Wednesday, March 30, 2016

Bila kita faham apa salah kita ?



Kehidupan ni kadang-kadang kita tak nampak salah silap kita. Kadang kita rasa macam semua kita betul dan kadang kita rasa macam semua benda kita salah. Aku tergolong dalam situasi yang mana aku berada di posisi yang aku akan rasa macam aku salah dalam setiap sudut yang aku tempohi. Bila orang cakap aku salah aku dah mula gelabah nak memperbetulkan keadaan dengan mintak maaf.

Buka mata tu kadang-kadang kita kena harus terima walaupun kita rasa "eh macam aku je yang betul" kadang-kadang kita hanya perlu memandang dari sudut yang berbeza samada dari sudut negative dan positive. Jujur aku nak berterima kasih dekat sorang insan yang mana aku pernah jadi mangsa buli cyber aku dibash dengan keadaan yang teruk dan dia bash aku teruk jugak dan aku bangkit dengan keadaan yang memandang dia dari sudut yang positive.

Kadang-kadang manusia yang bergaduh dengan kau tulah yang kau kena amik positive apa yang dia cuba terangkan kat kau. sebabnya keadaan akan menjadikan kau lebih gembira sebab kau dah ada cermin untuk pantulkan perangai kita yang kadang kita sendiri pun tak sedar. ada sesetengah manusia mungkin ada kekuatan untuk melabel diri sendiri dengan apa sahaja cara yang dia guna. tapi kalau jenis yang tak perasan kesalahan sendiri mungkin boleh guna cara ini untuk hidup tenang dan aman.

Dan indahnya bila kita faham apa salah kita mungkin kita akan rasa satu perasaan yang mana kita akan rasa "aku kena fixed benda ni sampai dia jadi elok" kalau nak ikutkan emosi sampai kesudahlah memang emosi lah kau akan rasa. Bila bermain dengan bab emosi jangan terlalu meluahkan sebab nanti semua benda tu akan makan diri sendiri. Jujur aku kata kalau setiap percakapan emosi yang bermula dari aku, aku akan cepat-cepat minta maaf dan mungkin kalau tak leh selesaikan dengan kadar yang baik lagi sopan aku akan diam dan undur diri.

Tapi jangan lupa untuk mengaku salah diri sendiri perlu kekuatan yang banyak dan positive kan diri dengan pelbagai cara yang boleh buat kau rasa hidup dikelilingi insan-insan syurga. Bukan itu sahaja kadang kejadian begini berlaku sebab kita kurang endah tentang hubungan dengan Allah. Hubungan macam mana ? Hubungan soul to soul. Bukan senang nak teruskan perjalanan hidup tanpa restu dan hubungan ini. Dan bila kita cuba faham apa kesalahan kita kau percayalah diri kau akan jadi lebih tenang sebab kau terlepas dari kesilapan yang menyalahkan orang lain.

Semua manusia banyak silap dan kesalahan yang mungkin takkan boleh di padam hatta di ronyokkan lipat letak dalam tong sampah kehidupan, Tapi percayalah dengan faham apa salah kita sendiri, kita mungkin boleh uruskan dengan membawa ia kepada perbincangan yang strategik lagi mengamit memori untuk terus menasihati diri sendiri agar kesalahan bukan dari pihak yang lain tapi dari diri sendiri. Jangan ingat kalau asyik menyalahkan diri sendiri ni boleh stresskan diri kita sendiri. Tapi cubalah memandang ke arah positive. Learn from it. try fixed it and of course ini satu langkah yang kau boleh ubah negative kepada positive.


the end

Monday, March 28, 2016

Dan Bila................


Dan bila aku ambil keputusan untuk diamkan diri kau jangan tanya aku kenapa aku diam.. jangan tanya aku kenapa aku asyik larikan diri dari semua benda ni.. Manusia memang fitrah dia takkan pernah faham. aku takkan pernah faham orang lain dan orang lain takkan pernah faham aku. Kadang-kadang aku penat nak luah perasaan dekat siapa-siapa pun dan kadang-kadang aku tak perlu explain apa yang orang lain nak dalam hidup aku dan apa yang aku nak orang lain buat dalam hidup aku. Manusia ni kan susah nak faham.

Aku ni agaknya terlalu mengiyakan apa yang orang lain tak nampak dan aku tak nampak. kehidupan ni kadang adil buat mereka yang rasa hidup itu wajar diadili. Jangan cakap bab hati dan perasaaan dengan aku, sebab aku dah tahap macam nak muntah sangat dengan semua benda ni. Nak cakap aku tak jaga hati orang ?Sampai bila aku nak kena diam dan biar semua manusia senang-senang boleh pijak letak kaki atas kepala dan suruh aku ikut telunjuk depa?

Aku ni manusia tahu erti penat jugak. serious la wey tahu erti penat ... so untuk elakkan semua benda yang berlaku ni aku ambil keputusan untuk tinggalkan semua perasaan sedih ke kasih sayang ke dan apa sahajalah aku buang malas nak fikir aku nak duduk jauh-jauh dari manusia. Biarlah diaorang tak kenal aku ke apa ke.



Saturday, March 19, 2016

Manusia Celaka

“Manusia celaka yang bila dengan kau dia akan kutuk bersungguh pasal member lain tapi bila depan member lain dia beriya kutuk diri kau”

Definisi celaka ni banyak benda boleh di terjemahkan dari segi perbuatan dan perbualan seharian hidup kita. Keadaan dan isu semasa juga kadang membawa kau untuk menterjemahkan situasi berkenaan di dalam perkataan ini. Hidup kena kuat aku selalu dengar perkataan itu tapi tahap kecelakaan manusia terhadap diri kau tu memang kau takkan pernah sabar. Dengarlah dengan penuh kasih sayang cerita kawan-kawan yang mencelakakan diri sendiri atau sengaja di celakakan.

Dengan ini terciptalah sebuah cerita yang aku lalui dengan zaman belajar aku. Aku belajar disalah satu institusi pengajian yang terkemuka dikalangan remaja-remaja sekarang. Keadaan kadang mengajar aku jadi lebih celaka sebelum dicelakakan oleh orang lain. Kisah bermula dari kawan-kawan yang kau rasa clique habis tapi sebenarnya gunting dalam lipatan dan musuh dalam blanket ikea yang aku beli dengan harga Rm59. Tebal jugak blanket ni kalau korang nak tahu. Tapi apa pun keadaan menjadi semakin membenci di antara satu dengan lain dengan adanya mulut-mulut celaka seperti manusia-manusia yang suka mencelakakan orang. Kadang-kadang kau rasa dalam hidup kau dah bagi yang terbaik untuk manusia-manusia disekeliling kau tapi masih dicelakakan macam kau tiada perasaan dan hati. Kalau ditanya aku kenapa aku jadi begitu negative dengan manusia-manusia di sekeliling kau? Jawapan yang paling mudah kau nak sembur senang sahaja.

JAWAPAN :

KEJADIAN PERBUATAN CELAKA NI BERMULA DARI MANUSIA YANG SUKA CELAKAKAN MANUSIA LAIN DENGAN PERANGAI CELAKA KALIAN. Jawab dengan angkuh terus kau angkat kaki belah. Aku rasa ini keadaan yang agak buat kawan kau akan makan dan hadam dalam-dalam apa yang kau cuba sampaikan.

Berbalik kepada kisah aku di Universiti terkemuka ini. Aku namakan ia Selangorku sayang. dalam melayari bahtera sebagai pendatang baru di institusi ini aku kerap berjumpa dengan pelbagai jenis manusia tapi kau kena tahu tahap peramah aku memang tahap impak maksima kalau dari pertama kau orang jumpa aku. Tapi tahap peramah aku merundum selepas aku di bash teruk disebabkan aku nak pertahankan apa yang aku rasa betul dan aku nak bercakap dengan apa yang aku rasa patut dicadangkan. Dari sini aku belajar, salah macam mana pun orang tu kita manusia tiada hak untuk tegur mereka dan biarkan mereka menjadi manusia yang “syok sendiri” dalam melayari bahtera kehidupan. Jangan ingat hidup dalam masyarakat milinium tiada dia kalangan mereka yang berfikiran kolot seperti kau rasa duduk di kalangan masyarakat kampung. Tahap kestressan aku semakin meningkat di kala ini. Saat diri rasa macam nak jatuh aku lupa perkataan “manusia ini celaka” tak perlu jauh kadang-kadang diri kita pun jadi celaka sebab persekitaran memaksa. Aku dihimpit dan diasak duduk dan hidup untuk beberapa bulan dengan manusia-manusia seperti ini. Aku redha. Dalam banyak-banyak benda aku ambil ini sebagai cabaran dan pengajaran didalam hidup aku. Manusia suka tengok kau jatuh dik oi. Semester pertama aku dah stress sampai tahap nak menangis aku rasa memang nak belah je dari sini. Tapi aku fikir, kalau aku blah aku terlalu cepat angkat bendera putih dan mengaku kalah. Sampai kitaorang diberi satu task yang mana kau kena buat persembahan untuk pelajar-pelajar senior dalam satu ceremony yang gemilang. Punca hanya satu. Hanya perselisihan pendapat. Aku masih ingat dan kalau boleh buat tayangan umum memang aku boleh tayangkan dekat kalian macam mana pertengkaran itu berlaku. Aku ditujah dengan soalan-soalan mengarut dan yang entah apa-apa dan bagi aku itu soalan bodoh yang keluar dari mulut seorang lelaki separuh perempuan yang didalam keadaan emosi yang tidak terkawal. Bangun mencanak pergi menghadap aku dengan jari telunjuk diajukan ke arah aku. Sebagai seorang perempuan dan sebagai seorang manusia aku tak layak diperlakukan sedemikian dan aku hanya menjawab bila perlu sebab emosi aku tidak terusik langsung dengan ejekan dan keadaan itu. Bagi aku manusia celaka memang celaka menunjukkan kecelakakan dan kehebatan dia di hadapan manusia lain. Senang cerita nak tunjuk hero. Dan aku masih ingat bagaimana pensyarah aku yang aku hormat macam ibunda aku yang tercinta meredakan keadaan dengan mengurut belakang mamat separa perempuan ini. Itu aku sudah rasa dicelakakan dengan keadaan dan persekitaran dan situasi memaksa aku untuk berlagak cool. Pertengkaran bersurai bila aku malas nak bercakap apa-apa dan aku masih ada rasa hormat bila berhadapan dengan manusia yang lagi tua dari aku. Guru itu umpama ibu bapa aku. Kalau aku tak hormat dia ibarat aku tak hormat mak ayah aku. Aku tidak diajar kurang sopan walaupun tinggi suara depan orang tua. Aku hidup dalam keluarga yang sederhana tapi Alhamdulillah aku memang tidak didik menjadi seorang manusia celaka. Aku ada abang dan kakak yang sentiasa menjaga kelakuan aku samada dari segi percakapan dengan kedua orang tua aku mahupun manusia disekeliling aku. Walaupun kadang-kadang aku jadi macam nak memberontak dan nak lontarkan perasaan aku. Tapi masih beringat bukan semua manusia akan suka dengan apa yang kita buat dan ketahuilah setiap budi bicara kita atas didikan dan pendidikkan dari kecil yang diterapkan oleh ibu bapa. Jangan cakap kenapa aku bicara sedemikian rupa.
Kisah ini agak panjang tapi aku memang rajin nak mengingati saat-saat ni sebab ni semua semangat aku untuk bangkit. Biar orang nak buat apa dekat kita. Tapi dia kena ingat yang Allah tu tak tidur. Manusia ni kadang-kadang lupa dia bukan Tuhan. Jadinya mangsa kecelakakan memang akan jadi kepada terjadi kepada manusia yang mengiyakan keadaan dan kadang-kadang terlalu mengiyakan segala benda yang berlaku. Dan kadang aku menjadi terlalu mendiamkan apa yang aku Nampak sampai aku rela hati aku menangis sebab dicelakakan dengan manusia manusia celaka ni. Dan ingatlah dalam hidup kau akan jumpa seseorang bila dengan kau, dia akan cerita semua keburukan kawan yang lain dan dengan kawan yang lain bersungguh pula dia bercerita tentang buruk kau dan akhirnya, kau dengan rakan yang lain akan bermasam, berdendam, benci dan segala macam perasaan timbul dan kadang perasaan kecelakakan itu pun datang tanpa diundang. Dan si pembawa mulut tetap akan selamanya dianggap mulia sedangkan dia itulah yang dinamakan celaka.

Solusinya kau kena jadi si pentegar yang akan terus kebal dipanah kata-kata cacian dan dendam berahi manusia celaka yang takkan pernah habis dengan kecelakakan hidup dia..





Sekian 

Bertekak dalam class

Sepanjang umur aku, ini baru pertama kali aku jumpa manusia yang berani nak suara amarah dia walaupun aku tahu ramai yang rasa dia salah. Tapi disebabkan kelas ini semuanya dah dirogol minda dengan teori-teori hodoh si Ferdo ni habis semua ikut telunjuk macam kena nasi kangkang. Keadaan jadi suram saat semua ahli-ahli dah mula memenuhi perut kelas yang tak berapa nak besar dan juga sistem perudaraan juga boleh kau sesak nafas.

Aku macam biasa duduk dan sampai awal tapi masih menganjing dalam aplikasi whatsapp "oh otw baru nak pakai tudung" Aku matikan perbualan kumpulan aplikasi whatsapp disitu. Keadaan tegang masing-masing tunduk malas nak amik port aku fikir. Tapi aku hanya diam sebab aku dah terima kalau-kalau aku kena bash nanti. Aku hanya melirikkan mata pada skrin phone dengan muka senyum tanpa rasa nak marah atau apa pun.

Lantas si mat sotong ni bangun mendabik dada dengan menikam ayat yang bertubi-tubi. Aku masih chill sebab aku rasa kalau dia berani mai datang settle up depan aku atau mungkin sebab dah fitrahnya dilahirkan lembik itu hanya berani dengan kata-kata sindiran. Aku bukan jenis suka menyindir. Kalau tak suka aku diam dan mungkin boleh bergerak dengan pantas tanpa dikesan dengan benda-benda bodoh yang manusia cuba ada-adakan. Lecturer aku perempuan tapi disebabkan mamat ni tahap scorer dalam kelas so semua orang macam kena pukau dengan dia. Aku malas nak amik port sebab aku rasa scorer ke tak tapi kalau biadap tahap mak ayah tak pernah ajar jangan ingat kepandaian kau tu boleh julang kau sampai ke langit biru.

Bila si mamat sotong ni mula bangun dan pergi dekat aku sambil tunding-tunding jari dekat aku. Aku dah mula nampak perangai dia. Silap besar dialah kalau kau mula tunjukkan sikap biadap depan lecturer yang pangkat mak-mak dia dan aku. Bila kami bertekak aku ambil masa aku untuk senyap sebab aku fikir macam mana nak point dia. Sampailah aku teringat dia pernah cakap dia datang dari broken family dan aku mula kesian dekat dia sebab didikan mak ayah dia tak pernah rasa jadi tidak hairanlah kalau dia boleh bersikap kurang ajar dengan manusia lain dan didepan lecturer yang kau boleh panggil dia mak kau. Ada ayat dia yang terniang-niang di gegendang telinga aku sampai lah hari ini. "you are backstabbing me" laju je aku jawab. aku tak kenal kau dari mana, asal mana dan siapa kau kenapa pulak aku nak backstab kau ?

Dengan hati yang Ikhlas dan tulus murni aku memang terasa dengan apa yang lecturer aku buat. Sampai boleh cool downkan mamat sotong tu sampai duk urut-urut belakang badan dia. Aku macam terputus cell-cell tumbesaran aku kat situ dan kat situ memang semua orang dah boleh nampak siapa anak emas siapa anak perak. Bagi aku itu semua tak masuk akal dan aku takkan pernah rasa diaorang-diaorang ni penting dalam hidup aku. Selepas daripada kejadian tu aku mula malas nak masuk kelas dia walaupun dia explain yang dia tak pernah berat sebelah dengan mana-mana students dia. Walaupun nampak aku macam merajuk tapi sebenarnya tak pun aku cuma rasa apa bangsat duduk dalam persekitaran yang begini rupa. Hidup dengan Mat Sotong kaki bash lepas tu dapat pulak jenis lecturer yang kaki pilih bulu. Walaupun dia banyak kali explain tak tak tak dan tak tapi aku tetap rasa iya. Jangan tanya kenapa sebab body language dia nampak.

Lepas dari pada kes bertekak dalam kelas tu hampir semua benda yang melibatkan mamat bodoh tu aku avoid sebab aku malas nak tunjuk kebodohan aku kat dia sebab mat sotong terer bab-bab menyindir dan aku bukan jenis main mulut. Sampailah bila dia hina aku macam babilah apalah aku tetap diam sebab aku rasa aku malas nak cakap dengan manusia yang kurang didikan mak ayah ni. Dan perlu diingati disini bukan semua broken family anak perangai macam kurang didikan. Itu semua bergantung pada persekitaran dan pergaulan seseorang. Aku tak kesah kalau dia tu lahir fitrahnya lembut tetapi struggle nak jadi lelaki tulen dan gagah. Tapi janganlah nampak sangat kesotonganmu dekat semua orang.

Kalau tanya aku "kau dendam ke?" tak dendam pun tapi aku rasa nak pergi tumbuk muka dia sebab dia pernah malukan aku dekat seluruh dewan yang mana dia berlakon jadi aku dan pernah memperkotak-katikkan aku dalam aplikasi kumpulan whatsapp. Tapi aku tak nak tunjuk kebodohan aku kat situ. Aku diam dan biar dia menyalak seperti anjing jantan keliru nak jadi anjing betina ke atau pun anjing jantan.


Moral/Pengajaran :

Mungkin kau kuat untuk terus diam dan membisu. Biar je apa orang nak buat dekat kau. Asal kau tahu yang keluarga kau masih ada dan sayang kau. Jangan nampak kebodohan diri sendiri depan khayalak macam si sotong tu buat dekat diri dia. Kadang aku sedih. Sedih sebab ramai manusia tamak nak kedepankan diri dengan cara yang salah. Agaknya kalau boleh lead kumpulan kat Universiti ibarat dapat tittle ahli syurga gamaknya. Jalan yang tiada orang nak datang teman kau memang sunyi tapi kau ingatlah satu hari nanti ada manusia-manusia yang perasaan kewujudan kau dan mana tempat kau berjuang untuk diri sendiri. Aku hidup untuk berjuang untuk diri aku. Bukan untuk manusia-manusia bangsat yang ada sekeliling aku. Gunalah prinsip apa pun biar hati kau keras macam batu untuk tahan tomahan ini.  Kalau kena bash sekalipun fikirlah benda yang indah-indah instead kau keep berdoa kepada maha yang Esa. biarlah orang nak bash macam mana sekali pun biarkan dan biarkan. Kau kena terus berjalan tanpa rasa ada yang kurang dan terlebih. Susah senang kau tiada siapa mahu ambil tahu.

The End.


Untuk Yang Hadir Dalam Hidup Aku

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat sesiapa yang pernah wujud, hadir dan datang menentang dalam hidup aku. Walau sesingkat mana sekali pun aku tetap berterima kasih sebab beri aku peluang untuk rasa senang, bahagia dan kadang-kadang sakit hati. Buat keluarga yang tak pernah belah dari hidup aku. Aku bersyukur sangat sebab dapat keluarga yang ada dalam setiap turun naik aku.

Untuk kawan-kawan baik yang dah jadi ex waktu sekolah menengah dulu aku ucapkan tahniah sebab kau dah berjaya robek hati aku sampai aku tak pernah percaya erti persahabatan itu benar dan indah. Tapi sekurang-kurangnya aku belajar erti hidup berdikari tanpa nak rasa segan silu nak kemana-mana. Dan aku berjaya tamatkan zaman belajar aku diploma dan aku ambil keputusan untuk sambung degree di tempat yang terlalu asing buat aku dan aku tiada kawan-kawan untuk teman dan pimpin aku sampai hujung cita-cita. Terima kasih kerana jadi pembakar jiwa dan azam untuk terus teguh berdiri.

Buat ex-ex yang pernah mempermainkan kasih sayang aku. Terima kasih juga untuk ajar supaya jangan percaya sesiapa pun melainkan keluarga aku dalam kadar 100%. Terima kasih buat cinta yang entah kau kutip dari mana dan kau curahkan buat aku hanya sekejap. Walaupun kau tengok aku bersungguh-sungguh nak mempertahankan ikatan cinta Bodoh itu. Terima kasih kerana ajar aku tentang khayalan manisan dunia bercinta walaupun ending dia busuk macam bangkai. Terima kasih yang tak terhingga ajar aku erti kuat jangan jadi perempuan lembik lotek!

Untuk yang sudi dampingi aku sekarang terima kasih atas kesudian kau dan terima kasih atas penerimaan kau terhadap aku yang tak seberapa ini. Terima kasih sebab layankan aje semua sandiwara bodoh aku dan kadang lawak bangang aku yang hambar. Terima kasih buat segalanya walaupun aku tahu kita deal kawan tapi mesra dan walaupun masing-masing tahu tentang perasaaan sayang masing-masing. Aku tak mintak banyak, tapi mintak biar teguh macam tiang Tnb depan rumah sewa kau tu. Terima Kasih kerana jujur dengan apa adanya diri kau dan apa adanya diri aku. Terima Kasih kalau ada jodoh nanti kita jadi best friend atas katil :)


Tak lupa buat kawan-kawan, sahabat-sahabat yang tak secara langsung atau tidak langsung, terima kasih buat jadi semangat aku time aku down. Terima kasih sebab sudi jadi member duduk sebelah time class atau pun tidak. Terima kasih sebab terima aku jadi rakan sekumpulan dalam assignment-assignment dan terima kasih sebab banyak sumbang idea dan mungkin informasi-informasi terkini terutamanya kalau lecturer batalkan class. TERIMA KASIH. Oh tak lupa buat yang benci dan bertikam lidah dengan aku. Terima kasih sebab boleh jadi musuh aku dan kadang aku tak perasaan mulut aku pun macam mak lampir. Terima kasih sebab pernah malukan aku dan juga merendah-rendahkan maruah aku sebagai seorang kawan. Terima kasih sebab kau pernah berjaya buat aku stress sampai aku tak nak amik apa-apa subject dengan korang dah. Oh terima kasih sebab bagi pahala free dekat aku tanpa aku sedar. Dan terima kasih sebab jadi pembakar semangat aku untuk terus senyap dan diam biar kau melalak macam anjing jalanan tak cukup makan. Terima Kasih.

Sunday, March 13, 2016

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik

Benarlah Allah dah tentukan bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Kalau nak dibandingkan dengan diri aku yang tak berapa nak siap ni. siapalah kan. Kehidupan ni kena banyak bersabar dengan keadaan yang kadang memaksa kita semua untuk kekal tabah dan kuat. kadang ada orang merana sebab rasa sesuatu yang dia nak dia tak dapat tapi dalam khayalan asyik dibuai mimpi yang takkan menjadi kesudahan yang nyata.

Banyak perkara yang kadang membawa kita kepada perubahan hidup yang drastik dan mungkin akan rasa macam "kenapa berubah dalam sekelip mata?" hidup ni kadang-kadang kau akan rasa kau terpaksa je jalani semua benda ni walaupun kau tak suka dengan semua benda ni. tapi nak buat macam mana dah ini lumrah kehidupan .

Kehidupan berpasangan memang bukan jalan penghujung bagi sesebuah kehidupan. tapi perlu diingati kehidupan yang berpasangan dan saling melengkapi lagi indah dari kalau jalani semua benda ini sorang-sorang. Lelaki yang baik lawanan nya hanya lah untuk perempuan yang baik. Jangan sedih hati nik amirah kau ada kehidupan sendiri. sampai hayat pun kalau kau sendiri tuhan dah tentukan semua nyaa..


the end

Wednesday, March 9, 2016

hahahahhaa


Drive like a boss.. act like a boy


demam

Assalamualaikum wbt

sejak dua menjak ni memang aku asyik nak demam je. Tahun lepas dah demam sekali tu time tengah final exam pulak tu. entah lah rasa macam down sangat bila demam ni. Badan sakit-sakit, tekak rasa perit je. hish memacam lah yang aku rasa.

Aku dah syak semenjak aku stop vitamin C ni memang macam-macam jadi kat aku. haha maksud aku dari segi kesihatanlah. Bukan lah apa semenjak kekeringan wang ni dalam erti kata yang lain semenjak duit hanya untuk cukup makan dan kelengkapan lain ni tak boleh dah nak beli ubat-ubatan untuk diri sendiri. Tu yang rasa macam haih sakit-sakit jugaklah badan ni kadang-kadang.

Apa pun sekarang ni dah masuk bulan 3 so next month aku dah start final exam. Minta doa jugak dari kalian agar dipermudahkan segala urusan aku. Amin..

The End

Saturday, March 5, 2016

Siapa tahu?


ASSALAMUALAIKUM.....
Lihatlah semuanya dengan hati.
Siapa tahu?
Setelah kita banyak menangis depan Allah di waktu malam hari. Allah akan hadiahkan kita kebaikan dan rahmat yang mencurah-curah keesokan hari..
Siapa tahu?
Anak paling nakal rupanya Allah nak dia mendapat didikan dan doa dan tangisan dari ibubapanya sehingga dia dididik dengan sebaiknya. Bila besar dia yang paling kuat menjaga mak ayah. Paling banyak buat kebaikan.Paling banyak mendoakannya dan hadiahkan pahala buat ibubapanya.
Siapa tahu?
Lambat kahwin rupanya Allah hadiahkan perkahwinan yang sebenarnya..
Siapa tahu?
Lambat dapat anak rupanya bakal Daie besar..
Siapa sedar?
Ada orang ditakdirkan tiada anak tapi seperti ada ribuan anak dalam dunia ini...mereka suami isteri menjadi sibuk membangunkan manusia seluruh dunia..
Siapa sangka?
Gagal dalam peperiksaan banyak kali rupanya bakal jadi seseorang yang hebat..
Siapa sangka?
Setiap hari kena maki dan dihina dalam pekerjaan dan perniagaan rupa-rupanya, Allah nak dia jadi kuat dan bersyukur dan lebih menyayangi orang susah ketika dia senang nanti..
Siapa sedar?
Dalam kemiskinan dan kesusahan mereka menikmati nikmat tidur yang lena dan menikmati walau nasi dengan kuah sahaja.
Siapa perasan?
Orang yang tidak dipandang dan dihina. Tak kawan dengan raja atau orang besar. Tak pandai hidup berkabel dan meminta. Hidupnya lebih mudah untuk ikhlas dan berjaya kemudian hari. Kerana hidupnya hanya untuk Allah. Benar-benar berjaya kerana hatinya hanya bergantung pada Allah dan kuat berusaha.
Siapa sangka?
Kehilangan orang tersayang membuat kita belajar rindu kehidupan syurga dan menghargai keluarga yang berada disisi. Kerana manusia akan lebih menghargai saat kita kehilangan..
Paling mulia?
Tidak dikenali di dunia, tidak dipandang di dunia, orang biasa sahaja tapi dikenali di sisi penghuni langit. Amat disayangi Allah. Tanah merinduinya. Dia orang baik jujur amanah dalam hidup. Syurga Firdaus menantinya..dia siapkan syurga buat ibubapanya dan keluarganya. Dia bawa ramai manusia untuk masuk syurga..
Bersyukurlah itulah rahsia bahagia dalam hidup ini. Ya Allah terima kasih atas segala nikmatmu dalam hidup ini yang tidak pernah berhenti-henti....

Friday, March 4, 2016

"Taubat Banduan Akhir"

Tazkirah :  by Ustaz Wadi Annuar .

Antara manusia yg tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir.

-ada satu kes, dinamakan sebagai "Banduan Akhir".
-banduan akhir ialah banduan yg melakukan jenayah yg berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dgn hukuman gantung oleh Hakim.
-kalau hukuman gantung itu dibacakan pd hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pd hari Jumaat.
-apabila seorg banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan.
-nama biliknya "Sel akhir".
-katankanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja.
-waktu Hakim baca : "maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yg akan dilaksanakan pd hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi."
-ianya mesti prosedurnya begitu.
-kalau hukumana dibaca hari Ahad, jumaat dijatuhkan hukuman.
-kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.
-org yg namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan..,lutut dia dah tak boleh berdiri dah.
-sbb apa tuan²? Sbb dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja.
-air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.
-Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang² dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorg².

-Diketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya.
-sentiasa membaca Al-Quran.
-bila ustaz Agama yg pergi disitu, majlis percakapan & nasihat itu akan dipenuhi dgn tangisan air mata.
"Saya banyak dosa ustaz"
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya."
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz".
-pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah... sembahyang.
-Solatnya panjang, zikirnya banyak. Quraannya banyak mengadu pd Allah SWT.
-kenapa? Sbb dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.

Tuan² dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok jumaat pagi dia akan digantung.
-malam itu kita nak tidur lagi tuan²? Tak tidur dah.
-manusia yg tahu ajal nya , dia dh tak boleh tidur dah tuan².
-sbb itu diantara rahmat Allah yg Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya.
-kalau dia tahu lagi sebulan ajal nya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi.
-tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpd saya dan kita semua.
-bandua akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung drpd kita semua.
-sbb dia tau untuk bertaubat bila.
-dia boleh bertaubat , Alhamdulillah.
-majoriti manusia yg dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pd Allah SWT.
-tak tau bila nak mati.

-maka baduan akhir ini pd malam jumaat, Alhamdulillah dia beruntung utk mengaku dihadapan Allah.
"YaAllah aku berdosa dihadapan Mu yaAllah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kpdMu yaAllah! YaAllah ampunilah dosa aku yaAllah!!".
-maka datang drpd seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dlm hatinya menghadap Allah. Untung dia.
-Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akn diberi pilihan utk memilih makanan yg tidak melebihi lebih kurang RM 7.50 .
-dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akn diberikan pilihan boleh pilih.
-tuan² banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa² makanan lagi. Dah tak lalu makan dah.
-sbb esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yg dia tak akan tidur.
-selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun  selapas dia solat subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi.

-maka BENARLAH apa yg Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati.
-walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu.
-itu Rahsia Allah.
-ya ..benar. Dia disarungkan tali di lehernya pd jam 6.47pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.
-Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang utk bercakap dgn ahli keluarganya.
-tuan² bagi peluang bercakap dgn ahli keluarga tak ada ungkapan yg akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah.
-nak cakap  apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi??.
-nak suruh jaga pokok bunga yg ayah tanam?
-Tak ada apa yg boleh dipesan diketika itu. Yg boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja ;
"Maafkan ayah...Maafkan ayah".
-bila peluk isteri ,, "Maafkan abg, Maafkan abg". Itu sahaja.
-nak kemaafan sahaja disaat² akhir ini.
-Kemudian,  dia akan dibawa ke situ lalu digantung.

ALLAH merahsiakan kematian itu utk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan utk bertemu dgn Allah SWT.
Wallahua'lam.

Wednesday, March 2, 2016

Pantang

Assalamualaikum w.b.t

sebenarnya time aku menulis ni memang dah dekat pukul 2 am dan aku masih boleh belum melelapkan mata dengan jayanya. Tapi untuk hilangkan rasa tak mengantuk aku ni aku gagah la bukak laptop aku ni ha sambil terkebil kebil dalam gelap dan mungkin dalam alam yang fana. aduh seram siot menaip dalam gelap tambahan pula aku nak cerita benda yang melibatkan benda-benda menyeramkan ini.

Mak aku selalu pesan especially dekat abg and akak-akak aku sebab diaorang jelah yang dah berkahwin dan ada anak kecik. Dari dalam pantang mak ayah aku memang jenis jaga budak berhalus. Allah ! budak tu ibarat bunga yang indah. Kalau budak tu kena pantang lagi la macam-macam mak aku akan sekat daripada buat dan sebagainya. Alhamdulillah sepanjang abang dan kakak aku ada anak-anak kecik memag banyak aku belajar dari diaorang dan mak memang jenis membebel kalau kau duk kasar-kasar dengan budak-budak.

Kejadian ni aku nak ceritakan balik betapa seksanya mak ayah kalau dah anak menangis malam sebab nampak benda yang tak bukan-bukan. aku bukan nak cakap apalah. kadang-kadang ibu bapa sekarang anak kecil yang kadang tu masih belum habis pantang pun dah bawak keluar rumah malam-malam. haihlah anak . kesian dapat mak ayah macam tu. So benda ni memang kena kat anak abang aku yang baru 2 bulan di lahirkan. ya ALLAH sedih aku tengok maisarah menangis non stop. aku memang macam biasalah mak ayah abis satu family kena pegang and tengok.

Kisahnya bermula pada 2 minggu yang lepas yang mana abang aku dan family bawak keluarga dia pergi bercuti dekat hot spring perak. aku tak sure mana lokasi details dia. Tapi dari pengamatan aku memang tempat macam tu tak payahlah mengada-ngada nak bawak budak-budak kecik especially budak yang bawah satu tahun dan sebagainya. aku ni bukan lah pandai sangat tapi disebabkan kita ni melayu dan islam pulak benda-benda macam ni kenalah amik tahu jugak. kalau tak kesian mak ayah yang tak tentu arah tu nak jaga anak-anak kecil yang menangis malam non-stop dan tanpa sebab.

Keadaan anak buah aku time tu menangis dengan keadaan yang selak (babykan nampak apa yang kita tak nampak) sebabnya dalam dunia yang fana ni bukan kita sahaja yang nak tumpang duduk tapi makhluk Allah yang lain pun nak tumpang duduk. Mak aku selalu pesan kalau nak keluar rumah kalau noob sangat nak baca ayat-ayat pendinding "BACA 3 QUL & AYATUL KURSI" jangan keluar kosong tanpa pendinding. Allah maha berkuasa melindungi apa yang kita tak nampak dan selebihnya kita serahkan keyakinan kita 200% kepada Allah SWT. Maaflah kalau aku cerita ni ada orang yang tak percaya benda-benda macam ni. kalau nak percaya terserah koranglah dan kalau tak nak percaya ikutlah. sebab benda ni kat mana-mana pun ada dan yang pastinya dia pun makhluk Allah jugak nak menumpang di muka bumi ini macam kita menumpang.

Sarah (nama anak buah aku) menangis tanpa henti dengan keadaan panas badan yang melampau sampai 40 darjah celcius. bayangkan baby yang baru lepas pantang dan baru berusia dua bulan demam sampai tahap macam tu. Dan ini sangat membimbangkan untuk bayi yang baru berusia dua bulan. akak no 2 aku memang jenis taking care sikit pasal kesihatan budak-budak. sibuk dia jelum air nak bagi panas tu turun. tak cukup dengan itu, akak ipar aku pun dah kelam kabut bagi susu badan untuk turunkan suhu badan sarah. (susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak-anak especially kalau baby tu demam) Aku dah sampai tahap kesian dekat supermama yang ada dekat rumah aku tu.

Malam yang menyeramkan aku takde dekat umah tapi dari penceritaan kakak aku, memang aku dapat rasa situasi tu sangat menakutkan. Ayah long (pakcik belah mak aku) selepas selesai menunaikan solat sunat hajat 2 raakat terus dia Call mak suruh bogelkan sarah dan lap badan sarah dengan air zam zam diikuti dengan bacaan ayatul kursi. kakak aku dukung si Sarah. Tak semena-mena akak aku rasa macam ada angin yang kuat lalu walhal ketika itu memang tiada satu kipas angin pun yang di buka. suasana dah jadi macam menyeramkan dengan keadaan yang masing-masing pandang arah pintu yang memang mak buka. Lepas je kejadian tu perut sarah terus ok dan tak keras yang selalu dia buat. dengan muntah and berak yang sangat banyak. Dan pagi esoknya tu terus abg dan kakak ipar aku bawak sarah pergi emergency hospital ampang.

Moral of the story

Apa sekali keadaan pun tolong lah berhati-hati dengan anak kecil ni. Yang kau orang sedia maklum bahawa anak kecil ni memang dia akan nampak apa yang kita takkan nampak. sebabnya dia mana boleh bercakap, nak mengadu domba. memang nampak remeh temeh bab menjaga anak kecil tapi korang yang dah beranak tu mesti tau macam mana seksanya anak nak kena masuk hospital, menangis tengah-tengah malam tanpa sebab walhal di beri susu dengan kenyang dan dijaga dengan rapi tapi masalahnya tetap menangis. Sekarang ni keadaan sarah dah stabil cuma perlu dipantau je. lagi7 hari dekat hospital. budak-budak masuk ubat tu yang buat aku rasa sedih even kita masuk ubat pun sakit ni kan dia yang kena masuk ubat. Ya Allah sakit kot.

Selagi dah namanya ada pantang larang dalam islam juga ada pesan kalau nak keluar rumah kena ada pendinding diri. jangan merepek-repek amik tangkal apa kebenda tu. tawakal pada Allah dan berserah kepada Allah dan paling mujarab pendinding diri untuk kita adalah bacaan 3 Qul dan ayatul kursi dan insyallah benda-benda ni semua akan terus menjadi pendinding untuk kita.

Jangan pandang remeh temeh kalau anak menangis malam. kalau kena sawan jangan biar buat tak tahu je sebab aku pernah ada history family yang anak kena sawan. Sawan ni akan mengakibat oksigen di dalam badan diblock untuk terus naik ke otak dan effect dia sangat sadis. Pantau lah anak-anak kalian. lagi-lagi kalau kena demam panas yang kita tak tahu punca. Jangan lupa berserah kepada Allah dan kalau anak-anak sakit begini doa ibu bapalah yang paling mujarab dan jangan tinggal solat sunat hajat kalau time anak sakit. tu adalah ubat paling mujarab untuk kita minta pada Yang maha Esa.


Sekian