Thursday, April 14, 2016

Benci

Kadang-kadang kita rindu dengan semua orang yang pernah ada dalam hidup kita. Tak kesahlah sama ada dia tu cikgu mathematic yang pernah baling buku latihan aku dari level 4 bangunan sekolah dulu mahupun kawan-kawan yang kau pernah duduk semeja gelak macam mak enon lepas tu bila dah habis sekolah masing-masing lupa jasa masing-masing yang pernah hiburkan hati kita.

Tapi kadang-kadang aku rindu nak jadi macam ni. Jadi rasa sedih rasa empty dalam hati. kau rasa macam takde orang nak dengar kau. lepas tu kau ambil kira untuk gerak sorang-sorang "gerak lu pape roger" Dunia ni dah makin matang dengan pelbagai drama manusia yang tak pernah habis. Tapi aku tetap tak lupa manusia-manusia yang pernah hadir dalam hidup aku jadi peneman kala susah and jadi peneman kala rasa down macam t***.

Tapi perlu diingati macam mana payah pun kau nak bangun balik dalam keadaan yang macam ni. Ingat masa gembira yang tak dapat nak bayangkan dengan kata-kata. Perasaan suka tu bukan senang nak datang dalam hidup. Walaupun benda-benda ni semua take time. Aku percaya prinsip yang kalau kau sedih sekarang jangan lupa ALLAH tu dah tulis baik punya jalan cerita untuk kau. Kenapa nak sedih fikir pasal benda yang takkan pernah buat kau senang ?

Kadang-kadang perangai manusia ni buat aku terfikir untuk jadi kejam yang teramat sangat. Tapi kalau fikir balik, buat apa nak balas kejahatan dengan kejahatan ? manusia ni ada perasaan yang mana dia akan jadi sedih titiba , jadi baik titiba , jadi jahat titiba dan jadi perangai mcam haram j titiba. So buat apa nak ambil pusing? Biar kan semua benda ni jadi tapi jangan pernah menyerah dengan benda-benda ni. sebab dunia ni bulat dan dia berpusing. Tak selamanya manusia ada kat atas dan tak selamanya manusia tu dibawah..

Kau ingat kalau aku tulis aku rindu ni kawan-kawan lama aku nak datang ke jenguk aku time aku mati nanti? tah-tah sedekah al fatihah pun tak ingin. hahah tapi kalau kauorang ingat aku tu dah cukup dah..

TIADA manusia yang nak tahu kesedihan kau. tiada manusia yang sanggup nak hulur tangan saat kau jatuh terbongkak macam apa je kat tepi jalan. Dan percayalah kat aku tiada manusia yang nak pandang tinggi kat kau saat aku jatuh tersembam di muka bumi ini. Manusia ni konsep dia selalu nafsu dan nafsi..

Hidup wey ! kalau kau terus nak rindu dengan manusia-manusia sampai ke sudah kau takkan bahagia. move on untuk rindu manusia yang tak pernah nak cari kau. move on untuk rindu manusia yang tak mendatangkan kebaikkan kat diri kau dan biar lah kau berjalan seorang sekali pun asalkan kau tahu mcm mana sedih dan sakitnya bila kau kena mcm ni..


aku tak stress out pun benda-benda mcm ni tapi aku cuma cakap dari apa yang aku rasa.


2 comments:

  1. insyaallah setiap yg berlaku ada hikmah.. =) Sabar kunci nya. Salam perkenalan dear.

    ReplyDelete