Thursday, June 22, 2017

Kakak ku Balik kampung

dear dairy,

Alhamdulillah selamat sampai orang jauh. Memang jauh jugak agaknya. So, hari tu aku ada merepek dekat twitter pasal opinion aku kes Kerajaan Arab Saudi putuskan Hubungan diplomatik dengan Qatar negara yang senang senang je kena tindas dengan negara-negara besar. konklusinya apa yang aku dapat simpulkan agar benda ni semua menjadi sebuah penceritaan yang aku rasa nak marah jugaklah sebab negara sesama islam sendiri tak nak tolong and hina sesama islam. Tak lain dan tak bukan pergelutan ini memang berpunca daripada isu minyak dan bahan gas asli. Dari apa yang dapat dilihat dimata kasar kita sendiri pun, selepas donald trump buat lawatan ke saudi hari tu terus ada nya pergaduhan antara saudi dan qatar. kesian negara yang sekecil ini di tindas atas sebab dan kerana, menjalinkan hubungan baik dengan iran dan iraq. Kalau korang nak tahu kedua-dua negara ni memang kaya dengan hasil bumi minyak dan gas asli. (Aku rasa semua orang tahu pasal benda ni, so tak payah cerita panjang, jangan jadi malas! Sila google and research sendiri!)

Kakak aku duduk dan menetap di saudi dekat al khobar (damam) kesian jugaklah diaorang sebab selalu dah naik qatar airline tapi titiba jadi kes macam ni saudi putuskan semua talian udara, darat mahupun apa pun laman social memang tak boleh nak access. kesian wey sebab kena return ticket last min dan sangat tak berhati perut jugaklah kerajaan saudi ni sebab dia buat hidup orang kucar kacir.

Perjalanan mengambil masa 7 ke 8 jam tak silap aku sebab time aku pergi dubai dulu tak payah transit flight pun and flight direct kl-dxb mengambil masa 7 jam. memang rasa tak best sangat sebab kena duduk dalam flight selama 7 jam tu lah aku tido makan and tido makan and tgk dah nak dekat 4 movie. hahahahaa ni aku pun tak faham macam mana akak aku boleh redah nak balik tiap-tiap tahun naik flight dengan kena transit flight bagai. haih lah. "Bertabahlah demi nak jumpa sanak saudara"

Dah sampai dah orang jauh. 

Berjalan sambil terkejut tengok banner ! 

Dia ni terlebih excited !

Nikobe's family!

welcome back!

5 am tak tido sebab nak buat banner katanya!





moral of this story: mana nak dapat adik beradik yang sanggup nak amik dan hantar kau ke airport dengan perasaan sayang dan of course dengan rasa macam ya Allah excitednya kakak aku balik! 



Insyallah raya blog will update soon 


love 

Nik amirah 

No comments:

Post a Comment