Tuesday, May 17, 2016

Teman hidup or teman maki?

Assalamualaikum.

Sebetulnya saya memang nak tulis topic ini berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan mungkin juga berdasarkan pengalaman sendiri. One of my best friend when i was in College doing my diploma said to me "nik i tak boleh nak teruskan majlis kalau my future still insult me and act like mcm dia fucking perfect"

Pertama sekali kena tahu yang sifat lelaki yang kalau tak pandai nak control panas baran dia memang sampai ke sudah dia akan maki orang kekeliling dia walaupuan orang itu dia sayang. Ini pasal kes ego macam gunung everest lah kot. Keputusan untuk kahwin untuk aku memang sangat-sangat berat kalau kita sendiri tuan punya badan tak boleh dicabar mental dan fizikal dalam situasi yang begini. Kehidupan mana pernah nak uji manusia dengan kesenangan. Ingat itu. Dan sejujurnya apa yang saya boleh cakap sebagai seorang perempuan. Undurlah diri kalau rasa memang tak boleh nak hadap dengan segala perangai lelaki yang macam ini. Mungkin Allah itu nak tunjuk jodoh yang lebih baik dari yang sekarang ini? We never know.

Kehidupan akan lebih parah bila asyik berharap dan berkhayal akan bahagia dengan lelaki macam ini. Kita sendiri boleh baca macam-macam kes didada-dada akhbar tentang kes penceraian yang boleh dikatakan tumbuh bah cendawan pada harini. Mungkin ada orang Allah beri rezeki bercinta dia lebih indah dan semanis kurma dan ada orang yang Allah uji tahap kesayangan mereka. Nak bercinta dengan manusia pernah tak fikir yang Allah tengah cemburu dekat kita? Cemburu hamba dia sayang lebih orang lain yang hanya menyeksa hati dan perasaan mereka. Tapi Allah tuhan yang membantu dari segala macam doa yang kita sendiri demand-demand. Mungkin manusia terlalu taksub dengan perkataan jodoh. Mati tu pasti buat apa nak kalut jodoh?

Lelaki yang baik takkan pernah tak sokong perempuan yang dia sayang walaupun kadang dia tahu perempuan tu punya perangai tak masuk akal. Hahah tapi tu lelaki yang betul-betul sayangkan perempuan itu yang akan buat macam ini. Jangan sedih kalau belum jumpa lelaki macam ni maybe Allah simpan kat syurga. Lagi terjamin Allah jaga kot jodoh kita.

Kalau bercakap soal jodoh,sakit hati dan bab perasaan ini saya sendiri dah penat dengan manusia-manusia yang jenis macam ini. Permulaan manis bak honey star pertengahan dah kelat hampir rasa pahit dan akhirnya memang pahit sepahit-pahitnya. Macam ubat paracetamol. Tapi okay lagi ubat paracetamol tu boleh sembuhkan demam. Kalau pahit macam sampah ingat boleh makan ke? Bukan takat tak boleh makan nak recyle pun masih kena fikir 28x.

Akhir kata. Kahwin ini adalah satu detik perkongsian hidup yang mana si lelaki dan perempuan menerima segala buruk baik pasangan mereka. Tanpa hina dan rasa diri mereka sempurna bak berada di atas langit. Kalau pasangan kita attitude nauzubillah kena ingat tanggungjawab kita kat dia. Tanggungjawab untuk ubah dia bukan tinggalkan dia terkontang-kanting. Tapi aku masih tak faham apa lagi lelaki nak dalam hidup dia. Kalau perempuan tu terima susah senang kau dengan baik tapi kau still jugak boleh maki dia macam kau maki musuh kau.


Be strong my friend. Allah always with u


No comments:

Post a Comment