Sunday, May 29, 2016

Move on

Bukan semua orang rasa benda ni. Dan bukan semua orang rasa macam mana beban nak move on ni. Macam tengok drama dia semanis hani ni. Berhhh..... jangan terkejut titiba kenapa aku boleh minat tengok cerita ni. Kalau orang yang betul-betul kenal siapa aku memang akan tahu tabiat aku tak suka tengok tv. Ni semua gara-gara akak aku yg suruh tengok cite ni. Mentang-mentangla dia kat saudi tu duduk umah je. Hahaha.

Tapi satu je nak cakap kalau betullah hani ni wujud dalam kehidupan seharian kita memang dia dikalangan yang sangat tabah and dia bukan cepat mengalah. Serious kalau tengok sifat dia memang macam tu. Yelah dah kena koyak perasan dia ngan anaf tu pun relax je dia cakap dia tak boleh move on.

Hmmm.....kalau orang yang betul-betul tahu macam mana perasan move on ni tahulah perasan dia macam mana. Susah dia Allahurabbi. Lagi-lagi dengan manusia yang kau pernah sayang. Dalam hidup aku, aku pernah ada kes move on dengan best friends aku, and of course my love one. Tapi satu je tak boleh move on sayang kat atas tu. (Tunjuk langit)

Kalau tanya aku, macam mana perasan move on ni? Penat tak? Sakit tak? Tah aku takde jawapan yang kukuh untuk semua ini. Tapi yang aku pasti bila mana air mata kau tak reti nak gugur sebab dah terlalu koyak rabak sangat dengan benda-benda merungsingkan ni dia akan jadi rasa "ah pergi matilah" entah kenapa istilah rabak dan koyak ni akan terbuku kat hati aku. Sebab bila dah selalu sangat kena jatuh dengan orang sekeliling kau rasa macam well ni semua semangat aku. Jangan ingat aku stress walhal ni semua memang satu anugerah. Kau ingat semua orang boleh ke lalui semua benda ni?

Cuma perlu redha dan buat tak tahu je. Semua akan jadi okay dan semua akan jadi biasa. Make it easy.

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment