Thursday, October 27, 2016

Kenapa aku masih stuck dekat sini?

Dear Dairy

Bila kau lebih terlalu memilih untuk jadi baik dengan semua manusia walaupun dia buat kau macam sampah. Ending dia kau sendiri yang sakit. Hidup ni kalau kau rasa adil memang dia akan adil tapi kalau kau rasa tak adil sampai ke sudah dia takkan rasa adil. Aku Lebih memilih untuk percaya setiap manusia ada masa dan ada ketika hati dia akan terbukak untuk lakukan kebaikkan yang kau sendiri takkan faham kenapa dia memilih untuk jadi macam tu. Banyak benda yang buat aku bukak mata saat ini. Saat di mana aku perlu filter manusia-manusia yang layak hidup dalam hidup aku dan manusia-manusia yang kena buang terus dan jangan hidup langsung dalam hidup aku.

Aku percaya keajaiban Tuhan. Mana mungkin kau boleh ragu dengan ketentuan Tuhan Mu? Hati manusia ni berbolak balik cuma kadang kita lebih memilih untuk ikut nafsu daripada hati. Bila dah buat hati sakit lepas tu mulalah jadi tak tentu arah nak ke kiri dan ke kanan pun rasa macam tak menentu. Kalau kau tanya aku kenapa aku memilih untuk percaya setiap orang akan berubah, sebab aku sendiri pernah lalui fasa-fasa ini. Sabar jelah sebab ketentuan akhirnya dan kunci kebahagian adalah sabar. Sabar dengan semua benda di sekeliling kau. Aku tak cakap aku ni 100% betul dan kadang manusia akan lakukan kesilapan sebab nak tengok dan nak uji macam mana benda tu berakhir. Bahasa aku mungkin tersirat tapi percayalah soal hati ni mana boleh nak tersirat-tersirat. Aku kadang malas nak layan nak hadap tapi kau kena tahu kenapa aku sanggup tunggu walaupun aku sendiri sakit nak hadapi semua benda ni.

Masalah yang takkan pernah habis dengan diri sendiri. Punca masalah sebenarnya daripada kita sendiri. kalau kau pilih untuk tunggu dan melayan perasaan yang kau sendiri tahu semua benda ni sia-sia, you got the answer tapi kalau kau lebih memilih untuk rasa dihargai dengan manusia yang bangga berada disisi kau itu bukan keputusan yang tepat. Cuma aku rasa, aku terlalu terburu-buru nak memilih teman kehidupan sampai tutup semua pintu hati untuk manusia-manusia yang aku rasa dia lagi baik dari apa yang aku dampingi ini. Tapi aku percaya manusia tu akan berubah dan berubah. Tapi cuma aku tak janji berapa lama aku bole bersabar dengan semua benda ni. Kadang kita lepas semua yang kita sayang bukan sebab kita tak sayang. Tapi sebab kita terlalu sayang. aku hadam, aku telan je semua benda kata-kata dia. sebab aku rasa Hati manusia kejap je kalau Allah nak bolak balikkan dia. Tapi aku cuma tak mampu untuk bertahan sekarang dengan lalui jalan yang aku sendiri rasa perit durinya.


Doakan aku tetap sabar sebab sabar itu penguat orang-orang beriman...  





No comments:

Post a Comment