Sunday, May 29, 2016

Move on

Bukan semua orang rasa benda ni. Dan bukan semua orang rasa macam mana beban nak move on ni. Macam tengok drama dia semanis hani ni. Berhhh..... jangan terkejut titiba kenapa aku boleh minat tengok cerita ni. Kalau orang yang betul-betul kenal siapa aku memang akan tahu tabiat aku tak suka tengok tv. Ni semua gara-gara akak aku yg suruh tengok cite ni. Mentang-mentangla dia kat saudi tu duduk umah je. Hahaha.

Tapi satu je nak cakap kalau betullah hani ni wujud dalam kehidupan seharian kita memang dia dikalangan yang sangat tabah and dia bukan cepat mengalah. Serious kalau tengok sifat dia memang macam tu. Yelah dah kena koyak perasan dia ngan anaf tu pun relax je dia cakap dia tak boleh move on.

Hmmm.....kalau orang yang betul-betul tahu macam mana perasan move on ni tahulah perasan dia macam mana. Susah dia Allahurabbi. Lagi-lagi dengan manusia yang kau pernah sayang. Dalam hidup aku, aku pernah ada kes move on dengan best friends aku, and of course my love one. Tapi satu je tak boleh move on sayang kat atas tu. (Tunjuk langit)

Kalau tanya aku, macam mana perasan move on ni? Penat tak? Sakit tak? Tah aku takde jawapan yang kukuh untuk semua ini. Tapi yang aku pasti bila mana air mata kau tak reti nak gugur sebab dah terlalu koyak rabak sangat dengan benda-benda merungsingkan ni dia akan jadi rasa "ah pergi matilah" entah kenapa istilah rabak dan koyak ni akan terbuku kat hati aku. Sebab bila dah selalu sangat kena jatuh dengan orang sekeliling kau rasa macam well ni semua semangat aku. Jangan ingat aku stress walhal ni semua memang satu anugerah. Kau ingat semua orang boleh ke lalui semua benda ni?

Cuma perlu redha dan buat tak tahu je. Semua akan jadi okay dan semua akan jadi biasa. Make it easy.

Assalamualaikum

Thursday, May 26, 2016

Rambo station Bangi seksyen 8








Assalamualaikum.......................

Okay lately memang hobi agaknya pergi bangi getaway ni. Entahlah rasa banyak sangat tudung nak borong maybe sebab dah nak dekat raya kan. So memang berjalan mencuci mata dan mengisi perut yang kian lapar....Minggu lepas entah kenapa aku ada tabiat yang mengila bila aku tengok makanan aku rasa macam nak melalak dan menangis sebabnya aku tak boleh nak makan dan rasa. Seriouslah wei! Rasa macam mood apakah ini yang melanda. Biasalah perempuankan bila nak hujung-hujung bulan. Dan mengada-ngada aku ni memang aku jelah yang kena tanggung sebab takkan ada manusia pun yang faham kecuali akak and abg-abg aku.. okay lah layan jelah gambar-gambar ni..

Korang boleh waze je Rambo station bangi seksyen 8. 
*Teh tarik segelas besar berserta dengan buih-buih heaven ni Hanya Rm5. 




Wednesday, May 18, 2016

19 may 2016

Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk hidup selama 23 tahun dan bersamaan 8,395 hari. Takde nak mintak banyak cukup sekadar berada di samping keluarga tersayang and of course all my friend !!!

btw thanks best friend !

bff since 2013 ! yaya and nan !

thanks to sonaone ! u know im big fan of u since ur first song cover deuces ! haha

Samyang Spicy Fried Chicken Ramen challenge

P.E.D.A.S 

Btw tahulah agak kelambatan nak update pada mee segera pedas bapak ni. Berhhhhhhhhh......serious time masak aku dah cuak kebebeh dah bila tengok mee and sos dia merah menyala. Yang peliknya aku baru tahu yang orang-orang korea ni makan pedas (Tak sangka pulak). Bila dah start viral benda dan of course lah memang susah nak cari and benda alah ni memang agak mahal jugak. Nak dijadikan cerita time tengah hang out dengan member-member boleh terjumpa pulak dekat aeon big Shah Alam seksyen 13. Memang agak excited jugak sebabnya aku dah cari almost 1 month benda alah ni. (Gigih) 

Halal ke haram ?
Kalau kau orang jenis suka membaca banyak sangat sumber cakap benda alah ni tak halal lah apalah ada letak cik babi lah.. ADUHAI... memang pelbagai tomahan kat mee extremely pedas ni. Tipulah aku tak terpengaruh dengan benda alah macam ni. Seriouslah bayangkan time kes halal haram ni memang aku da give up nak cari mee ni dan batalkan niat untuk makan mee ni. (SAMPAI MACAM TU KECEWA DIA) hahahahaha..Kalau nak kepastian yang lebih power korang sendiri boleh check dekat laman sesawang  Jakim tentang pensijilan halal luar negara yang diiktiraf atau melalui aplikasi telefon pintar Myjakim dan korang boleh baca artikel ni untuk kepastian yang lebih kukuh dan takdelah bila makan rasa ragu-ragu kan ? Jakim sahkan mi Samyang Spicy fried chicken ramen halal!

Samyang Spicy Fried Chicken Ramen




*tu jelah boleh share sebab pedas dia rasa nak minum air sejuk bebanyak and bibir rasa macam bengkak*




Selamat mencuba!!

Tuesday, May 17, 2016

Ikhlas

Banyak definasi boleh aku tulis bab ikhlas ni. Dari segi friendship, hubungan kekeluargaan dan maybe dari menjalinkan hubungan kasih sayang. Seriously, bila kita ikhlas bukan je hidup rasa tenang semua benda yang kita buat kita akan jadi senang dan of course Allah tu permudahkan sebab kita ikhlas.

Dalam membentuk ikhlas ini, hubungan kasih sayang banyak ajar aku untuk jadi lebih ikhlas dan redha. Kenapa? Bila seseorang ikhlas sayang dan terima kita adanya dan kita pun sama ikhlas dengan seseorang tu. Hati ni rasa macam seronok dan yakin nak jadikan seseorang itu sebagai teman yang istimewa. Tapi bila kita tak ikhlas dengan seseorang banyak benda yang kita akan benci dan rimas dengan seseorang itu. Bukan takat rimas. Semak semua ada.

Ikhlas ni kita tak perlu buat pun sebab semua ini perbuatan yang wujud secara semulajadi. Ikhlas ni seriously banyak ajar aku samada dari segi merendah diri dan of course kesabaran. Bila kita dah all out bagi keikhlasan kita jangan expect yang manusia sekeliling kita akan balas keikhlasan kita tu macam kita ikhlas dengan diaorang juga. Bila manusia lain pernah khianat aku tak kesahlah dari segi persahabatan ataupun kasih sayang yang puihhh tak pernah nak ikhlas so aku belajar untuk redha dengan semua keadaan dan situasi sekeliling. Redha tu penyelamat hati. Seriously, bila kita redha dengan kehidupan kita ia akan jadi lebih tenang. Melepaskan benda yang takkan mungkin jadi kenyataan dan kita percaya hanya pada realiti itu lebih baik.

Ikhlas dengan Tuhan.

Ini bab bila nak kupas memang panjang berjela. Tapi satu je soalan yang selalu akan keluar bila soalan ikhlas ni berlegar dibenak hati. "Kenapa nak soalan setiap caturan Allah kepada kita?" Contohnya macam bila kita terkena sesuatu musibah. Sibuk duk tanya Allah "kenapa kau uji aku sedemikian rupa?" Tapi seriously kita lupa dosa kita. Dosa tinggal 5 waktu sehari semalam, dosa tak bangun tahajjud, dosa membelakangkan Allah dalam setiap aturan kehidupan, dosa mengumpat, buat kemungkaran banyak sangat. Allah Allah Allah. Kalau nak list aku rasa seluas lautan pun tak cukup nak list dosa-dosa kita. ALLAHUALAM.

Jadi silalah ikhlas dalam apa jua keadaan dan situasi. Kadang-kadang dengan keikhlasan kita ini mungkin akan bawa seribu satu keajaiban terhadap hidup seseorang. Ikhlas memberi tak bermaksud kita jadi bodoh menerima segala apa yang orang yang kita sayang cakap tanpa bantahan tapi itu menandakan kita memang benar benar ikhlas nak sayang dia. Tapi aku tak boleh paksa orang lain untuk ikhlas dengan aku.

Ikhlas ikhlas. Nanti Allah bagi ganjaran lagi besar.


Teman hidup or teman maki?

Assalamualaikum.

Sebetulnya saya memang nak tulis topic ini berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan mungkin juga berdasarkan pengalaman sendiri. One of my best friend when i was in College doing my diploma said to me "nik i tak boleh nak teruskan majlis kalau my future still insult me and act like mcm dia fucking perfect"

Pertama sekali kena tahu yang sifat lelaki yang kalau tak pandai nak control panas baran dia memang sampai ke sudah dia akan maki orang kekeliling dia walaupuan orang itu dia sayang. Ini pasal kes ego macam gunung everest lah kot. Keputusan untuk kahwin untuk aku memang sangat-sangat berat kalau kita sendiri tuan punya badan tak boleh dicabar mental dan fizikal dalam situasi yang begini. Kehidupan mana pernah nak uji manusia dengan kesenangan. Ingat itu. Dan sejujurnya apa yang saya boleh cakap sebagai seorang perempuan. Undurlah diri kalau rasa memang tak boleh nak hadap dengan segala perangai lelaki yang macam ini. Mungkin Allah itu nak tunjuk jodoh yang lebih baik dari yang sekarang ini? We never know.

Kehidupan akan lebih parah bila asyik berharap dan berkhayal akan bahagia dengan lelaki macam ini. Kita sendiri boleh baca macam-macam kes didada-dada akhbar tentang kes penceraian yang boleh dikatakan tumbuh bah cendawan pada harini. Mungkin ada orang Allah beri rezeki bercinta dia lebih indah dan semanis kurma dan ada orang yang Allah uji tahap kesayangan mereka. Nak bercinta dengan manusia pernah tak fikir yang Allah tengah cemburu dekat kita? Cemburu hamba dia sayang lebih orang lain yang hanya menyeksa hati dan perasaan mereka. Tapi Allah tuhan yang membantu dari segala macam doa yang kita sendiri demand-demand. Mungkin manusia terlalu taksub dengan perkataan jodoh. Mati tu pasti buat apa nak kalut jodoh?

Lelaki yang baik takkan pernah tak sokong perempuan yang dia sayang walaupun kadang dia tahu perempuan tu punya perangai tak masuk akal. Hahah tapi tu lelaki yang betul-betul sayangkan perempuan itu yang akan buat macam ini. Jangan sedih kalau belum jumpa lelaki macam ni maybe Allah simpan kat syurga. Lagi terjamin Allah jaga kot jodoh kita.

Kalau bercakap soal jodoh,sakit hati dan bab perasaan ini saya sendiri dah penat dengan manusia-manusia yang jenis macam ini. Permulaan manis bak honey star pertengahan dah kelat hampir rasa pahit dan akhirnya memang pahit sepahit-pahitnya. Macam ubat paracetamol. Tapi okay lagi ubat paracetamol tu boleh sembuhkan demam. Kalau pahit macam sampah ingat boleh makan ke? Bukan takat tak boleh makan nak recyle pun masih kena fikir 28x.

Akhir kata. Kahwin ini adalah satu detik perkongsian hidup yang mana si lelaki dan perempuan menerima segala buruk baik pasangan mereka. Tanpa hina dan rasa diri mereka sempurna bak berada di atas langit. Kalau pasangan kita attitude nauzubillah kena ingat tanggungjawab kita kat dia. Tanggungjawab untuk ubah dia bukan tinggalkan dia terkontang-kanting. Tapi aku masih tak faham apa lagi lelaki nak dalam hidup dia. Kalau perempuan tu terima susah senang kau dengan baik tapi kau still jugak boleh maki dia macam kau maki musuh kau.


Be strong my friend. Allah always with u


Monday, May 9, 2016

tentang seseorang

Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci
aku ingin bingar
aku mau di pasar

bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika kusendiri

pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh

ah...ada malaikat menyulam
jaring laba -- laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera
atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai ?

Bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga jika ku sendiri

nyata

Angin indah membelai dedaun yang kering terbang merata
Kesungguhan demi kehidupan jelas terpampar dari mata mu 
Adakah kehidupan ini nyata ?

walau dibelah bumi 
di gali tanah mana mungkin aku beri jawapan 
Nyatakah kita dalam kehidupan ini ?


Thursday, May 5, 2016

Cendol Durian Seksyen 24, Shah Alam

Assalamualaikum

Terlebih dahulu nk warning buat ibu ibu mengandung janganlah tengok gambar-gambar yang bakal di siarkan sebab Ya rabbi dia punya meleleh ayaq liur nanti tak pasai aku pulak di persalahkan.

Hari tu duk kecoh pasal cendol durian yang mana yang tengah viral kat facebook skrg ni. So, bila dengar cakap kawan kita apalagi excited jugak nak buat food hunting balik. So 2 hari lepas pergilah. Punyalah kecewa i ouls tengah-tengah beratur brader tu boleh pulak cakap "durian dah habis" so aku ngan john apalagi terus buat muka kecewa and ajak lah balik. Serious la time tu rasa telan air liur je balik wey.

Tak puas hati hari kedua kitaorang pergi dengan harapan akan dapat and of courselah kitaorang cekalkan hati dengan meredah hujan. Ambik mamat john ni balik keje pastu terus shoot pergi shah alam. Huh berkicap jugak la sebab time peak hour pulak kau nk ke shah alam memang mengundang lah.

Cendol durian
Disebabkan sekarang ni tengah musim duriankan so adalah hamba-hamba Allah yang sangat creative dalam menghasilkan rasa-rasa yang memang luar biasa. Serious la weh dia punya santan chaw gila. Dengan durian pakai durian musang king pulak berhhhhhhhhhh. First time aku rasa dah lain macam. Before dapat bebel bebel cakap lambat la apalah sekali dah dapat rasa ya Allahurabbi. The best ever cendol durian i ever tested!!

Cakap banyak tak guna meh tengok gambar






*landmark dia korang waze je medan selera seksyen 24 Shah Alam. 

tips untuk makan dengan leganya tanpa kena macam aku. Datanglah seawal jam 8pm. at least korang ada masa sejam untuk beratur dan of coursela dia punya beratur kemain panjang. Tapi aku puji service diaorang lajulah..

Korang jugak boleh bukak instagram diaorang ni ha and maybe boleh follow untuk usha perisa apa yang korang suka. haha kalau macam aku memang nampak perisa durian jelah.. 




sekian...



Wednesday, May 4, 2016

Cuti Semester 2

dear dairy

Alhamdulillah semester 2 sudah berlalu. Aku macam biasa kalau nak cuti semester memang dia punya excited Ya Allah ! hahaha.. Dalam semester ke dua ni banyak benda ajar aku lebih kuat. Berdiri di atas keyakinan dan yang paling penting tanpa pertolongan sesiapa pun. Bila dah masuk semester ke dua banyak benda negative aku tepis ke tepi. sebab dah belajar daripada kesilapan sendiri dan manusia di sekeliling yang jenis tikam belakang (well benda ni kat mana-mana ada kan, so dont get so surprise sangat )

Untuk semester yang ke dua ni memang banyak mencabar aku dari segi ketahanan kepenatan yang amat sangat. Tapi Allah tu kan ada. Doa jelah kat dia supaya permudahkan segala urusan. This sem aku ada 3 je paper yang lagi 2 tu memang based n depends on class and final project. memang lah rasa happy sebab ada 3 je paper tapi masalah dia punya cuak kalau result subject takde paper ni pun mengundang lebih. hahahah Tapi apa pun doa kan yang baik-baik jelah supaya semua orang senang dan moga di permudahkan segala urusan.

Semenjak belajar ni aku dah malas sangat nk pegi kemana-mana without any reason. Zaman muda puas dah berjalan. (well aku tak tua lagi ok?) Apa pun memang this sem memang aku kurangkan dan had aktiviti seperti ke mall dan tershopping dan makan makanan yang mahal-mahal tanpa sengaja. MALAS.. Ekonomi tengah merosot so hidup kena pandai berjimat cermat. Mak aku pesanlah. Aktiviti sekarang ni lebih kepada lepak library baca buku and i do a lot of research dengan benda-benda kecik pun kekadang. Entah hobi dan minat membaca lebih pulak bila dah meningkat dewasa ni.

Semester 2 ni jugak lah banyak ajar aku mcam mana nak tepis stress dengan keadaan yang sangat cool dan membantu. Alhamdulillah bila ada kakak yang berilmu dari segi pendekatan diri kepada sang pencipta rasa macam "it really help me!" Thank you ! akak aku banyak bagi sokongan moral and dia cakap setiap masalah dtg dari diri sendiri sebenarnya dan bukan 1 pihak sahaja yang bersalah. interaksi bersama manusia wey. mesti lah datang dari 2 pihak yang berbeza. So kita ? kita kena pandai main peranan untuk bukti kan diri kita bukan macam apa yang orang lain burukkan kita kat orang lain. Manusia punya hati kita tak tahu tahap mana keikhlasan dan kejahatan yang dia plan untuk kita. so buat apa nak takut ? Allah tu maha adil maha melihat dan segala-galanya. Bila semua urusan diserahkan kepada Allah, Hidup lebih tenang dan aman damai. thanks bff !

Dikesempatan ini juga aku nak berterima kasih dekat akak aku yang menjadi pendengar setia setiap masalah aku n yang paling sweet siap tolong sampaikan kerinduan aku dan doa-doa aku dekat depan kaabah lagi. Insyallah aku xpernah doakan keburukkan orang lain. Tapi biarlah ALLAH yang tahu macam mana aku ikhlas nk doakan kebaikkan untuk orang lain. atleast the haters stop spread the bad things about me. Alhamdulillah mungkin doa aku tu paling syahdu, akak aku cakap setiap kali tawaf mesti doa kau yang naik sampai 3x. Alhamdulillah !

Apa pun to all my Uniselian selamat bercuti !
tak sabar nak tengok result (aku cuak !)

hilang


Setiap manusia pasti akan rasa kehilangan
Sampai masa datang, Sampai masa hilang
Hilang entah kemana di bawa angin lalu pergi
Hilang jangan pernah kembali membawa harapan
Biar hilang selamanya biar jadi debu lalu di bawa angin

Mungkin sayang bawa kita lebih dekat
Mungkin sayang juga bawa kita lebih jauh
Penat lelah mencari entah hilang di mana tanpa arah
Aku mungkin kecundang di sepertiga perjalanan kita
Tiba masa aku sedar kau tiada disisi

Mana mungkin hilang dibawa angin
Sudah aku pegang erat, simpul ketat buat sayang ini jangan dibawa berlalu
Mana mungkin aku sendirian ?
Atau mungkin kamu yang menghilang?

Hilang lah dikau kalau mahu hilang
Biar hilang jangan kembali
Aku tidak sudi buat kali kedua
Mungkin hilang mu buat aku lebih kuat berdiri sendirian

Hilanglah kalau kau mahu hilang..
Hilang lenyap dihanyut kenangan semalam..............