Wednesday, August 7, 2019

Rezeki

Ramai orang rasa kalau bekerja itu adalah satu rezeki dan nikmat sebab setiap bulan kita akan dapat duit dan boleh belanja macam-macam. Apa pun kena ingat bukan boss kita atau orang sekeliling yang kau rasa penting sangat untuk kau mencari rezeki. Bagi aku kalau kau berani nak ambil risiko untuk cuba sesuatu yang baharu bagi aku kau dah cukup berani nak buktikan dekat semua orang dan diri kau yang kau hanya bergantung harap dengan Allah.

Tipu aku cakap aku tak pernah rasa duduk bangun aku. Iyelah cuma aku tak berkesempatan nak cerita dekat sesiapa macam perjalanan kehidupan aku yang penuh dengan kecam dari manusia-manusia yang bergelar boss dan majikan ni. Tapi kalau korang rasa yang majikan korang tu adalah sumber dan punca pendapatan korang jagalah betul-betul cumanya dalam kehidupan ni jangan terlalu mengharap dengan semua orang.

Percayalah yang rezeki kita memang Allah dah tulis sejak kita lahir ke dunia lagi. Dan jangan takut nak rasa kecewa sebab dari kekecewaan itu kau akan bangkit untuk buktikan yang diri kau mampu buat segalanya yang orang akan anggap kau tak mampu. And yet u have to show to the world yang kau mampu berjaya walaupun di hina dan sentiasa dikecam.

Jujur aku kata, dlu memang aku kuat nak melenting. Pantang bos marah sikit aku dah meroyan satu office sampai rasa tak boleh nak kawal dah kemarahan. Tapi kan bila kau dah semakin meningkat dewasa apa yang kau nampak adalah untuk bekerja cari duit dan kau hidup bahagia dengan keluarga dan orang yang kau sayang. ITU LEBIH PENTING DARI KERJAYA KAU.

kalau disuruh pilih kerjaya atau keluarga of course aku akan pilih keluarga aku sebab aku rasa duit rezeki semua ni boleh cari dan rezeki Allah ni sangat luas untuk kau explore! Bukan kalau kau jumpa satu tempat tu kau rasa memang rezeki kau HANYA tertulis dekat situ sahaja. TIDAK sama sekali!

Semakin kau berani cuba sesuatu yang baharu semakin itu kau akan rasa kebahagian yang mana orang lain takkan rasa apa yang kau rasa. Walaupun first-first tu akan ada manusia yang akan kecam kau sampai kau rasa diri kau "Hina sangat ke aku ni".

Percayalah rezeki memang ada kat mana-mana cuma kita jadi Manusia jangan selalu mengeluh dan malas.

Insyallah Ada rezeki aku nak tukar tempat kerja sebab nak cari angin baharu pulak. Nak rasa macam cabaran dekat tempat baru. Nak rasa macam mana kena struggle untuk bina kerjaya sebelum hari tua dan ada anak-anak yang perlu dijaga.

Ameen..


The End

No comments:

Post a Comment