Tuesday, August 30, 2016

Day 3

Alhamdulillah masih bertahan. Walapun kakak aku hasut macam-macam suruh aku makan itu ini. Okay la selepas mengalamkan beberapa senaman sebelum mandi and lepas mandi tu aku rasa macam ringan sikit badan. Yelah kalau selalu duk makan benda-benda tak berkhasiat sekali kau kena hold makan benda-benda yang tak berkhasiat memang sangat menyakitkan.

Menu diet arini .

Disebabkan aku ada terbaca satu article pasal diet atkin ni bole makan kfc terus aku ajak kakak aku pergi makan kfc. Tapi jangan salah sangka. diet atkin yang tak berapa nak atkin yg aku guna ni memang menyakitkan hati kalau dapat makan kfc pun hangpa kena buang kulit ayam tu. Hadoi yelah kalau dalam rules diet atkin korg mana boleh makan roti dan apa-apa yang berunsurkan tepung. so memang satu kerja pulaklah aku nak kena buang kulit ayam tu. Kentang pun memang aku bubuh tepi sebab mana BOLEH!

TAPI

Sebenarnya aku salah percaturan, coslow kfc tu memang tak boleh sebab ada susu and kubis tu macam tak berapa nak digalakkan dalam diet atkin ni. Tapi takpe people make mistakes. esk try lagi menu baru yang mana memang aku kena alert benda-benda yang aku boleh makan and tak boleh makan. Hari ni agak macam banyak sangat tersalah, Aku makan quaker oat dengan sesudu madu and tambah kismis tok guru bubuh dalam larutan quaker qoat tu.

Menu salah arini,

*aku termakan coslow kfc
*aku tercampur madu dalam larutan quaker oat aku


semua benda Ter!!



next update !

PAKSA

Aku ni memang suka paksa diri aku untuk bertahan demi kepentingan orang lain. Tak kisahlah macam mana susah pun aku memang akan paksa diri aku untuk bersabar dengan manusia sekeliling aku. Kadang memang penat tapi kalau nak diikutkan hati buat apa nak fikir hal remeh temeh untuk benda yang memang kadang memang tak bermanfaat kat aku. Aku memang dah kurang sabar dengan semua benda ni Kadang memang aku putus asa pun nak hadap semua benda ni. Tapi disebabkan maksud PAKSA itu terlalu mendalam untuk aku, jadi aku Paksa diri aku untuk terima maksud yang mungkin akan jadi satu benda wajib yang akan aku buat dalam kehidupan aku.

Nak berjaya kena Paksa diri berjaya. Nak itu ini memang kau kena paksa diri kau untuk terus buat hingga kau dapat apa yang kau nak. Aku paksa dan pendam perasaan aku ni sampai dah berbekas nanah sebakul. Biar semua lihat macam mana paksa aku untuk diri aku. Aku paksa jangan air mata aku gugur depan manusia yang bakal anggap aku lemah satu hari nanti. Aku paksa diri aku untuk jadi kuat walaupun aku tahu yang aku memang sangat lemah untuk paksa diri aku untuk jadi kuat.

Kadang-kadang aku selalu tanya dalam diri aku, Kenapa aku wujud perkataan paksa itu buat semua orang terluka kerana dipaksa, terpaksa dan mungkin memaksa. Paksa hati dan perasan kau untuk tahan sabar dengan manusia yang mungkin kau sayang itu lagi memaksa kau untuk lebih lepaskan apa yang kau tahu yang kau takkan dapat dan perolehi. Terimalah realiti bahawa kehidupan kita memang kena memaksa dan memang akan terpaksa dengan semua benda. Dan setiap apa yang terjadi memang dah tertulis, Tanggungjawab kita sebagai manusia sahaja yang perlu terima semua benda ni dengan hati yang redha dan berlapang dada.



sekian

Monday, August 29, 2016

susah

dear dairy

Kalau bermain pasal bab hati dan perasan ni memang aku diantara yang malas nak amik port sebabnya semua benda ni aku rasa macam perlu ke nak kena amik tahu dan yang pasti perlu ke nak kena ikut campur. Dalam perjalanan hidup kita ni pun banyak benda yang perlu dan kena fikir. Kalau tanya aku memang susah nak hadap benda-benda macam ni. Tapi kau ingat semua orang nak ke rasa kecewa? nak ke rasa sedih ? nak ke rasa lonely ? Gilalah siapa yang nak. Tapi kena ingat semua benda ni aku percaya dan kita semua kena terima yang Setiap perjalanan hidup kita ni memang Allah dah tulis dari A-Z.

Bab perasan ni memang tak boleh nak paksa. Tapi apa yang aku boleh buat doa jelah. Berserah yang sebaik-baik perancang adalah Allah azza wa jala. Kenapa nak kena rasa susah kalau perasan ini datang sebab ini semua nikmat Allah yang Allah hanya pilih untuk certain orang sahaja. Kalau tanya aku memang aku lagi selesa dengan friendzone sekarang sebab aku boleh berkawan dengan sesiapa je yang aku nak. Tapi bukanlah maknanya aku boleh sesuka hati nak keluar dengan lelaki itu ini. Kita berkawan biar ada batas and of courselah ada gap.

Aku pernah ada history ter falling in love dengan kawan baik sendiri. Tu memang sakitlah sebab kau suka kawan baik kau and of course kawan baik kau tak suka kau macam dia suka crush dia. Memang takkan dan takkan terjadi. Kalau terjadi tu pun memang sebab nasib baik and memang dah jodoh diaorang. Kalau nak tanya perasan aku sekarang aku jadi takut dan bercampur dengan perasan. entah rasa dan macam-macam aku fikir sebab dalam hidup ni kita tak boleh nak beriya dan percaya yg sesuatu tu akan jadi milik kita. of courselah aku sedar diri dengan siapa aku suka dan dengan siapa yang aku sayang. Bagi aku buat masa ni istilah kawan tu memang lagi sesuai digunakan disebab masing-masing memang ada commitment sendiri. Tak kesahlah dari pihak aku ataupun pihak dia. Aku akan undur bila masa memang tak sesuai. Bukan sekali dua rasa macam ni, Dah banyak kali. Tapi aku ni kuat sebab aku banyak kali pujuk hati aku untuk terus sabar and of course anggap je benda ni semua akan buat kau rasa tergelak and of course u will feel stupid when u remember all this things!


Tapi sampai bila je kau boleh pujuk hati kau. dan sampai bila kau boleh rasa yang kehidupan seorang tu lagi bahagia tanpa hati kau tu terisi dengan manusia asing yang titiba kau kena sayang dia sepenuh hati kau. Dan sampai bila semua benda ni kena jadi? Memang susah nak pikul semua benda yang berkaitan dengan emosi dan perasan tapi apa guna ada Kalam-kalam Allah yang sentiasa ada jawapan untuk setiap apa yang berlaku....Sabar jelah wahai hati sebab kau sendiri yang akan tentu kan samada kau nak keep sedih mahupun hanya terus gembira.


the end.

Dalam hidup aku, aku tak pernah rasa susah untuk semua benda tapi bab hati dan perasan memang susah kita nak faham dan susah untuk dipaksa. Tapi aku tetap akan terus faham.

Saturday, August 20, 2016

DAY 1 #100daysprojectofhappiness #Amieraleejourney

Hi uols!

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya macam dah lama dah nak realisasikan impian nak kurus ni. Tapi tulah tak berjaya-jaya langsung. Selalu pakai redah je kalau nak diet lepas tu tak tahu apa nak makan and apa yang mendatangkan tenaga untuk aktiviti harian kita. Aku ni takdelah pandai sangat bab-bab nak bagi tips ke apa sebab sekarang pun tengah working on for this project fat to fit. i need to challenge myself untuk terus berusaha and of course lepas ni no one cant said weyh"lemak mengelebeh, banyak ke apa ke" Kalau aku dah kurus kau kutuk aku jugak memang nak kena pelempang. hahahahha

Sebenarnya aku bukanlah nak kurus sebab nak dapatkan attention dari orang lain. Tapi aku just nak fit kan badan aku untuk jadi perhhhh boleh naik tangga tanpa rasa mengah and bernafas macam lembu dan of course keje aku nanti bakal kena berlari dan bersenam. hahah dapat desk sport mampus kau nak berlari nak kejar orang nak interview. lol *angan-angan*


untuk first day ni aku nak flash kan semua toxic di dalam badan aku so aku banyakkan minum air. Botol yang aku sedang gunakan ni hanya 800ml so aku akan make sure yang aku kena refill botol tu 4x sehari sebab nak cukupkan 3liter air. plain water okay bukan teh o ais atau teh o. first day memang tak prepare pape aku tak makan pun hanya minum air and aku amik air teh o ais pagi tu sebab nk lah ada jugak gula dalam badan kang takde gula shaking plak. dah la tak makan. so aku tahu diet aku ni memang sangat tak sihat untuk permulaan. Disebabkan aku keje sabtu ahad aku takde masa nk g market, so 2nd day i will try to find a good menu for my eat clean diet !




Thursday, August 18, 2016

Jombekpes

hi ! 

Lama memang dah naik berhabuk dah blog ni senyap menyepi tanpa apa-apa khabar berita dari saya. hihi Alhamdulillah cuti semester ni memang diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Disebabkan malas nak bebel panjang sangat korang boleh tengok sendiri gambar-gambar yang mungkin boleh korang cuci-cuci mata kan? 


feed the homeless by ioj ni collaboration with Cmc Unisel dimana kami kumpulkan pelajar-pelajar Unisel yang berminat untuk menyertai kerja amal ini. Dan kami juga sangat berterima kasih kepada pihak Ioj kerana beri kerjasama dan tunjuk ajar yang tidak ternilai kehendaknya. ! 


Memang experience lain sangat bila kita sendiri turun padang beri makanan dan of course kita breakfast sekali dengan mereka. sambil-sambil tu memang boleh turun bercakap la dengan mereka. dengar kisah-kisah kehidupan mereka. macam mana sampai mereka boleh jadi gelendangan. Menyingkap kisah kehiudpan mereka buat semua ahli yang join ni rasa macam sayu and hati dah mula nak runtuh sebab sedih. dan ini adalah satu pengalaman yang tidak ternilai buat mereka and diharapkan mereka dapat mempelajari new things in this event ! 











FRIENDZONE

f.r.i.e.n.d.z.o.n.e

Macam senang nak sebut and nak buat tapi bapak susah. Well when u have try it so many times. Kau akan rasa mcm weyh apa kata friendzone benda paling best kau nak rasa and buat. well have been exprience since kena sedar diri yang diri aku ni tak cantik mana pun nak pilih lelaki yang baik soleh, and etc. huh.. 

Untuk cari yang sempurna bukan senang dan untuk cari yang tak sempurna memang berlambak dan berlambak jugak yang acah-acah sempurna nak perempuan yang alim ulamak tapi perangai ya Allah tuhan sahaja yang tahu. Bila friendzone ni wujud kau akan rasa macam satu kepuasan yang takkan kau rasa dalam relationship bercinta. seriously wey ! aku bercakap secara serious ni. hahah tapi apa pun jadi yang sakitnya bila kau kena friendzone kan orang yang kau suka. kalau tanya aku. Ramai je aku suka dan duk berkenan ni tapi masalahnya memang kau kena pilih 1 jelah yang nak share hidup dengan kau semua. hahah Kalau lah perempuan boleh kahwin 4 kan senang? tak payah lah nak cakap eh kau ni layak ke nak fikir pasal jodoh degree pun belum habis lagi. HAHAHAH cliche sangat ayat. time aku diploma dulu ada la hamba Allah ni siap pesan "nanti lepas awak habis diploma kita insyallah kalau ada jodoh adalah, kalau takde nak buat macam mana kan ? " aku dah mcm haha. ok ni lawak. 

Sebenarnya banyak kebaikkan friendzone ni tapi keburukkan nya memang sangat banyak. yang tak tahan bila kau kena pendam perasaan sayang kau kat orang tu. Ingat senang ke nak pendam benda ni semua tanpa rasa sedih and teman dengan air mata? well itu bodoh kalau perempuan duk menangis benda-benda macam ni. memang lah sebagai seorang perempuan tu hati mana tak tak terguris kalau kena friendzone kan macam tu je? hati mana yang tak rasa terpinggir dah bila kau kena pinggir sebagai kawan je. lol. tapi buat apa nak menangis benda-benda yang kau boleh cari and of course u can find better than him. Kalau nak cakap pasal kawan lelaki ni . aduh aku memang lagi selesa nak kawan dengan kawan lelaki ni. sebab dia simple as u can know and see. Tak mengumpat belakang paling mudah nak kawan and senang lah. bayangkanlah wey, kalau kawan perempuan benda-benda mengutuk ni memang dah menjadi perkara biasa and of course dah jadi macam bahan makanan diaorang. Aku fed up betul nak kawan dengan member-member perempuan ni. lol. 

Tapi bila dah kawan dengan member laki. aduh ada pulak perasaan yang kadang wujud tanpa sengaja walapun kau dah paksa hati kau untuk cakap "weyh tak payah sebab dia ni tak sesuai ngan kau and bla bla bla" hmmmmmmm................ bodoh kadang aku rasa bila wujud perasaan mcam ni tapi nak buat macam mana. kena hadap jugak lah kalau kau rasa friendzone ni lagi better dari nak bercinta bagai-bagai. Aku ni pulak memang susah sangat nak suka orang secara tak sengaja sebabnya aku memang dah biasa da kawan lelaki and surrounding aku memang dah biasa dengan budak lelaki. dalam family pun memang aku rapat dengan abang-abang aku. lately je sejak aku dah besar and try nak jadi perempuan melayu terakhir ni aku mula rapatkan diri aku dengan kakak and mak aku. hahahaha lawakkan . tapi nak buat macam mana memag fizikal and mental aku memang kasar macam ni . 

Kalau nak cakap pasal pilihan memang lah banyak tapi masalahnya pilihan yang banyak tu belum tentu nak pilih aku. Like seriously nik amirah kau pehal perasan sangat nak mati ni ?! hmmmmmm.. aku ni malas nak fikir benda-benda macam ni sebenarnya tapi nak buat macam hati aku suruh type jugak and luahkan apa yang aku rasa ni kat blog. kalau tak aku meroyan tak tentu pasal . hahaha kalau nak cerita kat kawan aku . bukan dia faham pun apa yang aku rasa. kena hina lagi lah. nanti mesti keluar ayat ayat "eh kau ni reti pulak nak rasa kasih sayang, aku tengok kau ni dah macam jantan" lol ni ayat memang menguris hati yang paling dalam bagi aku.  



akhir kata friendzone memang lah best tapi ada sakit dia yang memang aku tahu ramai orang takkan boleh nak tanggung. so aku amik keputusan untuk friendzone ni sebab nak ajar diri aku untuk tidak terlalu berharap dengan manusia disekeliling aku. Biar lah orang nak cakap aku ni angkuh ke apa asalkan aku tahu yang semua benda ni ada kebaikkan di kemudian hari. 



bye 

Assalamualaikum .. 

Wednesday, August 3, 2016

sem 3 done

Alhamdulillah alhamdulillah semester 3 selesai.

Untuk semester 3 ni agak heavy bagi aku sebabnya short sem lepas tu kena rushing buat benda dengan cepat and semua bendalah. yang paling tak syok bila kau kena mai class seminggu sampai 4x. Ya allah dia punya annoying tu rasa macam nak penampar muka orang. Alhamdulillah lecturer semua baik-baik and of course memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan. Dalam short sem ni aku memang kena menempuhi pelbagai onak duri sebab sem 3 ni terkena pulak bulan ramadhan. memang malas sebenarnya nak pegi kelas kalau time-time sahur tu tapi ya Allah. kena lah rajinkan diri sebab memang dah set dalam kepala otak nak first class degree kan . hahahaha


Tapi dalam sem 3 ni banyak jugak ajar aku erti kesabaran and of course aku kena chill kalau orang duk buat taik kat aku. hahaha banyak benda nak kutuk ni tapi chill jap sebab aku malas nak refresh balik benda bangang-bangang kat kepala otak aku. like seriously aku selalu ingat pesan mak ayah aku, tak kesahlah teruk macam mana pun orang buat kat kita jangan sesekali nak balas balik apa yang orang tu buat kat kita. Yes aku memang takkan pernah nak balas. Tapi cuba lah bagi space diri aku untuk aku bernafas dengan tenangnya. kenapa kau nak jaja cerita aku? asal sebab aku takde kawan kau boleh buat aku macam tu ? hahahaha silap wey, aku memang takde kawan tapi aku ada Allah yang sentiasa lindung aku.

Kehidupan tak semestinya kat atas. sekali kau buat orang, one day kalau kau kena lagi teruk dari apa yang kau dapat. faham tak definasi karma kehidupan? memang karma tak wujud untuk kita yang islam ni tapi ingat qada dah qadar Allah kau kena terima and refresh balik apa yang kau buat kat orang. aku tak pernah mengata dan amik tahu pasal sesiapa pun semenjak semua kes dah terbukti mulut siapa yang kaki menyampai dan siapa yang friends for benefits. aku tak pernah tumpang kereta orang, duduk bilik orang sampai bawak semua kaum kerabat. aku tak pernah cerita pun aku sakit macam mana dan kalau aku sakit pun bukan ada orang nak tolong ke apa. sebab zaman ni hidup dah nafsu nafsi. kalau kau mati memang mati keringlah kau kat situ. kau ingat ada orang nak ambil peduli kat kau ? tu definasi kehidupan untuk orang yang hati busuk macam adalah hamba Allah.

Sepanjang aku sem 3 dan 2 ni kehidupan yang mana aku kecilkan cycle persahabatan aku lagi tidak banyak conflict dari kau besarkan cycle kau. hahaaha.ingat aku hasut orang ke untuk datang nak kawan dengan aku ? ingat aku hasut orang ke nak tak payah kawan orang tu dan orang ini? pernah tak kau fikir kenapa orang lain lari dari kau dan datang jumpa aku mintak maaf atas perbuatan kau ? ya ALLAH SERIOUS AKU TAK SANGKA. wujud lagi manusia macam ni. nak buruk-burukkan orang tapi t shirt aku tak pulang lagi. oh ya yang lagi sorang tu jangan lupa penah ugut aku. "jangan sampai satu U kenal siapa u?" tak perasan ke orang yang cerita keburukkan orang ni sebenarnya yang tunjukkan kebodohan diri sendiri. Kau ingat orang bodoh macam kau nak menilai siapa yang baik dan siapa yang jahat. oh ha lagi sorang manusia ni kalau ada rasa hutang aku masih belum terlunas dari kau silalah buat tuntuan sebab aku memang dah malas nk hold bill bodoh ni. aku hold sebab nak tengok kau boleh facing tak this problem face to face and professional way. Jangan ingat aku hold duit kau aku makan pulak duit kau tu..

Tapi untuk tak nak lebarkan cerita bodoh ni aku memang dah positivekan diri aku selama mungkin sampailah ada hamba ALLAH yang tak pernah kenal aku cakap and tanya aku itu ini dan pelbagai. haha lawak. nak hasut orang. kesian takde life. patutlah family pun berpecah belah. yang sorang dah kecewa dengan lelaki rempit mana tah sanggup nak couple dengan perempuan. oh ya kalau dah takde duit tu, kau pakai apa pun orang tak pandang pun. baju, topi and kasut beli bundle tapi dalam poket nak makan pun takde. fashionable sangatkan. ok ok sis memang tak nak cakap pasal korg dah tapi sebab korang ni ha suka jaja cerita orang. hahaha sedarlah sikit. nk gerak mana-mana pun dulu suka nak tumpang kereta aku. lepas tu suka jadi jarum dalam friendship orang. hahahaha lawaknya.



tolonglah buat kehidupan sendiri. kalau dah family punah ranah silalah bahagiakan orang disekeliling kauorang. bukan nak cakap semua broken family ni didik anak tak betul tapi ada sesetengah tu. aku ada je close friend broken family tapi dia tak tunjuk pun perangai broken family tu. kalau busuk hati tu tolong lah simpan sikit buat-buat bertaubat sebab takut satu hari nanti memakan diri. sedap mengata aku dekat orang lain. tapi kesian orang lain yang dtg mintak maaf kat aku sebab dengar cerita macam-macam dari kau orang. tapi apa pun well done sebab tambahkan pahala aku.