Saturday, April 23, 2016

Umrah

Assalamualaikum wbt

Tipulah cakap tak nak buat umrah dengan usia yang muda dan tengap tampan ni. So kepada sesiapa yang tahu kakak aku dah pindah kat saudi (al-khobar) Korang boleh google kalau tak tahu. So daripada experience akak aku dah pindah sana. Dia punyalah nak sangat jejakkan kaki kat bumi suci Allah. Termakbul jugak usaha dia. Ni kira mcm pergi without travel agencies since kakak aku dengan anak-anak and suami memang dah dapat ic sana sebab berkerja.

Aku takde tips kalau nak buat umrah secara solo tanpa travel agencies. Setahu aku lah arab saudi bukan negara yang kau boleh sesuka hati nak keluar masuk sebab alasan nak melancong. Lupakan jelah kalau kauorang niat nak melancong. Kalau mcm kes family korang memang dah ada kat sana and family korg sendiri yang jemput korang masuk sana boleh la. Tu dari apa yang abg ipar aku cerita and explain kt aku.

So, di kesempatan ini aku memang nak meleleh air mata bila tengok gambar-gambar umrah akak aku ni. Ya Allah rasa macam rezeki sangat anak-anak buah aku ni di jemput Allah nak pergi sana. Aku pesan kat akak aku tolong la lambai-lambai nama aku dan doakan aku boleh sampai kat sana. Insyallah. Untuk jadi tetamu Allah ni korg sedia maklum memang susah wey. Bukan senang-senang boleh pergi umrah or buat haji dengan macam tu je. Bila dengar kisah-kisah orang balik dari sana. Ya Allah macam manalah kan kalau kita pergi sana ?

Satu je aku nak cakap siapa yang dapat kerja kat sana. Mencari rezeki dibumi para nabi ya ALLAH hati rasa macam sejuk dan sangat dekat dengan dunia islam. rezeki bff aku ni suami dapat kerja kat sana. Tak nak cerita banyak meh share gambar.


*gambar kalau korg nk share tlg credit ke blog aku ni tak pun tnya dlu.




















Friday, April 22, 2016

MASA

Masa ni adalah satu bentuk kehidupan yang kita sendiri tak reti nak agak shape dia. serious talk la aku bukan jenis pandai nak predict hidup orang atau pun hidup sendiri. Kehidupan ni banyak benda ajar kita jadi lebih chill dan kadang ajar kau jadi lebih gila.

Sejujurnya siapa yang masih mencari seperti aku akan tanya "mana hala tuju aku ni" tapi pada dah jumpa hala tuju dan tanggungjawab masing=masing tu memang sangat bagus. aku ucapkan tahniah. Hidup ni ada orang cakap susah dan ada orang cakap senang. Senang bagi mereka yang bebetul ikut flow yang Allah swt bg kat dia. seriously la aku cakap kalau Allah bagi hidup dia cantik ngam dia follow the flow serious berkat.


Tapi tak semua manusia suka apa yang kadang Allah dah tuliskan untuk kita. Jangan cakap orang lainlah. Aku ni pun sejenis yang demikian. Masa tu kadang kau rasa cepat sangat masa berlalu tapi serious kekadang kau rasa macam apasallah pulak wei! So semakin cepat masa berjalan semakin pendek la umur kita dan semakin dekat lah kita nak terima azab kubur. Ya Allah tu part paling aku takut seriously lah wey. Kalau nak tanya kenapa aku banyak menulis bab-bab kematian lately. Entahlah aku pun tak pasti. Yang pasti hati aku gundah gulana. Tak tahu macam mana nak describe kan semua benda ni.

Aku banyak kali gagal. Gagal jaga hubungan kawan baik yang lama dah terjalin. Walaupun aku tengok macam punca dan masalah berpihak dari diaorang tapi kadang aku wajib mengalah untuk perasaan ni. Nak cakap pasal someone special pun yes la aku ngaku aku gagal jugak. Tapi tu semua bukan jadi penghalang aku untuk terus rasa hidup ni lifeless. Walaupun dalam banyak benda aku gagal tapi bukan setiap masa kita akan gagal. Orang lain suka tanya aku "macam mana kau handle stress kau nampak tenang je kalau nk facing benda ni semua" tipulah aku tak menangis melalak. Tapi kau ingat dengan tangisan kau ada orang nak dengar ke ? kau ingat semua orang nak tahu ke ?


So, daripada kau menangis melalak baik kau ambil langkah baru and of course mulakan semua ni dengan positive. Jangan terkejut kalau orang-orang yang pernah gagal ni berjaya kelak. Aku tak rasa semua benda tu mustahil tapi semua benda itulah realiti kehidupan yang semua orang akan facing. Cuma bukan semua manusia suka nak share kisah suka duka dekat orang lain.

Masa tu tetap akan berjalan walau macam mana sekalipun keadaan kau. Ingatlah semua ni sekejap sebabnya manusia akan lupa dan terus melangkah kehadapan. Siapa lambat tinggal dan itu semua bergantung dekat manusia mana yang sanggup capai tangan kau untuk berlari dan jatuh bersama.





the end



isu gagal ni tk pernah habis.



Sunday, April 17, 2016

hey


be like the flowing river,
silent in the night,
be not afraid of the dark,
if there are start in the sky, reflect them back.
if there are clouds in the sky,
remember, clouds, like the river, are water,
so, gladly reflect them too,
in your own tranquil depths.

Thursday, April 14, 2016

Benci

Kadang-kadang kita rindu dengan semua orang yang pernah ada dalam hidup kita. Tak kesahlah sama ada dia tu cikgu mathematic yang pernah baling buku latihan aku dari level 4 bangunan sekolah dulu mahupun kawan-kawan yang kau pernah duduk semeja gelak macam mak enon lepas tu bila dah habis sekolah masing-masing lupa jasa masing-masing yang pernah hiburkan hati kita.

Tapi kadang-kadang aku rindu nak jadi macam ni. Jadi rasa sedih rasa empty dalam hati. kau rasa macam takde orang nak dengar kau. lepas tu kau ambil kira untuk gerak sorang-sorang "gerak lu pape roger" Dunia ni dah makin matang dengan pelbagai drama manusia yang tak pernah habis. Tapi aku tetap tak lupa manusia-manusia yang pernah hadir dalam hidup aku jadi peneman kala susah and jadi peneman kala rasa down macam t***.

Tapi perlu diingati macam mana payah pun kau nak bangun balik dalam keadaan yang macam ni. Ingat masa gembira yang tak dapat nak bayangkan dengan kata-kata. Perasaan suka tu bukan senang nak datang dalam hidup. Walaupun benda-benda ni semua take time. Aku percaya prinsip yang kalau kau sedih sekarang jangan lupa ALLAH tu dah tulis baik punya jalan cerita untuk kau. Kenapa nak sedih fikir pasal benda yang takkan pernah buat kau senang ?

Kadang-kadang perangai manusia ni buat aku terfikir untuk jadi kejam yang teramat sangat. Tapi kalau fikir balik, buat apa nak balas kejahatan dengan kejahatan ? manusia ni ada perasaan yang mana dia akan jadi sedih titiba , jadi baik titiba , jadi jahat titiba dan jadi perangai mcam haram j titiba. So buat apa nak ambil pusing? Biar kan semua benda ni jadi tapi jangan pernah menyerah dengan benda-benda ni. sebab dunia ni bulat dan dia berpusing. Tak selamanya manusia ada kat atas dan tak selamanya manusia tu dibawah..

Kau ingat kalau aku tulis aku rindu ni kawan-kawan lama aku nak datang ke jenguk aku time aku mati nanti? tah-tah sedekah al fatihah pun tak ingin. hahah tapi kalau kauorang ingat aku tu dah cukup dah..

TIADA manusia yang nak tahu kesedihan kau. tiada manusia yang sanggup nak hulur tangan saat kau jatuh terbongkak macam apa je kat tepi jalan. Dan percayalah kat aku tiada manusia yang nak pandang tinggi kat kau saat aku jatuh tersembam di muka bumi ini. Manusia ni konsep dia selalu nafsu dan nafsi..

Hidup wey ! kalau kau terus nak rindu dengan manusia-manusia sampai ke sudah kau takkan bahagia. move on untuk rindu manusia yang tak pernah nak cari kau. move on untuk rindu manusia yang tak mendatangkan kebaikkan kat diri kau dan biar lah kau berjalan seorang sekali pun asalkan kau tahu mcm mana sedih dan sakitnya bila kau kena mcm ni..


aku tak stress out pun benda-benda mcm ni tapi aku cuma cakap dari apa yang aku rasa.


Monday, April 11, 2016

Usah di tanya

Dear dairy

Minggu ni serious la penat. nak kejar buat semua benda dari A-Z. Aku dah boleh hadam dengan semua benda yang jadi so relax jelah nak buat macam mana. Nak tak nak kau kena teruskan kehidupan kau jugak kan ? Tapi this sem aku serious bangga dengan diri sendiri sebab aku boleh hantar on time assignment aku dengan jayanya tanpa aku nak kena tangguh nak kena print out apa bagai.

So ini sedikit sebanyak memberi kesan positive yang sangat menyeluruh buat kehidupan sebagai seorang student Unisel. Dan of courselah aku nak siapkan semua benda dengan kadar yang cepat supaya aku boleh duduk relax tanpa rasa nak susah hati sebab assignment tak siap. Kalau sem lepas serabut kepala aku nak fikir buat assignment dengan dapat kawan-kawan yang pelik-pelik and of course lah aku memang benci manusia yang suka buat sambil lewa bab-bab assignment ni. This sem aku tak duduk dengan kelompak manusia yang macam tu so aku terselamat.

Aku sebenarnya rindu nak typing banyak-banyak nak cerita apa yang aku rasa dan apa yang aku alami sejak dua menjak ni. Tapi tu semua aku malas nak fikir sebab aku nak focus dengan exam yang bakal menjelma tiba. kalau nak dibandingkan kehidupan aku yang dlu dan sekarang ni aku rasa makin teratur and of course lew best. Aku banyak habiskan masa-masa lapang and gap class aku sementara nak tunggu next class dekat library yang memang tenang je kepala nak fikir and baca buku fav aku !

Aku tak mintak banyak tapi mintak pointer sem ni aku boleh dapat target aku. insyallah.


the end..

nanti aku update lagi lepas aku dah abis exam..

Friday, April 1, 2016

sem 2 dah nak habis


sem dua dah nak melabuhkan tirainya.

Bila dah nak habis sem 2 ni aku rasa mcm huyohh lega gila sebab sem 1 dah settle and sem 2 dah nk melabuhkan tirainya tanpa settle lagi dan aku nak settlekan semua benda. Assignment tak payah cakap dia punya berlongok macam mana. Tapi alhamdulillah this sem memang aku jarang nak tanggungkan assignment macam aku tangguhkan assignment dulu. Sem 1 banyak kali juga buat keje last min dan itu menakutkan aku. haih... hahahaha

Untuk sem ni memang aku ubat attitude sesangat lah untuk tidak menjadi last min person. Dan aku bukan last min person pun. Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat maju jaya dan selamat menduduki peperiksaan yang tak lama lagi bakal nak jenguk semua budak Unisel. huh cuak kebebeh pulak sem 2 ni. sebab subject dah makin susah tu aku risau..


sekian..

Goodluck