Thursday, October 27, 2016

Kenapa aku masih stuck dekat sini?

Dear Dairy

Bila kau lebih terlalu memilih untuk jadi baik dengan semua manusia walaupun dia buat kau macam sampah. Ending dia kau sendiri yang sakit. Hidup ni kalau kau rasa adil memang dia akan adil tapi kalau kau rasa tak adil sampai ke sudah dia takkan rasa adil. Aku Lebih memilih untuk percaya setiap manusia ada masa dan ada ketika hati dia akan terbukak untuk lakukan kebaikkan yang kau sendiri takkan faham kenapa dia memilih untuk jadi macam tu. Banyak benda yang buat aku bukak mata saat ini. Saat di mana aku perlu filter manusia-manusia yang layak hidup dalam hidup aku dan manusia-manusia yang kena buang terus dan jangan hidup langsung dalam hidup aku.

Aku percaya keajaiban Tuhan. Mana mungkin kau boleh ragu dengan ketentuan Tuhan Mu? Hati manusia ni berbolak balik cuma kadang kita lebih memilih untuk ikut nafsu daripada hati. Bila dah buat hati sakit lepas tu mulalah jadi tak tentu arah nak ke kiri dan ke kanan pun rasa macam tak menentu. Kalau kau tanya aku kenapa aku memilih untuk percaya setiap orang akan berubah, sebab aku sendiri pernah lalui fasa-fasa ini. Sabar jelah sebab ketentuan akhirnya dan kunci kebahagian adalah sabar. Sabar dengan semua benda di sekeliling kau. Aku tak cakap aku ni 100% betul dan kadang manusia akan lakukan kesilapan sebab nak tengok dan nak uji macam mana benda tu berakhir. Bahasa aku mungkin tersirat tapi percayalah soal hati ni mana boleh nak tersirat-tersirat. Aku kadang malas nak layan nak hadap tapi kau kena tahu kenapa aku sanggup tunggu walaupun aku sendiri sakit nak hadapi semua benda ni.

Masalah yang takkan pernah habis dengan diri sendiri. Punca masalah sebenarnya daripada kita sendiri. kalau kau pilih untuk tunggu dan melayan perasaan yang kau sendiri tahu semua benda ni sia-sia, you got the answer tapi kalau kau lebih memilih untuk rasa dihargai dengan manusia yang bangga berada disisi kau itu bukan keputusan yang tepat. Cuma aku rasa, aku terlalu terburu-buru nak memilih teman kehidupan sampai tutup semua pintu hati untuk manusia-manusia yang aku rasa dia lagi baik dari apa yang aku dampingi ini. Tapi aku percaya manusia tu akan berubah dan berubah. Tapi cuma aku tak janji berapa lama aku bole bersabar dengan semua benda ni. Kadang kita lepas semua yang kita sayang bukan sebab kita tak sayang. Tapi sebab kita terlalu sayang. aku hadam, aku telan je semua benda kata-kata dia. sebab aku rasa Hati manusia kejap je kalau Allah nak bolak balikkan dia. Tapi aku cuma tak mampu untuk bertahan sekarang dengan lalui jalan yang aku sendiri rasa perit durinya.


Doakan aku tetap sabar sebab sabar itu penguat orang-orang beriman...  





Tuesday, October 18, 2016

Perlu ke?

Dalam hidup ni ada benda yang kita akan fikir kita selalu betul dan ada benda yang kau sendiri rasa yang kau banyak sangat salah. Kehidupan mana pernah lari dengan kesilapan. Aku rasa banyak benda yang aku tak nampak lagi. Manusia yang tak pernah faham kenapa kehidupan macam ini dan macam itu.

Aku tak harap banyak pun, aku harap orang yang ada dengan aku selalu faham dan jujur dengan aku. Manusia mana sempurna sebab tu Allah ada untuk tenangkan hati yang kadang kau sendiri tak tahu kenapa kau rasa mcam tu. Dalam kehidupan ni aku banyak sabar dengan entah mana manusia yang datang dari mana. Hancurkan kepercayaan aku dan keyakinan aku untuk lepasi kehidupan ni. PENAT that one words yang aku sendiri boleh keluar dari mulut aku sebab aku dah terlalu penat.

Aku cuba kadang untuk jadi yang terbaik untuk manusia-manusia yang aku rasa dia penting dalam hidup aku. Tapi kau ingat diaorang pernah hargai ke apa yang aku buat ? jalan hidup kita berbeza, aku hidup penuh dengan kebencian dengan orang lain, aku hidup dengan penuh air mata yang tak pernah berhenti penat nak teman siang malam aku. Aku hidup dengan jalan yang tak pernah ada manusia yang nak tunggu dan pimpin tangan bersama.

PENAT bila kau selalu kena dan penat bila kau dah selalu rasa benda yang sama. kadang bukan aku menjauh sebab aku benci tapi disebabkan aku terlalu sayang. kenapa ramai manusia suka seksa perasaan aku dengan benda-benda macam ni..........

takpelah aku dah maafkan dah semua manusia-manusia ni cuma kenangan kita yang kita bina mana pernah hilang. Hidup kena sentiasa move on dan kalau takde yang sudi kena terima dan jalan tanpa toleh kebelakang..

go girl u can do it !


panjang lagi perjalanan. dan kalau perjalanan aku dah terhenti maka janganlah kalian rindu aku. sebab aku tiada apa-apa kebaikkan yang aku pernah buat dalam kehidupan dan diri kalian. sesungguh aku ni sentiasa akan di lihat kebawah.






the end

Saturday, October 8, 2016

Kenapa perlu jadi pengecut

Dalam hidup kita boleh di katakan 91 orang daripada 100 org tu adalah pengecut dan takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka lebih memilih untuk tidak merasai pengalaman dan lebih memilih untuk jadi dan rasa takut. Aku pun tak faham. Accident baru-baru ni memang lagi melemah aku bila mana orang yang nak jatuhkan kau sendiri yang pengecut. Kenapa nak kena drag semua orang untuk benci aku? oh lupa aku baru teringat kau pernah cakap yang kau akan malukan aku satu U. It ok. Allah tu ada je dengan manusia-manusia yang teraniaya dan Ingat wey doa-doa orang yang teraniaya ni makbul sangat. Pelik bila ajak berbincang ada je mengelak tapi bila belakang-belakang sibuk nak menghina. Kenapa ?

Class yang aku takkan lupa bila masa sesi ice breaking kau boleh skip sampai 2 orang. Yang lawaknya geng-geng dia boleh nak guna ayat sarcastic padahal kau tak pernah tau aku siapa dan apa masalah aku antara dengan dia. So, Sila dont ever involve benda ni semua and aku nak tengok jauh mana kau nak burukkan. Sebab manusia yang cerdik dia akan sentiasa fikir "kau duk sibuk burukkan orang and hebahkan kejahatan orang, yang tukang sebar tu memang terang-terang syaitan" Sabar ada batas walaupun dalam islam sabar tu memang takde limit. Tapi manusia biasa kau melatah sikit pun mana boleh sabar. Apa pun goodluck sebab berani dikalangan manusia-manusia yang kau rasa dah bagus. Tapi ingat orang lain diam bukan sebab tak berani tapi sebab cara pemikiran kita tak sama level kalau nak di compare kan dengan apa yang kau orang cuba buat. Budak-budak kurang cerdik je yang sanggup nak hebahkan aib orang dan orang yang cerdik pandai takkan hebahkan satu atau sikit pun aib orang lain sebab dia tahu erti buruk baik.

lagi satu level pendidikan masing-masing dah cukup nk tunjuk siapa matang dan siapa tak. Selamat maju jaya di masa akan datang. Buat-buatlah baiki pointer dari sibuk jaja cerita orang. Kalau dulu grad diploma tak dpat first class dip cuba-cubalah buat degree ni dapat first class degree. Buat mak ayah bangga sikit. tak pun at least dapat free ptptn pun dah bagus dah.



"STUPID PEOPLE ARGUE, INTELLINGENT DEBATE"



Image result for STUPID PEOPLE ARGUE INTELLIGENT PEOPLE DEBATE