Thursday, August 18, 2016

FRIENDZONE

f.r.i.e.n.d.z.o.n.e

Macam senang nak sebut and nak buat tapi bapak susah. Well when u have try it so many times. Kau akan rasa mcm weyh apa kata friendzone benda paling best kau nak rasa and buat. well have been exprience since kena sedar diri yang diri aku ni tak cantik mana pun nak pilih lelaki yang baik soleh, and etc. huh.. 

Untuk cari yang sempurna bukan senang dan untuk cari yang tak sempurna memang berlambak dan berlambak jugak yang acah-acah sempurna nak perempuan yang alim ulamak tapi perangai ya Allah tuhan sahaja yang tahu. Bila friendzone ni wujud kau akan rasa macam satu kepuasan yang takkan kau rasa dalam relationship bercinta. seriously wey ! aku bercakap secara serious ni. hahah tapi apa pun jadi yang sakitnya bila kau kena friendzone kan orang yang kau suka. kalau tanya aku. Ramai je aku suka dan duk berkenan ni tapi masalahnya memang kau kena pilih 1 jelah yang nak share hidup dengan kau semua. hahah Kalau lah perempuan boleh kahwin 4 kan senang? tak payah lah nak cakap eh kau ni layak ke nak fikir pasal jodoh degree pun belum habis lagi. HAHAHAH cliche sangat ayat. time aku diploma dulu ada la hamba Allah ni siap pesan "nanti lepas awak habis diploma kita insyallah kalau ada jodoh adalah, kalau takde nak buat macam mana kan ? " aku dah mcm haha. ok ni lawak. 

Sebenarnya banyak kebaikkan friendzone ni tapi keburukkan nya memang sangat banyak. yang tak tahan bila kau kena pendam perasaan sayang kau kat orang tu. Ingat senang ke nak pendam benda ni semua tanpa rasa sedih and teman dengan air mata? well itu bodoh kalau perempuan duk menangis benda-benda macam ni. memang lah sebagai seorang perempuan tu hati mana tak tak terguris kalau kena friendzone kan macam tu je? hati mana yang tak rasa terpinggir dah bila kau kena pinggir sebagai kawan je. lol. tapi buat apa nak menangis benda-benda yang kau boleh cari and of course u can find better than him. Kalau nak cakap pasal kawan lelaki ni . aduh aku memang lagi selesa nak kawan dengan kawan lelaki ni. sebab dia simple as u can know and see. Tak mengumpat belakang paling mudah nak kawan and senang lah. bayangkanlah wey, kalau kawan perempuan benda-benda mengutuk ni memang dah menjadi perkara biasa and of course dah jadi macam bahan makanan diaorang. Aku fed up betul nak kawan dengan member-member perempuan ni. lol. 

Tapi bila dah kawan dengan member laki. aduh ada pulak perasaan yang kadang wujud tanpa sengaja walapun kau dah paksa hati kau untuk cakap "weyh tak payah sebab dia ni tak sesuai ngan kau and bla bla bla" hmmmmmmm................ bodoh kadang aku rasa bila wujud perasaan mcam ni tapi nak buat macam mana. kena hadap jugak lah kalau kau rasa friendzone ni lagi better dari nak bercinta bagai-bagai. Aku ni pulak memang susah sangat nak suka orang secara tak sengaja sebabnya aku memang dah biasa da kawan lelaki and surrounding aku memang dah biasa dengan budak lelaki. dalam family pun memang aku rapat dengan abang-abang aku. lately je sejak aku dah besar and try nak jadi perempuan melayu terakhir ni aku mula rapatkan diri aku dengan kakak and mak aku. hahahaha lawakkan . tapi nak buat macam mana memag fizikal and mental aku memang kasar macam ni . 

Kalau nak cakap pasal pilihan memang lah banyak tapi masalahnya pilihan yang banyak tu belum tentu nak pilih aku. Like seriously nik amirah kau pehal perasan sangat nak mati ni ?! hmmmmmm.. aku ni malas nak fikir benda-benda macam ni sebenarnya tapi nak buat macam hati aku suruh type jugak and luahkan apa yang aku rasa ni kat blog. kalau tak aku meroyan tak tentu pasal . hahaha kalau nak cerita kat kawan aku . bukan dia faham pun apa yang aku rasa. kena hina lagi lah. nanti mesti keluar ayat ayat "eh kau ni reti pulak nak rasa kasih sayang, aku tengok kau ni dah macam jantan" lol ni ayat memang menguris hati yang paling dalam bagi aku.  



akhir kata friendzone memang lah best tapi ada sakit dia yang memang aku tahu ramai orang takkan boleh nak tanggung. so aku amik keputusan untuk friendzone ni sebab nak ajar diri aku untuk tidak terlalu berharap dengan manusia disekeliling aku. Biar lah orang nak cakap aku ni angkuh ke apa asalkan aku tahu yang semua benda ni ada kebaikkan di kemudian hari. 



bye 

Assalamualaikum .. 

No comments:

Post a Comment