Saturday, August 20, 2016

DAY 1 #100daysprojectofhappiness #Amieraleejourney

Hi uols!

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya macam dah lama dah nak realisasikan impian nak kurus ni. Tapi tulah tak berjaya-jaya langsung. Selalu pakai redah je kalau nak diet lepas tu tak tahu apa nak makan and apa yang mendatangkan tenaga untuk aktiviti harian kita. Aku ni takdelah pandai sangat bab-bab nak bagi tips ke apa sebab sekarang pun tengah working on for this project fat to fit. i need to challenge myself untuk terus berusaha and of course lepas ni no one cant said weyh"lemak mengelebeh, banyak ke apa ke" Kalau aku dah kurus kau kutuk aku jugak memang nak kena pelempang. hahahahha

Sebenarnya aku bukanlah nak kurus sebab nak dapatkan attention dari orang lain. Tapi aku just nak fit kan badan aku untuk jadi perhhhh boleh naik tangga tanpa rasa mengah and bernafas macam lembu dan of course keje aku nanti bakal kena berlari dan bersenam. hahah dapat desk sport mampus kau nak berlari nak kejar orang nak interview. lol *angan-angan*


untuk first day ni aku nak flash kan semua toxic di dalam badan aku so aku banyakkan minum air. Botol yang aku sedang gunakan ni hanya 800ml so aku akan make sure yang aku kena refill botol tu 4x sehari sebab nak cukupkan 3liter air. plain water okay bukan teh o ais atau teh o. first day memang tak prepare pape aku tak makan pun hanya minum air and aku amik air teh o ais pagi tu sebab nk lah ada jugak gula dalam badan kang takde gula shaking plak. dah la tak makan. so aku tahu diet aku ni memang sangat tak sihat untuk permulaan. Disebabkan aku keje sabtu ahad aku takde masa nk g market, so 2nd day i will try to find a good menu for my eat clean diet !




No comments:

Post a Comment