Monday, August 29, 2016

susah

dear dairy

Kalau bermain pasal bab hati dan perasan ni memang aku diantara yang malas nak amik port sebabnya semua benda ni aku rasa macam perlu ke nak kena amik tahu dan yang pasti perlu ke nak kena ikut campur. Dalam perjalanan hidup kita ni pun banyak benda yang perlu dan kena fikir. Kalau tanya aku memang susah nak hadap benda-benda macam ni. Tapi kau ingat semua orang nak ke rasa kecewa? nak ke rasa sedih ? nak ke rasa lonely ? Gilalah siapa yang nak. Tapi kena ingat semua benda ni aku percaya dan kita semua kena terima yang Setiap perjalanan hidup kita ni memang Allah dah tulis dari A-Z.

Bab perasan ni memang tak boleh nak paksa. Tapi apa yang aku boleh buat doa jelah. Berserah yang sebaik-baik perancang adalah Allah azza wa jala. Kenapa nak kena rasa susah kalau perasan ini datang sebab ini semua nikmat Allah yang Allah hanya pilih untuk certain orang sahaja. Kalau tanya aku memang aku lagi selesa dengan friendzone sekarang sebab aku boleh berkawan dengan sesiapa je yang aku nak. Tapi bukanlah maknanya aku boleh sesuka hati nak keluar dengan lelaki itu ini. Kita berkawan biar ada batas and of courselah ada gap.

Aku pernah ada history ter falling in love dengan kawan baik sendiri. Tu memang sakitlah sebab kau suka kawan baik kau and of course kawan baik kau tak suka kau macam dia suka crush dia. Memang takkan dan takkan terjadi. Kalau terjadi tu pun memang sebab nasib baik and memang dah jodoh diaorang. Kalau nak tanya perasan aku sekarang aku jadi takut dan bercampur dengan perasan. entah rasa dan macam-macam aku fikir sebab dalam hidup ni kita tak boleh nak beriya dan percaya yg sesuatu tu akan jadi milik kita. of courselah aku sedar diri dengan siapa aku suka dan dengan siapa yang aku sayang. Bagi aku buat masa ni istilah kawan tu memang lagi sesuai digunakan disebab masing-masing memang ada commitment sendiri. Tak kesahlah dari pihak aku ataupun pihak dia. Aku akan undur bila masa memang tak sesuai. Bukan sekali dua rasa macam ni, Dah banyak kali. Tapi aku ni kuat sebab aku banyak kali pujuk hati aku untuk terus sabar and of course anggap je benda ni semua akan buat kau rasa tergelak and of course u will feel stupid when u remember all this things!


Tapi sampai bila je kau boleh pujuk hati kau. dan sampai bila kau boleh rasa yang kehidupan seorang tu lagi bahagia tanpa hati kau tu terisi dengan manusia asing yang titiba kau kena sayang dia sepenuh hati kau. Dan sampai bila semua benda ni kena jadi? Memang susah nak pikul semua benda yang berkaitan dengan emosi dan perasan tapi apa guna ada Kalam-kalam Allah yang sentiasa ada jawapan untuk setiap apa yang berlaku....Sabar jelah wahai hati sebab kau sendiri yang akan tentu kan samada kau nak keep sedih mahupun hanya terus gembira.


the end.

Dalam hidup aku, aku tak pernah rasa susah untuk semua benda tapi bab hati dan perasan memang susah kita nak faham dan susah untuk dipaksa. Tapi aku tetap akan terus faham.

No comments:

Post a Comment