Thursday, June 22, 2017

Kurma Goreng

Masak lala resepi nik amirah

Udang Masak Lemak cili padi !

Siakap Stim Ala Thailand!

Bahan-Bahanya ialah

1. Bawang Putih (Kalau banyak lagi sedap)
2. Serai
3. Sos Ikan
4. Jus Limau
5. Daun Ketumbar
6. Cili Padi
7. Gula
8. Ikan siakap

cara-cara untuk memasak:

1. Rebus Ikan bersama air dan serai sehingga masak.

2. Potong kecil-kecil bawang putih gaulkan bersama gula, sos ikan, cili padi, daun ketumbar dan perahan jus limau.

3. Masukkan kedalam rebusan ikan dan biar seketika.


yeay!

Kuah Kacang style Johor + Nasi Impit!

Dear Dairy!

Dah nak raya ni macam-macam benda nak kena prepare. Kalau tahun lepas aku dengan kak tiah yang berhempas pulas dekat dapur sebab time tu mak sakit teruk sampai tak boleh nak bangun. So, macam biasa lah buat nasi dagang, ketupat sotong and sambil kacang dengan nasi impit. Disebabkan ayah aku memang asal terengganu (Besut) so menu utama rumah kitaorang memang nasi dagang and ketupat sotong. Memang tak boleh larilah menu ni dan tak pernah tak ada.

Hari ni tiba-tiba terasa macam nak makan kuah kacang dengan nasi impit. Yang paling penting sanggup siot aku ke NSK selayang sampai dekat 1.30 am aku dekat sana sebab nak beli barang-barang nak buat kuah kacang and nasi impit ni. Aku bukan selalu pun masak kuah kacang ni, so disebabkan teringin sangat kena recall balik cara macam mana nak masak kuah kacang ni.


Kuah kacang resepi cik pidah (Mak aku punya style)

Bahan-bahanya ialah:

1. Kacang Tanah (Goreng/sangai tapi jangan sampai hangus pulak)

2. Nasi Impit cap adabi ke atau apa-apa brand pun takpe asalkan dia nasi impit!

3. Serai

4. Cili kering (diblender)

5. Sedikit belacan

6. Bawang merah/bawang putih (Diblender)

7. Asam Keping

8. Gula Melaka


Cara-cara memasak ialah:

1. Masak nasi impit selamat 90 min

2. Goreng kacang tanah sehingga garing (aku malas nak guna teknik sangai sebab lambat, so goreng jelah)

3. Tumis Bawang merah/Bawang putih yang telah diblender bersama cili kering juga yang telah diblender sehingga naik minyak.

4. Masukkan garam secukup rasa dan belacan. Tumis kuah anda sehingga pecah/naik minyak.

5. Masukkan kacang yang telah ditumbuk/blender

6. Masukkan 2,3 cawan air supaya kuah kita tidak terlalu pekat iye tuan puan. (aku suka buh banyak sebab makin kacang tu kembang, makin sedap nak makan!)

7. Masukkan sedikit gula melaka dan serai yang telah diketuk dan kacau sehingga sebati.

8. Akhir sekali sebelum kita nak tutup api masukkan asam keping. (dalam resepi ni aku guna sekeping je asam keping sebab tak nak rasa dia masam sangat)

9. Siap dan sedia dimakan bersama nasi impit!


kacang tanah yang belum di goreng

goreng dengan kadar api yang sederhana besar sebab kacang ni sesama dia pun mudah sangat hangus!

Sementara buat kuah kacang, masaklah nasi impit

sebab takde lesung batu dekat rumah ni so, pakai jelah blander. tapi blender kejap je jgn bagi halus sangat

Bawang putih/merah yang telah di blender

Cili kering ni kena blender dlu!

kuah kacang aku tak berapa merah sangat sebab kacang tu ada yang terhalus sangat blender. !






Kakak ku Balik kampung

dear dairy,

Alhamdulillah selamat sampai orang jauh. Memang jauh jugak agaknya. So, hari tu aku ada merepek dekat twitter pasal opinion aku kes Kerajaan Arab Saudi putuskan Hubungan diplomatik dengan Qatar negara yang senang senang je kena tindas dengan negara-negara besar. konklusinya apa yang aku dapat simpulkan agar benda ni semua menjadi sebuah penceritaan yang aku rasa nak marah jugaklah sebab negara sesama islam sendiri tak nak tolong and hina sesama islam. Tak lain dan tak bukan pergelutan ini memang berpunca daripada isu minyak dan bahan gas asli. Dari apa yang dapat dilihat dimata kasar kita sendiri pun, selepas donald trump buat lawatan ke saudi hari tu terus ada nya pergaduhan antara saudi dan qatar. kesian negara yang sekecil ini di tindas atas sebab dan kerana, menjalinkan hubungan baik dengan iran dan iraq. Kalau korang nak tahu kedua-dua negara ni memang kaya dengan hasil bumi minyak dan gas asli. (Aku rasa semua orang tahu pasal benda ni, so tak payah cerita panjang, jangan jadi malas! Sila google and research sendiri!)

Kakak aku duduk dan menetap di saudi dekat al khobar (damam) kesian jugaklah diaorang sebab selalu dah naik qatar airline tapi titiba jadi kes macam ni saudi putuskan semua talian udara, darat mahupun apa pun laman social memang tak boleh nak access. kesian wey sebab kena return ticket last min dan sangat tak berhati perut jugaklah kerajaan saudi ni sebab dia buat hidup orang kucar kacir.

Perjalanan mengambil masa 7 ke 8 jam tak silap aku sebab time aku pergi dubai dulu tak payah transit flight pun and flight direct kl-dxb mengambil masa 7 jam. memang rasa tak best sangat sebab kena duduk dalam flight selama 7 jam tu lah aku tido makan and tido makan and tgk dah nak dekat 4 movie. hahahahaa ni aku pun tak faham macam mana akak aku boleh redah nak balik tiap-tiap tahun naik flight dengan kena transit flight bagai. haih lah. "Bertabahlah demi nak jumpa sanak saudara"

Dah sampai dah orang jauh. 

Berjalan sambil terkejut tengok banner ! 

Dia ni terlebih excited !

Nikobe's family!

welcome back!

5 am tak tido sebab nak buat banner katanya!





moral of this story: mana nak dapat adik beradik yang sanggup nak amik dan hantar kau ke airport dengan perasaan sayang dan of course dengan rasa macam ya Allah excitednya kakak aku balik! 



Insyallah raya blog will update soon 


love 

Nik amirah 

Friday, June 16, 2017

Sorry not just only a word

Lately i have been distrubed by someone who i really dont know where she come from and siapa dia. Tapi i manage to find out how to train myself tunduk bila kena hina or whatever. Like seriously bila kita assume people punya life mcm itu ini kenapa kita nk marah bila kita kena assume ngan org pasal private life kita?

I have been live by my sister n me just only two of us in one house without my parents. Since my sister lagi sorg menetap and kerja dekat arab saudi. So i and my sister kena taking care rumah diaorg. Almost 2 year dah kami duduk dekat rumah. So bila duduk sendiri dont expect kitaorg duduk ngan parents. Even duduk rumah parent pun mak ayah kitaorg tak pernah halang nk balik malam atau nak keluar malam asal inform and just update ur location. This is because the trust i never broke my parent trust to me. (Penting jaga kepercayaan mak ayah ni)

Kenapa bila u gais assume private life saya, saya tak pernah marah or melenting pun dan kenapa nk drag org dalam masalah ni. Well i know u will read this post. Cukup-cukuplah bukak aib sendiri. Kdg kita tak perasan bila org diam tapi diaorg tu bukan diam bersahaja. At least i have a courtesy nk update blog just wanna say sorry kalau i ter buat u sakit hati. So end of the story please dont break my trust to someone who really i know him inside and out.

Bulan bulan puasa ni tak baik nak gaduh gaduh and maki-maki org. All this things semua ada sebab happen. Kalau betullah buah mulut org cakap si dia ni kuat meroyan. It up to her maybe cara dia luahkan perasaan dia and nk expresskan semua benda yg dia rasa kt org. Well i admit at first i salah but when i know i yg salah kenapa block i? At least give me a chance to reply. I can explain. But it your social media not mine. That your right nk block siapa and siapa.

But i really need to say this. If what i did to you make u burn heart (typical malay words) forgive me. And i dah lama forgive u and dgn apa yg u aibkan even dia and i. Let we moving forward to the better life and please jgn bukak aib org. Jaga aib org mcm kita jaga aib Kita.

The end of the story

From bottom from my heart

I apologize the wrong that i do to u and please dont drag people in this problem.



Love

Nik amirah

Wednesday, June 14, 2017

BAD people full with negative vibe !

Assalamualaikum wbt.

recently i have been condem by this women. i really dont get that what she really need in her life. at least have a courtesy to post and tweet about people. i dont mind if she really need to talk about my private life but please dont till you are slander me with the words yang memang i tak suka nak dengar.

If you really need to know me very closely please come and talk to me with professionally and of course please do some research of me before u open your mouth. but it okay just let it be. saya dah maafkan orang yang memfitnah saya sebab saya sendiri tak kenal asal dan usul dia datang dari mana. nak cakap i stalk your ig. it never been happen okay.. you yang terkenal dengan fake account and stalker people. even your best friends told me. ouh ya ex best friends (Sorry cz i need to mix my languages to malay-english) sebab this girl yang akan baca ni akan terselak-selak cari kamus nak fahamkan maksud setiap ayat yang saya tulis dengan details.

just need to remind yourself.

bad people are talking about others is actually talk bad about themselve. So please stop trying to prove me ya lil girl with the big heart. if you r read this. please learn how to be courtesy toward people surrounding you.

thanks sebab fitnah i
thanks sebab kutuk i
thanks sebab kutuk i kat twitter sebab tak terkesan apa-apa pun. sebab kita tak kenal each other pun
i masuk unisel sebab lambat sebab i ni pernah kerja and i tak pernah culture shock pun macam u.

i maafkan semua semua semua fitnah u kat i sebab i selalu doakan semua orang dalam keadaan baik and always be good in your life <3 p="">

RAMADHAN KAREEM



Assalamualaikum to my lovely readers! It's been a while since my last posted i am not post anything in my blog. Since this is the holy month of Ramadhan i would like to apologise if i doing any wrong and the speak the world that might be hurt your heart and anything. Ramadhan, A great month has come over us. A blessed month, a month in which Allah has made it compulsory upon you to fast by day, and voluntary to pray by night. It is the month of patience and self improvement. it is the month in whoever fasts during Ramadhan out of sincere faith and hoping to attain's Allah rewards, then all his pasts sins will be forgiven. so let us use it wisely, Insyallah. May ALLAH purify our hardened hearts and guide us to stay on the straight path. May this Ramadhan be successful for all of us and provide us with good health and wealth. I pray that Allah SWT accept your fasts, prayers and ibadat. Allahumma Ameen. 

love, 

Nik Amirah 

Tuesday, March 28, 2017

People may leave you for no reason and come for a reason

Dear Dairy,

Manusia tu memang akan senang datang dan pergi dalam hidup kita. kenapa aku cakap macam tu? sebab dah selalu kena. Tapi kadang aku pelik kenapa manusia sampai hati nak sakitkan hati sesama manusia sedangkan kau boleh ubah cara tu dengan lebih baik bukan kau pilih untuk ignore and buang semua benda tu mcm tu je. or it might be my petunjuk supaya terus moving on kehadapan and of course you have to cari lelaki yang lagi better untuk lead kau for future.

kadang-kadang aku nak gelak dengan aku sendiri sebab umur dah 24 masih bergelut dengan perasan sendiri dan sentiasa rasa diri hina gila among of the guys yang pernah datang singgah dalam hidup aku. well said, i never expect all this thing happen. Tapi jadi manusia kena lah redha dengan semua benda yang kau alami tak kira lah kau tu apa pun. Kena tabah nak hadapi semua benda ni. Bukan semua benda menyebelahi kita dan kadang everything happen for a reason ALLAH tahu kenapa dia perlu tarik someone dalam hidup kau kenapa dan sebab apa.

Buat masa sekarang ni ayat aku memang macam nak sedapkan hati but aku sangat berharap yang aku akan terus kuat nak hadap masa-masa akan datang sebab aku memang akan sentiasa ingat apa yang manusia-manusia ni buat kat aku. aku bukan dendam tapi cuma lebih berhati-hati. lelaki ni kau tak boleh nk predict dia macam mana. You dont even know what them think about us. Aku pun tak tahu diaorang nak apa and apa. Kalau berbalik kepada permasalahan memang kita kena apart sebab ada reason kukuh yang membolehkan kita jauh tapi bukan dengan ignore. Kalau dia boleh lempar kata-kata yang menguris hati kau wahai perempuan sedarlah dia tak pernah wujudkan rasa sayang pun dalam hati dia untuk kau. Tapi walaupun aku tahu semua benda ni tapi aku still buat benda sama and sama macam perempuan-perempuan yang kat luar sana buat.

Tak kisahlah apa jadi dan macam mana cara pun Allah tu nak tarik kau dari segala dosa ni tapi ingat setiap apa yang kita nak memang takkan dapat dan Allah dah bagi perancangan terbaik untuk kau. kadang aku bodoh sebab selalu percaya apa yang aku nak tu lagi penting dah terbaik untuk jalan hidup aku sampai aku lupa Allah punya perancangan tu lagi hebat dan kadang kita sendiri pun tak boleh nak jamin tahap kebahagian kita kalau Allah dah tentukan.

move on is not the easy words to say. but we have even it hurt u so much but need to moving forward for your life and future.


be strong Nik Amirah <3 p="">

Saturday, March 25, 2017

This sem sangat keras

Dear Dairy

This sem aku rasa sangat lah keras sekeras tiang konkrit yang ada dekat rumah-rumah dan bangunan-bangunan yang sedia tersergam indah. Like seriously, i am not kind of person yang boleh handle semua kerja dalam satu masa. dengan keadaan sekarang buat aku jadi makin rumit yes makin rumit. Untuk subject photojournalism aku rasa banyak benda yang buat aku rasa makin rumit. Assignment berlambak and of course aku sampai tak boleh nak catch up semua benda ni. Aku tak salahkan aktiviti club yang sedia ada dan berlambak nak mampus. Tulah maybe sebab aku tak pandai nak bahagikan masa aku kan tu yang aku jadi macam kelam kabut sikit.

tapi kalau nak diikutkan memang bila kau dah final year ya ALLAH DIA PUNYA SUSAH MEMANG KAU AKAN RASA NAK TERCABUT KEPALA OTAK KAU DARI TENGKORAK KEPALA KAU. Tapi bila one day kau dah terima scroll ijazah kau semua benda yang jadi and kau alami ni semua memang dah paid off. !

tu je nak cakap aku tgh serabut ni.

My Makeup Tutorial Goes Crazy !

Dear Dairy ,

Selalu rasa macam nak feeling-feeling cantik bila aku tengok semua orang duk buat makeup tutorial tapi percayalah bahawa aku sumpah tak pro langsung nak lukis-lukis kat muka ni aku. Like am said, kalau nak cakap banyak pun tak guna aku payung hangpa semua satu video ni sis buat khas untuk tontonan hangpa semua okay?

Klau nak tau product apa yang sis pakai semua tu ha sis dah bagi link kat bawah sebab kadang kalau orang tanya ada yang aku tak balas dah berpuluh tahun sebab bukan apa, sebab sis tak perasan. Maaflah kalian kalau sis jarang nak reply korang punya comment wokey. Jangan kecik hati sebab sis pun sangat lah jarang nak update blog ni.

So to my beloved kawan dari KPTM DULU ni untuk u harap sangat video tutorial yang tak seberapa ni dapat nak mengajar awak untuk jadi lebih lawa dan of course u dah memang lawa !


Saturday, March 18, 2017

Final year

dear dairy,

To be honest i am so excited to finish my study but at the same time memang sedih jugak lah sebab kena tinggal zaman belajar yang mana kalau hangpa tak nak pergi class boleh buat alasan "madam, sir saya sakit la apalah" tapi bilah dah kerja hangpa ingat boleh sesuka hati hangpa je ke? Entah dalam final year ni banyak benda yang mencabar dalam hidup aku as student. Yes like seriously wey. Banyak commitment dengan club dan persatuan, dengan kerja part time yang sentiasa memburu aku pada hari ahad dan sabtu. Ni sebab nak cari duit lebih so aku decide untuk korban masa huhahuha aku untuk nak cari duit lebih.

Banyak masa kena korbankan kalau dah bergelar dewasa ni. Yes zaman ni lah aku kena belajar macam mana nak bahagikan masa dengan sebaik mungkin. bila dah kerja nanti mana ada alasan dah. dan bukan semua manusia nak dengar alasan kita. Bukan semua iye ingat tu. Hidup ni kena kental nak hadapi masa yang akan datang sebab one day bila kita jatuh takkan ada sesiapa pun yang nak dan akan bantu. Disebabkan ekonomi semakin tak memberangsangkan so aku kena lah cari alternatif lain dan aku rasa ramai je sekarang yang sehari buat dua tiga kerja dalam sehari. contohnya, siang kerja office malam kerja jual burger ke apa ke. Dan ramai jugak zaman ni kawan-kawan uni aku yang dah nak kawen. Yelah nak tunggu apalagikan kalau dah jumpa yang berkenan di hati.

Kalau bercakap soal jodoh ni memang aku serah 100 je dekat Allah sebab selebihnya memang kita rancang tapi Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kita so dont ever nak persoalkan apa yang Allah dah rancang kat kau... eh pulak sis nak serious bab jodoh dah kenapa ? sis dengan senang hati nk khabar ke kawan-kawan sekalian sis bosan nak tulis pedia tak tau tapi apa pun ni jelah nasihat yang boleh sis tulis untuk kawan-kawan. kalau nak ikut, suka hati koranglah kalau tak nak ikut pun takpe sebab sis dan kalian memang takkan rugi pape pung..

Klau nak kejar pointer tu yes u have to sebabnya cuba bayangkan kalau kau grade pointer mcm tu je apa nak jadikan ? so nak tak nak memang kena kerjar lah bagi pointer baik sikit. aku tak mintak banyak tapi mintaklah sangat-sangat aku dapat kerja dalam bidang yang aku belajar ni. Bukan senang aku dah alihkan bidang aku dan aku spin 360 darjah semua benda dalam hidup aku. Dari berkerja di belakang tabir dan sekarang ni memang kena berkerja di depan tabir. Yes memang cuak jugak kalau nak fikir macam mana aku nak intern nanti and macam mana aku nak face bidang kerja yang totally berbeza dari sebenarnya.

aduh aduh. cuak sis.


Bersambung

Friday, March 17, 2017

life is so sad

dear dairy

When ur life is turn on to give u sadness ever. Percayalah tiada siapa yang akan buat kau jatuh teruk. recently, dapat banyak khabar and berita yang best-best from my friend. ada yang nak kawen dah and ada yang dah dapat second baby lah apalah. macam-macam sangat wey. congrat kat korang mana yang kahwin, mana yang dah dapat baby, mana yang dah abis stdy and of course you gais sangat awesome!

when it become you want me to talk serious. aku dah mula risau pasal isu kewangan yang kadang aku sendiri rasa macam beban kat aku. yes sometimes but it okay i still can afford to find the way mana nak cari itu ini. masalah krisis kewangan dunia. aku pun pening bila dengar cite gst dah nak dinaikkan, itu ini semua dah nak naik. wey cuba bayangkan kalau semua benda nak naik abis yang kami muda-muda yang cari duit sendiri nak makan apa? aku tak boleh nak jadi adakah kehidupan aku akan lebih tenang ke tak kalau dengan keadaan malaysia yang sentiasa berdepan dengan krisis kewangan yang tiada penghujungnya.

Bila dah final year ni aku banyak fikir macam mana aku nak simpan duit and preparation for my future nanti. i mean yelah siapa nak bagi duit kat aku kalau aku menganggur tanam anggur nantikan ? simpan dah makin mensusut hingga ke tahap yang membimbangkan. yes membimbangkan. aku rasa macam nak menangis tengok simpanan yang tak berapa nk simpanan tu. keadaan sekarang pun memerlukan seseorang melakukan lebih dari satu perkerjaan. mana nak cukup kalau kau keje sorang and mana nak cari duit kalau kerja itu memerlukan kau kena bayar semua hutang-hutang yang ada. ok lepas ni nik amirah kena cari anak tan sri or dato dato untuk kahwin! bhahahaha kepala otak hangpa.

Tak kisah macam mana pun tahap kewangan lelaki or bakal jodoh aku tapi yang pasti dia takkan pernah putus asa nak berkerja and of courselah dia akan sentiasa cari jalan macam mana nak solvekan masalah kewangan yang bakal kami hadapi *ceh ayat macam esk nak kahwin* tapi seriously wey, kalau hangpa cakap pasal cinta cuba lepas kahwin ? korang ingat cinta tu boleh bagi korang makan ke? pakai hangpa ? dapat pulak yang jenis 24/7 shopping sana sini tak ke mati lelaki tu nak fikir macm mana nak cari duit shopping lagi, duit handbag, duit makeup bagai. adoi aku yang buat calculation untuk diri aku sendiri kalau aku sejenis perempuan yang gilakan handbag, makeup, and bla bla aku pun boleh pengsan.

semenjak dah final year ni banyak benda yang aku fikir aku kena usaha keras sikit. macm aku kena kerja lebih dari 1 kerja sebab nak elakkan pendapatan aku kurang and of course kalau emergency duit tu lah yang banyak aku guna untuk tampung semua benda yang aku rasa emergency. yes dunia sekarang ni semua memerlukan duit. dengan itu ini. ish banyak lah. kadang-kadang mak ayah kita sendiri pun takut nak bgi kita lelebih takut kita tak pandai menyimpan and of course kau akan boros and of courselah kau akan gunakan duit sebagai duit lebihan and belanja mcam nak mati and tak ingat dunia.

Nak hadap zaman perkahwinan and berbincang bab ni yg paling aku rasa takut sangat-sangat adalah sebab macam mana nak bina kewangan yang stabil dengan pasangan anda? aku palik takut bab ni sebab aku rasa kalau tersilap langkah memang akan kecundang buat selama-lamanya. and ada yang mengatakan perempuan ni dia boleh susah dengan lelaki 3 kali sahaja. kali ketiga dia memang akan chow tinggalkan kau. tapi aku rasa dan pendapat aku bukan semualah perempuan tu begitu. tapi kalau dapat lelaki yang jenis pemalas aku sendiri pun akan chow dari hidup lelaki tu sebab tak tahan. tu bercakap soal perbelanjaan sebagai pasangan yang berkahwin. aku sendiri to be honest tak rasa yang aku mampu nak urus kewangan dengan baik kalau aku pun tak start menyimpan dari sekarang sebab kebanyakkannya aku nampak wang aku habis kat makanan. memang lah orang cakap kita membazir kat makanan takpe tapi bukankah itu amalan syaitan? hahaha tepuk dada tanya selera.

kalau nak fikir bab duit memang sampai kiamat pun takkan habis. yang paling penting sekarang aku dah malas nak fikir and of course aku akan sentiasa beringat sebab sekarang ni bukan senang nak cari duit dan bukan senang nak senang. sedarlah diri time korang berbelanja tu. jangan rasa diri tu kaya sangat sampai semua benda branded kau nak kebas. ending hujung bulan makan pasir sebab duit simpanan dah habis berbelanja.

the end

Friday, January 13, 2017

bye bye 2016

Lesson for 2016, i learned that if you work hard, you will get what u want. I learned that you can't change people, they have to change their own. I learned that the love is about giving not receiving. I learned that life follow you, not about the other way. I learned that you can't put the same energy to other people. If they don't want to, let them, if they want, they'll find you.....Thanks 2016

Alhamdulillah for the wonderful year! dalam banyak-banyak tahun. Tahun 2016 ni ajar aku untuk jadi lebih penyabar and of course i stay calm walau macam mana cubaan and rintangan yang datang. Tahun ni jugak ajar aku supaya jangan malas kalau nakkan sesuatu dan kadang kita tak perlu untuk gerakkan diri kita pun untuk nak get attention from others. Yes!

Tapi Tahun ni jugaklah yang banyak ajar aku untuk jadi lebih penyabar dengan manusia yang kadang menyakitkan hati dan kadang merumitkan kehidupan kau. Alah tiap-tiap tahun pun aku akan jumpa manusia yang perangai macam bullshit tapi beza dia tahun-tahun yang lain kalau aku dah tak tahan aku akan memekak dkt telinga dia. "Sape suruh aku jadi mentalkan?"

Tahun ni jugak aku dapat achieve sikit apa yang aku nak dan insyallah biar achievement tu terus menerus dan aku taknak gagal di pertengahan jalan yang aku dah bina ni. Bila mana kau rasa kehidupan kau lebih bermakna tak payahlah nak fikir pasal orang lain. Tahun ni juga aku belajar erti sahabat sebenar dan buat pertama kalinya aku jumpa manusia yang sanggup nak jatuhkan kau terang-terangan tapi jangan takut sebab tuhan tu maha adil. Kalau segala usaha kau dah lakukan dengan terbaik dan mungkin kau takut kau akan gagal dan kau serahkan 100% atas usaha kau dekat Allah. Insyallah orang yang nak buat kau gagal terus dalam sesuatu perkerjaan tu mungkin akan rasa kecundangan dan kecewa sebab kau boleh laksanakan dengan jayanya. Yeay Alhamdulillah we did very well mel, acap. amirul and semua crew cmc yang bertungkus lumus menjayakan outstanding award 2016. Bangga dengan korg !


Dalam tahun ini juga aku belajar macam mana nak hargai seseorang dengan penuh kasih sayang dan jangan ada perasaan bias sedikit pun dengan diaorang. Yes bila mana aku join IOJ (Institute Onn Jaafar) Aku rasa macam kenapa aku baru tahu benda-benda macam ni wujud untuk anak-anak muda kalau nak bina jati diri mereka. feed the homeless, duduk lepak hang out dan cerita pasal mereka is the best moment yang aku takkan boleh beli kat mana-mana pun. Kenapa nak kena rasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang? sebab kau, aku dah kira beruntung duduk didalam keadaan selesa dan kadang kau boleh merungut bila sesuatu kerja kau tu merumitkan. Ya ALLAH nampak tak bertapa tak bersyukurnya aku kadang bila dah hidup senang dan selesa.  2016 ni banyak ajar aku erti "biar orang buat kita macam mana sekali pun, jangan sesekali kita buat orang sebab dia akan dapat balasan dia yang aku sendiri takkan tahu tapi biar itu urusan dia dengan Tuhan"

2016 ni ajar aku erti persahabatan yang berkualiti wwalaupun kau baru jumpa member tu baru kenal dalam 2,3 bulan. YES. Untuk cari kawan yang berkualiti kau tak perlukan 7-10 tahun untuk kenal diaorang luar dalam mereka. cukup lah kalau kau ikhlas dan kau tak memilih nak kwn dengan dia itu pun dah cukup. Jenis kawan kalau yang kawan dengan kau sebab nak benefits, minta di jauhkan. tapi aku harap tahun 2017 aku takkan ada masalah kawan-kawan dah sebab kau akan rasa useless umur dah tua bangka tapi still ada masalah kawan-kawan. hahahahaha standard lah kot semua orang ada kan ?

2016 ni jugaklah aku pertama kali dalam sejarah aku naik pentas sebab di atas kecemerlangan aku. thanks for the deanlist award ya ALLAH. dan tak sia-sia usaha dan penat lelah aku nak kalahkan orang in term on academic. itu dah memberangkan gaya kehidupan dan persaingan sihat.



akhir kata

thanks 2016 for rocking my world !





Bella from Ioj i meet new people !

English For All 

clique in Unisel & CMC



kambing bakar meru, Klang

Janganlah aku jadi macam food hunter lagi sebab hakak tak kuat dah nak gemuk and of course i cannot brain kalau aku gemuk mesti susah nak buat semua activity yang aku rasa aku kena buat. so start when my bestie ajak teman pegi review dia punya thesis dekat UITM Puncak Alam. Jauh makaih tapi berbaloi jugak bila mana dia ajak and tunjuk tempat best nak makan. Kambing Bakar Sahara. Kat sini bukan ada kambing bakar je macam-macam dia ada. Ada ayam penyet, bakso , sup kambing eh macam-macam lah. Tapi kalau kau mintak western diaorang takdelah sebab mostly dia served makanan melayu okay. Dan yang pasti dia tak boleh jadi tempat makanan kegemaran k1ng Coco tu sebab ni semua di served makanan melayu. Sorry coco. hahahahha

So, aku dah terjebak dengan keadaan begini aku memang tak leh nak tahan time kawan aku tanya, "kau seriouslah tak nak makan nasi wey?" Yes i am serious la wey. Jangan crush diet aku boleh tak ? aku reply dengan penuh berhemah tapi ayat makan dalam. Alah bestie aku ni boleh la sebab badan dia cekeding je kau makan lah banyak mana pun memang dia takkan naiknya badan dia. hahahahahahahahahaha. tapi to be honest memang akan rasa macam jeles la weyh sebab dia makan macam mana pun dia takkan gemuk. Dan aku harap dia akan gemuk bila dia dah kawen and dah beranak pinak nanti. Yes!

nah details kedai.

Banyak okay kambing dia. 1 set bersama dengan nasi RM10. BERBALOI SANGAT-SANGAT

KORG juga boleh type je dekat google maps Kambing Bakar Sahara




makeup stuff talk

dear my reader,

Recently i have a few comment yang come from my friends and kawan-kawan di laman social yg i dont even know them, where they come from and bla bla. So, i sangat pemalu orangnya nak buat video tutorial sebab i tak cantik. hahaha (low confident betui) so meh la i share sikit apa yang i pakai for make up daily routine.

Kalau hangpa nak tau aku adalah pengguna tegar barangan drug store yang kadang in RM50 u can get macam-macam tapi for my foundation seriously i never used yang beli dekat danau kota ke apa ke kan sebab bahaya sebab it your skin will getting worst kalau korang silap beli ke main hentam keromo. So untuk langkah berjaga-jaga sila lah pakai foundation yang berjenama and yang memang orang dah banyak review kehebatan dan kebaikkan product to. Klau nak diikutkan sekarang ni dah macam-macam jenis make up and brand yang korang tinggal pilih je and of course tak payah nak risau tahap kebersihan mereka sebab memang dah dijamin halal. especially kalau korang beli product-product berjenama tempatan. macam foundation sekarang yang tengah famous & letup alhaalfa. aku tak guna lagi tapi tgk finishing foundation ni letup wey.

so kalau tanya i foundation apa i guna ? i guna sephora sometimes and of course mac yang kadang-kadang buat aku kopak sebulan kalau nak beli foundation ni. Apa pun nah la saya share sikit gambar make up i ouls.

nah nah hakak dah payung 

fame lipstick ni power gila texture dia. 

cantik kan color dia?

makeup based from iflawless (argan oil with gold)





hasil make up tanpa filter