Wednesday, May 4, 2016

Cuti Semester 2

dear dairy

Alhamdulillah semester 2 sudah berlalu. Aku macam biasa kalau nak cuti semester memang dia punya excited Ya Allah ! hahaha.. Dalam semester ke dua ni banyak benda ajar aku lebih kuat. Berdiri di atas keyakinan dan yang paling penting tanpa pertolongan sesiapa pun. Bila dah masuk semester ke dua banyak benda negative aku tepis ke tepi. sebab dah belajar daripada kesilapan sendiri dan manusia di sekeliling yang jenis tikam belakang (well benda ni kat mana-mana ada kan, so dont get so surprise sangat )

Untuk semester yang ke dua ni memang banyak mencabar aku dari segi ketahanan kepenatan yang amat sangat. Tapi Allah tu kan ada. Doa jelah kat dia supaya permudahkan segala urusan. This sem aku ada 3 je paper yang lagi 2 tu memang based n depends on class and final project. memang lah rasa happy sebab ada 3 je paper tapi masalah dia punya cuak kalau result subject takde paper ni pun mengundang lebih. hahahah Tapi apa pun doa kan yang baik-baik jelah supaya semua orang senang dan moga di permudahkan segala urusan.

Semenjak belajar ni aku dah malas sangat nk pegi kemana-mana without any reason. Zaman muda puas dah berjalan. (well aku tak tua lagi ok?) Apa pun memang this sem memang aku kurangkan dan had aktiviti seperti ke mall dan tershopping dan makan makanan yang mahal-mahal tanpa sengaja. MALAS.. Ekonomi tengah merosot so hidup kena pandai berjimat cermat. Mak aku pesanlah. Aktiviti sekarang ni lebih kepada lepak library baca buku and i do a lot of research dengan benda-benda kecik pun kekadang. Entah hobi dan minat membaca lebih pulak bila dah meningkat dewasa ni.

Semester 2 ni jugak lah banyak ajar aku mcam mana nak tepis stress dengan keadaan yang sangat cool dan membantu. Alhamdulillah bila ada kakak yang berilmu dari segi pendekatan diri kepada sang pencipta rasa macam "it really help me!" Thank you ! akak aku banyak bagi sokongan moral and dia cakap setiap masalah dtg dari diri sendiri sebenarnya dan bukan 1 pihak sahaja yang bersalah. interaksi bersama manusia wey. mesti lah datang dari 2 pihak yang berbeza. So kita ? kita kena pandai main peranan untuk bukti kan diri kita bukan macam apa yang orang lain burukkan kita kat orang lain. Manusia punya hati kita tak tahu tahap mana keikhlasan dan kejahatan yang dia plan untuk kita. so buat apa nak takut ? Allah tu maha adil maha melihat dan segala-galanya. Bila semua urusan diserahkan kepada Allah, Hidup lebih tenang dan aman damai. thanks bff !

Dikesempatan ini juga aku nak berterima kasih dekat akak aku yang menjadi pendengar setia setiap masalah aku n yang paling sweet siap tolong sampaikan kerinduan aku dan doa-doa aku dekat depan kaabah lagi. Insyallah aku xpernah doakan keburukkan orang lain. Tapi biarlah ALLAH yang tahu macam mana aku ikhlas nk doakan kebaikkan untuk orang lain. atleast the haters stop spread the bad things about me. Alhamdulillah mungkin doa aku tu paling syahdu, akak aku cakap setiap kali tawaf mesti doa kau yang naik sampai 3x. Alhamdulillah !

Apa pun to all my Uniselian selamat bercuti !
tak sabar nak tengok result (aku cuak !)

2 comments: