah layan semua gambar-gambar di bawah. sebab aku terlalu excited untuk menulis . hahaha















No comments:

Post a Comment