Wednesday, January 13, 2016

Ingat perempuan ni takde perasaan ?

Harini aku terpanggil nak menulis bab dan perihal wanita zaman moden dan perasaan. Kalau hang pa nak tau zaman mak mak kita takde pun kisah mengisah dan cerita hidup mereka dijaja sini sana di laman-laman social mahupun di dalam majalah. Yg aku tau hanya mereka bersosial dengan bersahabat pena. Mak aku cakap la sebab before mak aku kawen dengan ayah aku mak aku pernah bertunang dengan sahabat pena dia. Alah ni zaman-zaman legend yang mana dalam majalah kot tak silap aku ada diaorg iklan kan gambar and alamat. So dari situ mak aku berkenalan dan bertunang. Mak aku cerita dia bertunang lama jugak 1 tahun lebih lepas tu putus sebab lelaki tu dah ada anak bini and dia tipu family mak aku sebab dia kata dia bujang. Frust mak aku lama jugak dlu. Mak aku cakap la tu yang dia merantau ke kuala lumpur dan pengakhiran jodoh dia dengan ayah aku. Mak aku kira kawen lambat jugak zaman-zaman dia. Yelah zaman-zaman dlu mana ada orang kawen lambat lambat. Kalau kawen lambat abis la family kau kena menjawab persoalan makcik makcik sekampung tu.

Pengajaran yang boleh didapati disini orang dulu takde pulak sampai nak iklankan kat majalah atau surat surat khabar yang dia tu sedih dan pelbagai bagai. Sehingga la baru baru ni aku terbaca pasal isu breastfeeding. Selfie sambil memangku anak yang menyusu. Aku tak fahamlah sampai ke tahap itu hangpa boleh upload dengan laman sosial. Kalau didalam group yang mana memang hangpa semua perempuan-perempuan dan kaum ibu ibu menyusu ni takpelah jugak. Perempuan sekarang makin moden makin nak tunjuk luahan isi hati hangpa dan mungkin kebolehan hangpa untuk terus berjuang demi hak dan kaum wanita. Sejujurnya saya tak pernah berexperience menyusukan bayi sebab saya pun belum kahwin tapi dari pengalaman kakak2 sayalah yang banyak mengajar saya.

Kakak saya umur dah 32 tahun masih menyusukan anak kecilnya yang berumur 5 bulan setengah. Satunya kalau hangpa malu nk breastfeed anak anak hangpa di khayalak ramai. Aku nasihatkan pakailah tudung labuh kalau boleh tutup pusat pun takpe tu dah saving duit nak beli kain breastfeed for baby. Janganlah sampai nak show off kat org yang kau org je yg menyusukan anak korg tanpa menyampur susu lembu atau formula. Come on wake up ni isu sensitive. Aku tak sentuh bab bab agama sebabnya kita semua sudah didik dari kecil cara dan mungkin menghormati manusia disekeliling kita. Kalau tak boleh hormat sensitiviti masyarakat macam mana nak bentuk masyarakat yang berfikiran luas dan berlandaskan agama.

ALLAHUALAM aku menulis untuk memberi pandangan apa yang aku rasa tentang perempuan zaman ini dan aku pun tak baik sangat sebab kadang terlepas pandang jugak. Cuma aku maybe tak perasan. Dan buat ibu yang upload gambar sedang breast feed baby tu semoga usaha anda memberikan susu yang terbaik buat anak anda akan berterusan dan aku tahu bukan semua mak mak ibu ibu mampu nak bagi susu badan kepada anak sampai baby tu bebetul nk stop. Dan dia adalah ibu yang terbaik dan bijak dalam memilih pemakanan untuk anak-anaknya. Ibu mana yang tak nak anak makan benda bagus-bagus kan?

Dan mana tau aku nk cecah dah group group breastfeed mum ni boleh mintak tunjuk ajar dan pendapat. Insyallah

No comments:

Post a Comment