Tuesday, October 18, 2016

Perlu ke?

Dalam hidup ni ada benda yang kita akan fikir kita selalu betul dan ada benda yang kau sendiri rasa yang kau banyak sangat salah. Kehidupan mana pernah lari dengan kesilapan. Aku rasa banyak benda yang aku tak nampak lagi. Manusia yang tak pernah faham kenapa kehidupan macam ini dan macam itu.

Aku tak harap banyak pun, aku harap orang yang ada dengan aku selalu faham dan jujur dengan aku. Manusia mana sempurna sebab tu Allah ada untuk tenangkan hati yang kadang kau sendiri tak tahu kenapa kau rasa mcam tu. Dalam kehidupan ni aku banyak sabar dengan entah mana manusia yang datang dari mana. Hancurkan kepercayaan aku dan keyakinan aku untuk lepasi kehidupan ni. PENAT that one words yang aku sendiri boleh keluar dari mulut aku sebab aku dah terlalu penat.

Aku cuba kadang untuk jadi yang terbaik untuk manusia-manusia yang aku rasa dia penting dalam hidup aku. Tapi kau ingat diaorang pernah hargai ke apa yang aku buat ? jalan hidup kita berbeza, aku hidup penuh dengan kebencian dengan orang lain, aku hidup dengan penuh air mata yang tak pernah berhenti penat nak teman siang malam aku. Aku hidup dengan jalan yang tak pernah ada manusia yang nak tunggu dan pimpin tangan bersama.

PENAT bila kau selalu kena dan penat bila kau dah selalu rasa benda yang sama. kadang bukan aku menjauh sebab aku benci tapi disebabkan aku terlalu sayang. kenapa ramai manusia suka seksa perasaan aku dengan benda-benda macam ni..........

takpelah aku dah maafkan dah semua manusia-manusia ni cuma kenangan kita yang kita bina mana pernah hilang. Hidup kena sentiasa move on dan kalau takde yang sudi kena terima dan jalan tanpa toleh kebelakang..

go girl u can do it !


panjang lagi perjalanan. dan kalau perjalanan aku dah terhenti maka janganlah kalian rindu aku. sebab aku tiada apa-apa kebaikkan yang aku pernah buat dalam kehidupan dan diri kalian. sesungguh aku ni sentiasa akan di lihat kebawah.






the end

No comments:

Post a Comment