Monday, February 29, 2016

DRAG UH UNGGGG

" Jenis yang suka drag-drag member lain benci orang lain ni yang bagus tahap impak maksima sebab minda kau dah kena rogol dengan kata-kata pinjaman mulut dari neraka "

Kawan tu hanya akan jadi kawan

dear dairy

Kehidupan ni kadang indah dan kadang buat kau rasa nak menangis. kalau hati kau orang rasa maca kena robek dengan pisau nan tajam usahkan kata-kata bahasa badan pun kau akan rasa bagaimana orang tu nak luahkan perasan dia kat kau.

Mungkin ada manusia yang pernah rasa bukan hanya aku je yang rasa. Yang mana bila kau dah sayang titiba ada je suara tah datang dari mana kata "i think we better be a good friend" sayang tu benda yang kau takkan paksa datang dalam diri kau. entah kenapa rasa tu datang nak singgah. bukan kata singgah dah menempal dah pun. tapi bila ada orang yang datang dan tak hargai apa yang kau buat tu kau akan rasa kenapa mesti kita kena kenal?

pengajaran masa lalu nampaknya aku tak ambil itu sebagai pengajaran biar masa jalankan tugas mereka cepatkan waktu ini aku dah malas nak fikir sebabnya kebanyakan akan melangkah jauh dan terus jauh dan nun jauh disana dan aku tetap kat sini.


the end


sesungguh nya kalau hati ni ada kaki aku rasa dah lama dia lari dari nak rasa perasaan yang macam ni.

Wednesday, February 24, 2016

Yang jenis bangga dengan pangkat nak pegi mana ?

Entri ni serious bukan untuk meluahkan rasa tidak puas hati atau pun aku cemburu dengan kawan-kawan yang tak helok pun di panggil rakan. sejak kebelakangan ni aku duk perasan yang member aku sorang ni duk cakap "ha biar dia tengok aku ni macam mana and aku bukan bodoh-bodoh" aku rasa mcm perlu ke kau rasa macam tu. dalam hidup dan dunia yang fana ni mana ada orang rasa dia suci dengan dosa and sebagainya. Jangan lah buat kerja sebab nak dapatkan perhatian daripada orang. buat apa ? buat penat kau je kan ? 

Aku tak rasa diri aku ni terlepas dari benda benda macam ni. bila aku da duduk dalam kelompok tu aku nampak. nampak siapa yang menjadi jadi dan siapa yang buat terjadi-jadi. penat jadi macam tu. like seriously aku malas nak amik port. kadang aku selalu tanya kenapa dalam hidup kena ada benda benda macam ni ke aku yang terlampau ambil kira ? 

pusing dengan semua benda ni aku ambil keputusan untuk blah...... solution bukan melarikan diri tapi buat apa buang masa untuk duduk di dalam kelompok kehidupan yang tak boleh buat kau senyum dan rasa bangga dengan semua benda ni ? mati kita tinggal nama bro dan tahap kefamousan kau akan berakhir bila tiba masa nanti.. jangan pernah mendongak kelangit sangat. kadang kita je perasan orang ambil pusing pasal kita. padahal.... dan padahal... kau ingat orang kesah ke ? 


the end 

Wednesday, February 17, 2016

Rezeki masing-masing

Pernah tak rasa jealous dengan orang lain atas rezeki yang dia dapat? Pernah tak rasa sakit hati tapi acah acah diam je tapi belakang-belakang abis kutuk-kutuk orang tu padahal tu kan rezeki dia.

Aku selalu rasa kalau kau org ada penyakit mcm ni cepat-cepat lah ingat tuhan dan ingat segala apa yang dia dapat tu semua sebab rezeki Allah. Kaya ni semua ujian untuk kita manusia yang takkan pernah lupa apa erti kehidupan dunia. Klau betul nak jealous ha pergi lah jealous secara baik dan bersaing secara sihat. Hati kena bersih biar minda rasa hebat. Chill la hidup ni xsemua akan kau dapat. Biarlah org lain nk mengata kau sengkek ke apa asal kau dpt makan pakai cukup tak la smpai mintak sedekah kt tepi jalan kan?

Ingat dalam kepala dah la *one day aku akan dapat apa yang org lain pakai* sebab ni semua impian dan cita-cita jangan buat ia irisan hati smpai rosak and hitam hati kauorg.

Salam sayang