Saturday, November 21, 2015

Peranan hati dan perasaan dalam kehidupan

dear dairy

Mana mungkin hati dan perasaan dapat di pisahkan. aku seolah bertanya kembali adakah ini semua wajib di satukan atau di pisahkan sama sekali antara kami atau aku atau kalian. kalau dah nama nya manusia mana nak hilang erti terkecil hati , erti hilang kasih sayang dan pelbagai-bagai. entah kenapa aku rasa mcm kehidupan ini kadang adil bagi sesetengah manusia dan tidak akan adil bagi sesetengah manusia. dan kalau keliru dengan persoalan sedemikian cepat-cepat pulang kepada kekasih hakiki.

Hati ni sumpah susah sangat nak jaga, dan susah sangat nak mengerti. aku kadang confuse dengan diri aku. serious talk. tapi apa pun dan macam mana susah pun kau kena ingat apa yang buat aku gelisah sampai tahap macam ni. gelisah yang entah mana datangnya. sering kali kalau di buru dan di himpit perasaan gelisah ni aku akan lari sejauh mungkin dan cuba untuk tinggalkan segala kegelisahan di belakang biar jadi memori hitam yang akan bersembunyi di sebalik tabir. tapi mana jauh pun aku lari aku tetap takkan boleh lari dari realiti yang sebenarnya aku gelisah dan mungkin boleh di tahap yang membimbangkan.

Orang cakap hidup ini kena tabah. dan aku sedaya upaya untuk tabah dengan keadaan keliling. kadang susah macam mana pun aku. aku akan ingat ada insan yang lagi susah dari aku yang kerap di selubungi dan di himpit perasaan gelisah yang melampau. aku perlu bersyukur. Allah tu maha adil setiap percaturan dia tiada yang indah melainkan kau menerima apa yang di tetapkan. tidakkah kau di duga hanya sebagai tanda kasih sayang dan menguji kesabaran mu dan kecintaan mu kepada yang Maha Esa?

Kalau hari ini aku gelisah dan terus gelisah mana mungkin ada hari penghujung yang tak menemukan kegembiraan di atas kegelisahan ini. manusia gelisah ada jalan penyelesaiannya. mana mungkin penyakit hati ini tiada ubat-ubatan. pasti akan ada. dan kau jangan bimbang.. gelisah biar sekejap tapi asal kau tau hati mu milik tuhan mu yang esa. biar kan dia jadi penawar bagi segala kesakitan mu wahai manusia dan hati yang kadang mati dan kadang hidup.. biarlah ia di tawar dan di ubati dengan tuhan mu. biar dekat biar tenang.

No comments:

Post a Comment