Thursday, June 22, 2017

Kuah Kacang style Johor + Nasi Impit!

Dear Dairy!

Dah nak raya ni macam-macam benda nak kena prepare. Kalau tahun lepas aku dengan kak tiah yang berhempas pulas dekat dapur sebab time tu mak sakit teruk sampai tak boleh nak bangun. So, macam biasa lah buat nasi dagang, ketupat sotong and sambil kacang dengan nasi impit. Disebabkan ayah aku memang asal terengganu (Besut) so menu utama rumah kitaorang memang nasi dagang and ketupat sotong. Memang tak boleh larilah menu ni dan tak pernah tak ada.

Hari ni tiba-tiba terasa macam nak makan kuah kacang dengan nasi impit. Yang paling penting sanggup siot aku ke NSK selayang sampai dekat 1.30 am aku dekat sana sebab nak beli barang-barang nak buat kuah kacang and nasi impit ni. Aku bukan selalu pun masak kuah kacang ni, so disebabkan teringin sangat kena recall balik cara macam mana nak masak kuah kacang ni.


Kuah kacang resepi cik pidah (Mak aku punya style)

Bahan-bahanya ialah:

1. Kacang Tanah (Goreng/sangai tapi jangan sampai hangus pulak)

2. Nasi Impit cap adabi ke atau apa-apa brand pun takpe asalkan dia nasi impit!

3. Serai

4. Cili kering (diblender)

5. Sedikit belacan

6. Bawang merah/bawang putih (Diblender)

7. Asam Keping

8. Gula Melaka


Cara-cara memasak ialah:

1. Masak nasi impit selamat 90 min

2. Goreng kacang tanah sehingga garing (aku malas nak guna teknik sangai sebab lambat, so goreng jelah)

3. Tumis Bawang merah/Bawang putih yang telah diblender bersama cili kering juga yang telah diblender sehingga naik minyak.

4. Masukkan garam secukup rasa dan belacan. Tumis kuah anda sehingga pecah/naik minyak.

5. Masukkan kacang yang telah ditumbuk/blender

6. Masukkan 2,3 cawan air supaya kuah kita tidak terlalu pekat iye tuan puan. (aku suka buh banyak sebab makin kacang tu kembang, makin sedap nak makan!)

7. Masukkan sedikit gula melaka dan serai yang telah diketuk dan kacau sehingga sebati.

8. Akhir sekali sebelum kita nak tutup api masukkan asam keping. (dalam resepi ni aku guna sekeping je asam keping sebab tak nak rasa dia masam sangat)

9. Siap dan sedia dimakan bersama nasi impit!


kacang tanah yang belum di goreng

goreng dengan kadar api yang sederhana besar sebab kacang ni sesama dia pun mudah sangat hangus!

Sementara buat kuah kacang, masaklah nasi impit

sebab takde lesung batu dekat rumah ni so, pakai jelah blander. tapi blender kejap je jgn bagi halus sangat

Bawang putih/merah yang telah di blender

Cili kering ni kena blender dlu!

kuah kacang aku tak berapa merah sangat sebab kacang tu ada yang terhalus sangat blender. !






No comments:

Post a Comment