Tuesday, August 30, 2016

PAKSA

Aku ni memang suka paksa diri aku untuk bertahan demi kepentingan orang lain. Tak kisahlah macam mana susah pun aku memang akan paksa diri aku untuk bersabar dengan manusia sekeliling aku. Kadang memang penat tapi kalau nak diikutkan hati buat apa nak fikir hal remeh temeh untuk benda yang memang kadang memang tak bermanfaat kat aku. Aku memang dah kurang sabar dengan semua benda ni Kadang memang aku putus asa pun nak hadap semua benda ni. Tapi disebabkan maksud PAKSA itu terlalu mendalam untuk aku, jadi aku Paksa diri aku untuk terima maksud yang mungkin akan jadi satu benda wajib yang akan aku buat dalam kehidupan aku.

Nak berjaya kena Paksa diri berjaya. Nak itu ini memang kau kena paksa diri kau untuk terus buat hingga kau dapat apa yang kau nak. Aku paksa dan pendam perasaan aku ni sampai dah berbekas nanah sebakul. Biar semua lihat macam mana paksa aku untuk diri aku. Aku paksa jangan air mata aku gugur depan manusia yang bakal anggap aku lemah satu hari nanti. Aku paksa diri aku untuk jadi kuat walaupun aku tahu yang aku memang sangat lemah untuk paksa diri aku untuk jadi kuat.

Kadang-kadang aku selalu tanya dalam diri aku, Kenapa aku wujud perkataan paksa itu buat semua orang terluka kerana dipaksa, terpaksa dan mungkin memaksa. Paksa hati dan perasan kau untuk tahan sabar dengan manusia yang mungkin kau sayang itu lagi memaksa kau untuk lebih lepaskan apa yang kau tahu yang kau takkan dapat dan perolehi. Terimalah realiti bahawa kehidupan kita memang kena memaksa dan memang akan terpaksa dengan semua benda. Dan setiap apa yang terjadi memang dah tertulis, Tanggungjawab kita sebagai manusia sahaja yang perlu terima semua benda ni dengan hati yang redha dan berlapang dada.



sekian

No comments:

Post a Comment