Friday, April 22, 2016

MASA

Masa ni adalah satu bentuk kehidupan yang kita sendiri tak reti nak agak shape dia. serious talk la aku bukan jenis pandai nak predict hidup orang atau pun hidup sendiri. Kehidupan ni banyak benda ajar kita jadi lebih chill dan kadang ajar kau jadi lebih gila.

Sejujurnya siapa yang masih mencari seperti aku akan tanya "mana hala tuju aku ni" tapi pada dah jumpa hala tuju dan tanggungjawab masing=masing tu memang sangat bagus. aku ucapkan tahniah. Hidup ni ada orang cakap susah dan ada orang cakap senang. Senang bagi mereka yang bebetul ikut flow yang Allah swt bg kat dia. seriously la aku cakap kalau Allah bagi hidup dia cantik ngam dia follow the flow serious berkat.


Tapi tak semua manusia suka apa yang kadang Allah dah tuliskan untuk kita. Jangan cakap orang lainlah. Aku ni pun sejenis yang demikian. Masa tu kadang kau rasa cepat sangat masa berlalu tapi serious kekadang kau rasa macam apasallah pulak wei! So semakin cepat masa berjalan semakin pendek la umur kita dan semakin dekat lah kita nak terima azab kubur. Ya Allah tu part paling aku takut seriously lah wey. Kalau nak tanya kenapa aku banyak menulis bab-bab kematian lately. Entahlah aku pun tak pasti. Yang pasti hati aku gundah gulana. Tak tahu macam mana nak describe kan semua benda ni.

Aku banyak kali gagal. Gagal jaga hubungan kawan baik yang lama dah terjalin. Walaupun aku tengok macam punca dan masalah berpihak dari diaorang tapi kadang aku wajib mengalah untuk perasaan ni. Nak cakap pasal someone special pun yes la aku ngaku aku gagal jugak. Tapi tu semua bukan jadi penghalang aku untuk terus rasa hidup ni lifeless. Walaupun dalam banyak benda aku gagal tapi bukan setiap masa kita akan gagal. Orang lain suka tanya aku "macam mana kau handle stress kau nampak tenang je kalau nk facing benda ni semua" tipulah aku tak menangis melalak. Tapi kau ingat dengan tangisan kau ada orang nak dengar ke ? kau ingat semua orang nak tahu ke ?


So, daripada kau menangis melalak baik kau ambil langkah baru and of course mulakan semua ni dengan positive. Jangan terkejut kalau orang-orang yang pernah gagal ni berjaya kelak. Aku tak rasa semua benda tu mustahil tapi semua benda itulah realiti kehidupan yang semua orang akan facing. Cuma bukan semua manusia suka nak share kisah suka duka dekat orang lain.

Masa tu tetap akan berjalan walau macam mana sekalipun keadaan kau. Ingatlah semua ni sekejap sebabnya manusia akan lupa dan terus melangkah kehadapan. Siapa lambat tinggal dan itu semua bergantung dekat manusia mana yang sanggup capai tangan kau untuk berlari dan jatuh bersama.





the end



isu gagal ni tk pernah habis.



No comments:

Post a Comment