Tuesday, May 17, 2016

Ikhlas

Banyak definasi boleh aku tulis bab ikhlas ni. Dari segi friendship, hubungan kekeluargaan dan maybe dari menjalinkan hubungan kasih sayang. Seriously, bila kita ikhlas bukan je hidup rasa tenang semua benda yang kita buat kita akan jadi senang dan of course Allah tu permudahkan sebab kita ikhlas.

Dalam membentuk ikhlas ini, hubungan kasih sayang banyak ajar aku untuk jadi lebih ikhlas dan redha. Kenapa? Bila seseorang ikhlas sayang dan terima kita adanya dan kita pun sama ikhlas dengan seseorang tu. Hati ni rasa macam seronok dan yakin nak jadikan seseorang itu sebagai teman yang istimewa. Tapi bila kita tak ikhlas dengan seseorang banyak benda yang kita akan benci dan rimas dengan seseorang itu. Bukan takat rimas. Semak semua ada.

Ikhlas ni kita tak perlu buat pun sebab semua ini perbuatan yang wujud secara semulajadi. Ikhlas ni seriously banyak ajar aku samada dari segi merendah diri dan of course kesabaran. Bila kita dah all out bagi keikhlasan kita jangan expect yang manusia sekeliling kita akan balas keikhlasan kita tu macam kita ikhlas dengan diaorang juga. Bila manusia lain pernah khianat aku tak kesahlah dari segi persahabatan ataupun kasih sayang yang puihhh tak pernah nak ikhlas so aku belajar untuk redha dengan semua keadaan dan situasi sekeliling. Redha tu penyelamat hati. Seriously, bila kita redha dengan kehidupan kita ia akan jadi lebih tenang. Melepaskan benda yang takkan mungkin jadi kenyataan dan kita percaya hanya pada realiti itu lebih baik.

Ikhlas dengan Tuhan.

Ini bab bila nak kupas memang panjang berjela. Tapi satu je soalan yang selalu akan keluar bila soalan ikhlas ni berlegar dibenak hati. "Kenapa nak soalan setiap caturan Allah kepada kita?" Contohnya macam bila kita terkena sesuatu musibah. Sibuk duk tanya Allah "kenapa kau uji aku sedemikian rupa?" Tapi seriously kita lupa dosa kita. Dosa tinggal 5 waktu sehari semalam, dosa tak bangun tahajjud, dosa membelakangkan Allah dalam setiap aturan kehidupan, dosa mengumpat, buat kemungkaran banyak sangat. Allah Allah Allah. Kalau nak list aku rasa seluas lautan pun tak cukup nak list dosa-dosa kita. ALLAHUALAM.

Jadi silalah ikhlas dalam apa jua keadaan dan situasi. Kadang-kadang dengan keikhlasan kita ini mungkin akan bawa seribu satu keajaiban terhadap hidup seseorang. Ikhlas memberi tak bermaksud kita jadi bodoh menerima segala apa yang orang yang kita sayang cakap tanpa bantahan tapi itu menandakan kita memang benar benar ikhlas nak sayang dia. Tapi aku tak boleh paksa orang lain untuk ikhlas dengan aku.

Ikhlas ikhlas. Nanti Allah bagi ganjaran lagi besar.


No comments:

Post a Comment