Tuesday, January 19, 2016

Play safe je dalam hidup

Aku paling berbulu kalau orang duk sebut *aku ni play safe dalam setiap perkara yang aku buat dalam hidup* entah aku rasa macam bangsat sangat kau ni memperkotak-katikkan manusia sekeliling kau dengan perangai yang sebegitu. Tapi realitynya inilah kehidupan yang kita kena tahu hadap. Manusia-manusia macam ni yang serious bahaya. Kalau dipratontonkan confirm kau yang berterus terang ni akan di salah ertikan dan selalu kena bash dengan benda-benda yang kau berkata melalui hati tapi bukan sebab nak main watak play safe dalam kehidupan harian kau terpaksa jadi fake yang tahap bangsat.

Manusia-manusia bangsat macam ni yang kau orang kena tahu dan elakkan. Zaman belajar ni memang ada dan zaman kerja pun lagi lah berlambak. Kehidupan ni takkan pernah tuhan tak uji. Kalau tuhan tak uji kau. Kau kena cari ada something wrong yang tuhan nak bagi kau leka dan lalai. Aku dengan jujurnya memang nak muntah hijau dengan perangai manusia bangsat macam ni. Dan kalau nak tahu since aku kenal perangai manusia manusia macam ni aku duk study mereka mereka ni dalam diam. Hidup kau kena pandai main watak. Kau play safe depan orang lain untuk selamatkan diri sendiri dan ingatlah satu hari nanti zaman main main secara selamat ini akan memainkan kehidupan tanpa kau sedar. Tapi manusia ni banyak buat silap. Apa pun sekali kalau rasa bersalah mintak maaf tapi. Itu hak orang untuk memaafkan atau nak hentam kau sampai lunyai sekali pun. Asalkan kau tahu yang kau dah laksanakan tanggungjawab kau sebagai seorang manusia dan tak perlu risau apa yang dia nak fikirkan pasal diri kau sebab dia bukan tuhan. Hidup ni banyak agenda agenda dan kadang kadang babak yang kau rasa nak menangis meraung dan kadang kau rasa macam apa bangsat la orang orang ni. Tapi ketahuilah sebangsat bangsat aku, aku da jalankan tanggungjawab as kawan, manusia di sekeliling kau dan juga pemaaf yang memohon kemaafan dan hak untuk memaafkan bukan terletak di tangan aku. Tapi dihati si pemaaf sebab kalau manusia yang meminta dengan pintaan yang ikhlas di perkotak katikkan dan kau jangan harap langsung di kemudian hari kau akan dimaafkan dan jangan terkejut kalau satu hari nanti kau akan jadi si peminta maaf dan saat itu hak untuk memaafkan mmg ada bagi aku tapi untuk lupa segala macam perbuatan memang takkanlah. Sebab manusia manusia bangsat ni kat mana mana ada. Dan kadang tanpa kita sedar kita sendiri pun dah pupuk sifat sifat bangsat dalam diri kita. Well people open your mind and heart. We dont have any right to keep punish them either in mentality or Physical. Who are u? Tuhan?

Tepuk dada tanya diri sendiri apa yang kau rasa kalau tanpa kau sedar kau jadi manusia bangsat???

Wednesday, January 13, 2016

Ingat perempuan ni takde perasaan ?

Harini aku terpanggil nak menulis bab dan perihal wanita zaman moden dan perasaan. Kalau hang pa nak tau zaman mak mak kita takde pun kisah mengisah dan cerita hidup mereka dijaja sini sana di laman-laman social mahupun di dalam majalah. Yg aku tau hanya mereka bersosial dengan bersahabat pena. Mak aku cakap la sebab before mak aku kawen dengan ayah aku mak aku pernah bertunang dengan sahabat pena dia. Alah ni zaman-zaman legend yang mana dalam majalah kot tak silap aku ada diaorg iklan kan gambar and alamat. So dari situ mak aku berkenalan dan bertunang. Mak aku cerita dia bertunang lama jugak 1 tahun lebih lepas tu putus sebab lelaki tu dah ada anak bini and dia tipu family mak aku sebab dia kata dia bujang. Frust mak aku lama jugak dlu. Mak aku cakap la tu yang dia merantau ke kuala lumpur dan pengakhiran jodoh dia dengan ayah aku. Mak aku kira kawen lambat jugak zaman-zaman dia. Yelah zaman-zaman dlu mana ada orang kawen lambat lambat. Kalau kawen lambat abis la family kau kena menjawab persoalan makcik makcik sekampung tu.

Pengajaran yang boleh didapati disini orang dulu takde pulak sampai nak iklankan kat majalah atau surat surat khabar yang dia tu sedih dan pelbagai bagai. Sehingga la baru baru ni aku terbaca pasal isu breastfeeding. Selfie sambil memangku anak yang menyusu. Aku tak fahamlah sampai ke tahap itu hangpa boleh upload dengan laman sosial. Kalau didalam group yang mana memang hangpa semua perempuan-perempuan dan kaum ibu ibu menyusu ni takpelah jugak. Perempuan sekarang makin moden makin nak tunjuk luahan isi hati hangpa dan mungkin kebolehan hangpa untuk terus berjuang demi hak dan kaum wanita. Sejujurnya saya tak pernah berexperience menyusukan bayi sebab saya pun belum kahwin tapi dari pengalaman kakak2 sayalah yang banyak mengajar saya.

Kakak saya umur dah 32 tahun masih menyusukan anak kecilnya yang berumur 5 bulan setengah. Satunya kalau hangpa malu nk breastfeed anak anak hangpa di khayalak ramai. Aku nasihatkan pakailah tudung labuh kalau boleh tutup pusat pun takpe tu dah saving duit nak beli kain breastfeed for baby. Janganlah sampai nak show off kat org yang kau org je yg menyusukan anak korg tanpa menyampur susu lembu atau formula. Come on wake up ni isu sensitive. Aku tak sentuh bab bab agama sebabnya kita semua sudah didik dari kecil cara dan mungkin menghormati manusia disekeliling kita. Kalau tak boleh hormat sensitiviti masyarakat macam mana nak bentuk masyarakat yang berfikiran luas dan berlandaskan agama.

ALLAHUALAM aku menulis untuk memberi pandangan apa yang aku rasa tentang perempuan zaman ini dan aku pun tak baik sangat sebab kadang terlepas pandang jugak. Cuma aku maybe tak perasan. Dan buat ibu yang upload gambar sedang breast feed baby tu semoga usaha anda memberikan susu yang terbaik buat anak anda akan berterusan dan aku tahu bukan semua mak mak ibu ibu mampu nak bagi susu badan kepada anak sampai baby tu bebetul nk stop. Dan dia adalah ibu yang terbaik dan bijak dalam memilih pemakanan untuk anak-anaknya. Ibu mana yang tak nak anak makan benda bagus-bagus kan?

Dan mana tau aku nk cecah dah group group breastfeed mum ni boleh mintak tunjuk ajar dan pendapat. Insyallah

Monday, January 11, 2016

Cinta

Dulu selalu geli dengar ayat cinta ni. Rasa macam nak muntah pun ada. Tapi bila kau sudah dipanah cinta rasa macam nak melekat kat dinding. Kalau orang cakap hidup tak lengkap tanpa cinta. Memang betul pun. Kalau dalam keluarga korg ingat korg hanya diduduk diam2 tanpa cinta ka?? Kasih sayang ni kena pupuk dari zaman kanak-kanak lagi. Kalau kau tak kenal dan tau erti kasih sayang bagaimana hendak membina keluarga bahagia.

Sepanjang perjalanan menempuhi kehidupan aku ada kenal orang yang jenis boleh berjaya dengan cinta dan ada orang yang boleh gagal dengan cinta. Siapa kata cinta tak boleh meruntuhkan tembok pemisahan kegagalan? Klau kau nak tau erti cinta cari tuh yang kat atas tu. Kalau kau dah kenal cinta dia barulah kau boleh rasa macam mana cinta manusia yang lagi indah dan manis ni kadang-kadang.

Ada orang kenal 3 hari dalam kisah cinta dah boleh sayang nak mati sampai menongeng-nongeng dan ada orang pulak cinta bertahun-tahun tapi si pencinta dan pemain watak cinta lebih selesa untuk bercinta dari serious dan ada orang biar bercinta dengan yang esa jadi tenang hati dia.

Kalau nak di ikutkan semua makhluk dalam bumi Allah ni bercinta. Tak percaya? Kau lihat langit melambai indah itu tanda cinta saat hati dah berkobar-kobar siap boleh ucapkan metafora-metafora yang indah. Jadi percayalah hidup ni terlalu singkat untuk rasa benci dan bercinta sampai kau muntah. Dan aku just merepek di entri kali ini sebab aku tak nak spoilkan mood aku untuk manusia manusia yang tah pape.

Sekian.

Sunday, January 10, 2016

Semester 2

Semester 2 rasa macam cool tapi kau kena tahu kenapa hidup rasa macam kosong untuk semester 2 ni?

Alahai jawapan senang tingkatkanlah iman mu. Aku bukan manusia siap sangat nak ubah orang tapi fahamilah diri aku ni banyak benda tak siap lagi. So semester 2 ni dengan azam baru langkah baru sila la chillelax hahahahaa. Alhamdulillah atleast aku kawan-kawan aku yang faham aku. Biasalah orang baru ni macam macam ragam dan tak semua salah datang dari sebelah pihak dan tak semua kesalahan datang dari aku. Fair dan tengah tengah.

Cuma kadang kalau member cite gebang kalau xsuka angkat kaki belah jelah. Asalkan hidup happy hubungan kau dengan Allah kau jaga dengan orang sekeliling kau jaga dan yang paling penting family. Benda2 famous ni takkan dapat kemana. Hidup ni kena move on jugak kalau kau mati pun kena soal dengan malaikat pun sorang2 jugak.

Apa pun semester 2 ni aku cuak jugak sebab nak maintain pointer. Apa pun insyallah aku usaha nak maintain kan pointer dan insyallah maybe Allah nk bg aku lesson untuk terus mara kedepan bukan ke belakang.

Cayokkkkk nik amirahhhhh

Sunday, January 3, 2016

2016

dear 2016 ..

semoga tahun menjadi pembuka baharu buat semua.. aku dah tiada mood nak menulis panjang