Monday, January 11, 2016

Cinta

Dulu selalu geli dengar ayat cinta ni. Rasa macam nak muntah pun ada. Tapi bila kau sudah dipanah cinta rasa macam nak melekat kat dinding. Kalau orang cakap hidup tak lengkap tanpa cinta. Memang betul pun. Kalau dalam keluarga korg ingat korg hanya diduduk diam2 tanpa cinta ka?? Kasih sayang ni kena pupuk dari zaman kanak-kanak lagi. Kalau kau tak kenal dan tau erti kasih sayang bagaimana hendak membina keluarga bahagia.

Sepanjang perjalanan menempuhi kehidupan aku ada kenal orang yang jenis boleh berjaya dengan cinta dan ada orang yang boleh gagal dengan cinta. Siapa kata cinta tak boleh meruntuhkan tembok pemisahan kegagalan? Klau kau nak tau erti cinta cari tuh yang kat atas tu. Kalau kau dah kenal cinta dia barulah kau boleh rasa macam mana cinta manusia yang lagi indah dan manis ni kadang-kadang.

Ada orang kenal 3 hari dalam kisah cinta dah boleh sayang nak mati sampai menongeng-nongeng dan ada orang pulak cinta bertahun-tahun tapi si pencinta dan pemain watak cinta lebih selesa untuk bercinta dari serious dan ada orang biar bercinta dengan yang esa jadi tenang hati dia.

Kalau nak di ikutkan semua makhluk dalam bumi Allah ni bercinta. Tak percaya? Kau lihat langit melambai indah itu tanda cinta saat hati dah berkobar-kobar siap boleh ucapkan metafora-metafora yang indah. Jadi percayalah hidup ni terlalu singkat untuk rasa benci dan bercinta sampai kau muntah. Dan aku just merepek di entri kali ini sebab aku tak nak spoilkan mood aku untuk manusia manusia yang tah pape.

Sekian.

2 comments: