Sunday, December 18, 2016

Cuba

Dear dairy

Cuba untuk jadi yg terpenting dalam hidup manusia akan rasa lagi sakit bila kau kena ignore walaupun kau dah buat macam macam. Bagi aku bukan kebaikkan yg aku nak org terima aku seadanya tapi bila kau boleh terima seseorg dgn keburukkan dia. Tak kisahlah dia jenis bukan jaga time management ke apa tapi dia tetap jadi keutamaan kau walaupun banyak benda yg dia buat kau salah.

When life goes wrong when u meet wrong people. Kau akan rasa kau nk betulkan semua tapi aku tahu tahap aku kat mana. Memang tak mampu. Tapi aku cuba jadi yg terbaik untuk seseorg walaupun kau rasa aku takde pape. Bila bermain dgn hati dan perasan kau akan rasa lebih terseksa dan buat kau rasa down. Iya down sangat sampai kau dah tak kesah apa dia nak buat asal kan kau happy dan bole terima dia. Ramai dah jadi mcm tak kesah dengan benda remeh temeh ni tapi kenapa aku masih kesah? Kesah sebab bila hati kau cakap dah sayang. Tapi kau ingt dia kesah? Tak pun.

Sebab aku masih percaya disebalik kesabaran tu ada balasan yang kau takkan percaya Allah nak kasi. Kadang-kadang bila kita rasa dia dah macam boleh cope dengan life kita dialah yang Allah dtgkan untuk jadikan kau pengajaran tapi yes dia tu datang hanya singgah dan bagi kau lesson dan blah. Blah dari hidup kau sebab dtg hanya sekadar menyinggah. Aku bukan tahap dah penat. Tapi dah tahap rasa macam well i think i need to think about me and myself. Dan bila aku tengok ada rakan-rakan yang lebih memilih untuk jadi berjaya dari memilih kehidupan bercinta ni aku rasa macam diaorg kuat gila. Yes kuat la wey sebab boleh bertahan bila mana bermainan dengan perasaan.

Tapi nilah hidup kau kena bermain dengan situasi dan perasaan kau sendiri. Macam mana kau kerja keras nak jadi no 1 untuk seseorang tu tapi kalau dia tetap memilih untuk jadikan kau bukan org terpenting dalam hidup dia. Dia tetap akan rasa, tak perlu pun dan tak payah amik kisah. Jadi manusia yg kena ignore dalam setiap sudut dan sisi ni benda paling shit aku penah rasa. Tapi aku tetap memilih untuk stay dan sabar. Sabar dgn semua benda. Layan masalah org dengan tenang tanpa luahkan kat sesiapa pun masalah aku. Orang akan kenal aku happy dan sentiasa gembira tapi diaorang tak pernah tahu macam mana aku lalui and handle apa yang aku rasa dan bermain dalam kepala otak aku.

Jangan jadi macam aku bila da stuck aku dah malas nak patah balik walaupun aku tahu aku ada jalan untuk memilih untuk patah balik tapi aku ambil keputusan untuk stay dan sabar. Tapi kalau rupa paras yang kau pilih yes i am not the right one tapi kesabaran ikhlas and yg sanggup stay susah senang maybe yes i may be the one for u.

Luah perasan kali ke 2. Maybe takkan ada dah lepas ni kalau aku dah mula rasa macam sampah dan disampahkan.


Sekian

No comments:

Post a Comment