Friday, June 26, 2020

24 JUNE 2020

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah dah selamat naik pangkat dari Cik ke Puan. Alhamdulillah sebab dah jadi isteri kepada Zulnun Almashari. 6 tahun berkawan, bercinta, bergurau senda dan bergaduh akhirnya ke jinjang pelamin jua.

Majlis nikah diadakan di Pejabat Agama Shah Alam. Pada jam 1 tengah hari dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan untuk melangkah ke alam perkahwinan ni. Contohnya, kahwin musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dunia digemparkan dengan penyakit berjangkit Covid-19 pada march 2020. Malaysia ambil langkah dan pencegahan awal apabila penyakit berjangkit ini mula merebak.

Kenangan ni memang rare orang kata tapi inilah kenangan yang paling takkan dilupakan bila kena bernikah di pejabat agama apabila Malaysia dan kerajaan telah melaksanakan dan memerintah semua rakyat untuk hidup dalam keadaan new norms. Banyak juga kerja dan hal-hal perkahwinan macam catering, baju, kad kahwin yg tergendala.

Tapi alhamdulillah 24/6/2020 kami ambil langkah yang drastik untuk langsungkan juga majlis pernikahan walaupun macam-macam cabaran. Dengan itu ini nya tapi malas nak spoilkan mood menulis dengan ceria ni.

Terima kasih diucapkan kepada kedua belah ahli keluarga yang banyak membantu menjayakan majlis ini. Tak mampu nak balas dengan wang ringgit. Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan kepayahan korang semua sepanjang majlis berjalan.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan aku selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz. Betul orang cakap. Kahwin ni lain sangat perasaan dia. Perasaan dah pikul tanggungjawab tu lain mcm dlu. Kalau dlu zaman bercinta lain. Zaman kahwin ni mungkin ada masanya bukan semua indah ada kalanya susah juga nak ungkap.

Doakan keberkataan ikatan ini sehingga ke akhir hayat dan sentiasa dalam keredhaan Allah SWT. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang tak habis-habis mengucapkan selamat pengantin baharu & mendoakan kami. Moga Allah balas kebaikkan kepada mereka yang mendoakan.


#ayieamirahfinally

Tuesday, March 31, 2020

Covid-19

Dunia gempar dengan wabak ini. Malaysia juga antara negara yang tidak lari dari diserang wabak ini. Untuk maklumat lanjut Covid-19 atau Coronavirus adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai dari selsema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MER-CoV & SARS-Cov.

Novel Coronavirus ini bermula di negara China dan merebak sehingga keseluruh dunia sebab manusia yang ada berjangkit wabak ini bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Ni pemahaman aku dari apa yang aku baca dari kkm punya portal rasmi.

Baru-baru ni ramai yang beranggapan di Malaysia mereka yang dijangkiti adalah kerana mereka yang menghadiri perhimpunan tabligh. Aku sangkal kenyataan ini sama sekali sebab punca penyakit ini pun bukan berasal dari kita. (Takut nak ulas panjang-panjang sebab nanti kan ada yang kena tangkap pulak)

Apa pun aku just nak cerita kisah pengalaman hidup aku sepanjang hidup 27 tahun ini. Ini baru pertama kali kerajaan umum semua pekerja diarahkan agar tidak keluar rumah dan duduk di rumah. (bukan darurat) tapi Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) or Movement Control Order (MCO) or Restricted Movement Order (RMO)

Bermakna semua rakyat diarahkan untuk duduk dirumah ini bagi memutuskan rangkai jangkitan yang boleh menjadi penyebab wabak atau virus ini berjangkit. Bayangkan hampir setiap hari ada je mangsa yang meninggal dunia disebabkan penyakit ini. Bermula dari 2 orang smpai lah hari ni saya menulis di blog ini sudah 43  orang mangsa yang meninggal akibat wabak ini.

Banyak konspirasi yang masuk dek akal juga kalau berbual dengan mereka-mereka yang level ilmu diaorang bukan biasa-biasa. Ada yang kata ini adalah strategi untuk menjatuh china dan ada yang berkata ini adalah agenda israel untuk itu dan ini. Tapi Allahualam. Berserah je dekat Allah sebab apa pun kita tak boleh nak put blame dekat one side ke apa. Sebab kita pun tak tahu.

Sepanjang berkerja dari rumah ni aku rasa banyak benda yang menjadi halangan untuk aku berkerja dari rumah antaranya tv, makanan dan yang paling melemahkan adalah katil dah memanggil-manggil.


okay nanti sambung lagi!

Thursday, March 5, 2020

PERLI

salam,

Bagi aku, dalam kehidupan ni tak payah nak sakit hati dengan orang, suka rasa diri kau bagus and of course selalu rasa macam kau punya life dah perfect sangat. Basically, im not living in family yang suka perli-perli sound-sound orang bagai..

Kenapa nak kena buat semua benda ni walhal kau lagi ada benda yang lagi bagus kau nak buat. Mak aku selalu pesan kalau bercakap jangan pandang dongak ke atas tapi pandang kiri kanan kau. Contohnya, kau dengan siapa dan yang pasti jangan selalu bercakap menyakitkan hati orang. Well, im not kind of person yang suka melatah and suka nak emo. unless you are my close friends.

Jangan sesekali pandang kehidupan kita dari sisi yang negatif sebab bila kau fikir macam tu and of course kau akan jadi apa yang kau fikir. Harap lah manusia-manusia yang suka perli orang sedar diri and kena fikir apa yang kau rasa bila orang sakit hati dengan setiap perkataan yang kau cakap ..

Aku tak harap banyak, harap manusia yang suka berkata-kata begini selalu fikir apa yang dia akan dapat kalau dia buat orang sakit hati.

the end

Tuesday, December 3, 2019

Kahwin

Part 1

Selalu kita cakap bila nak kahwin ni fikir benda best-best. Yelah lagi-lagi kau nak kahwin dengan orang yang kau sayang. Aku rasa memang lah best first-first kahwin tu tapi bila dah lama-lama aku tak tahu nak rasa apa. hahah Bila tengok orang yang dah lama kahwin ni rasa takut pulak nak kahwin. Yelah zaman sekarang ni macam-macam wei. Suami curang, isteri tertekanlah. Eh macam-macam lah..

Kahwin ni bagi aku susah.. yes susah! bukan susah time nak kahwin iye. Tapi susah bila kau kena galas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suami. Iye nak jadi pasangan dan membina keluarga ni bukan kena fikir pasal kesedapan ketika berjimak je. Tapi kau kena fikir adakah kau dah pilih orang yang sesuai untuk menjadi pasangan hidup kau dunia dan akhirat. Tak taulah kalau ada orang yang nak kahwin sampai dua tiga kali kan?

Jodoh, maut semua memang kita tak boleh nak rancang dan atur. Tu semua kerja Allah.. Tapi apa yang aku cuba nak explain ni is Important of marriage life. Yelah kalau dah kahwin siapa je yang tak nak jadi isteri terbaik, suami mithali kan? semua nak.. nak capai level tu confirm susahkan?!

Kenapa aku lebih berhati-hati sebab aku rasa dalam kehidupan ini memang kau kena terima nasib hidup dan sebagainya. Tapi pilihan kita juga yang menyelamatkan kita untuk terus membuat kesilapan atas apa-apa keputusan yang kita lakukan.

Perempuan zaman sekarang boleh pilih untuk nak kahwini lelaki yang macam mana. Of course kau orang ada hak tertentu untuk mengatur kehidupan kau sendiri. Bukan zaman dahulu. kalau nak kahwin kena ikut pilihan keluarga. No way!

Bagi aku definasi kahwin ni banyak yang boleh diambil kira dari pelbagai perspektif. Susah nak interpret tapi benda yang susah ni yang kau kena hadap sebelum kau menamatkan zaman bujang. Lagi-lagi aku ni ha, jenis yang overthinking memang confirmlah fikir 1000X nak kahwin ke tak nak kahwin....

the end


Monday, December 2, 2019

Penang Shooting day 1

hi!

Lama rasanya tak pergi makan kat Penang ni. Last rasanya time buat class trip dua tahun lepas ke Penang untuk Photojournalism class. Sebenarnya ini antara pulau mutiara yang terkenal dengan pelbagai jenis makanan seperti makanan mamak style and etc. Fuhh!! kalau kat Penang memang orang akan ingat nak makan nasi kandar beratur and etc. Pasembuq, mee sotong fuhhh... Sis dah terliur ni!

Tapi kali ni berbeza bila kau kena pergi Penang untuk berkerja rasa makanan yang aku makan tu rasa macam tak berapa nak sedap sebab kena fikir pasal kerja. Memang kelam kabut sikit rasa bila kena kerja dekat tempat-tempat best ni.

Shooting ini actually untuk promosi fiesta. So, team kitaorang kena cari scene-scene menarik nak buat video.. Mencabar jugak sebenarnya keje macam ni. Selalu sangat kena pergi outstation. Apa yang best bila kau dapat kawan-kawan baru & of course kau ada dapat kenal tempat-tempat baharu. Ramai yang tak tahu sebenarnya best gila bercuti dan berjalan tempat-tempat baru dalam Malaysia ni. Budaya setempat memang lain-lain..

Kerja aku banyak jumpa dengan orang, so banyaklah jumpa pelbagai jenis dan lapisan masyarakat yang pelbagai. Enjoy sebenarnya kerja macam aku ni. Tapi kalau korang dah ada family and jenis family oriented ni memang kau akan rasa satu bebanlah sebab kena outstation je memanjang. Bagi aku, selagi muda ni kau redah jelah untuk cari duit. Kalau dah tua nanti, sakit nanti susah pulak kalau nak ke mana-mana.

Apa pun aku doakan team aku boleh berkerjasama sampai ke penghujung event and sentiasa memberikan sokongan dan dorongan to each other untuk terus capai kemajuan. cehh. sembang macam pekerja yang berwibawa kan?


Mural yang rare aku kira di sekitar bandar P.Pinang ni
Sempat makan Mee Sotong, Padang Kota ! fuhh merciikkk!



Nanti aku update lagi!


Thursday, October 24, 2019

Rezeki Yang tak di sangka-sangka

Assalamualaikum...

Sepanjang karier aku jarang aku cerita macam mana kehidupan sehari-hari dalam menjalani kehidupan sebagai wartawan. Well, bukan tak nak cerita tapi masalahnya sibuk sangat dengan kerja dan schedule yang memang dah jadi sebahagian daripada tanggungjawab aku..

Sepanjang karier aku memang aku bersyukur sangat sebab smooth sangat Allah dah aturkan jalan kehidupan aku untuk cari rezeki. Aku bersyukur sangat sebab Allah memang banyak sangat tolong aku. Tolong smoothkan kerja aku walaupun aku banyak kali lupakan dia. Allah maafkan hambamu yang selalu lupakan mu ini.

Aku selalu fikir macam mana nak bahagiakan mak dan ayah, nak tolong mak dengan ayah dan nak bahagiakan orang disekeliling aku. Memang rasa macam mustahil untuk nak puaskan hati semua orang tapi tulah hakikatnya kita sebagai seorang manusia yang hidup atas muka bumi ini.

Okaylah-okaylah aku nak cerita pasal rezeki yang tak di sangka-sangka ni. Aku anggap jelah yang rezeki kali ini adalah rezeki untuk aku nak mulakan kehidupan aku selepas dah bertukar status nanti. (hahaha) nanti aku umumkanlah berita baik ni sebab benda-benda baik ni bahaya sangat nak umumkan takut kena sailang pulak.

Aku sebenarnya banyak belajar dengan company yang aku kerja lepas aku tamat degree. iya banyak sangat belajar selok-belok, hal-hal dan kenal dunia media ni macam mana. Bagi aku tempat kerja lama aku ini adalah sebuah universiti buat pengamal-pengamal media yang lain. Yelah kat sinilah kau tau macam mana susahnya nak tarik rating untuk orang view video, nak create content-content menarik eh macam-macamlah.

Lepas dah 9 bulan berkerja aku rasa aku kena move on dengan dunia media sebab sekarang ni company media dah tersangatlah goyah dan aku pasti ramai kawan-kawan media yang lain tengah mencari kerja yang sesuai untuk nak kukuh kewangan mereka. Lagi-lagi bila pengumuman penutupan operasi Utusan. Boleh bayangkan tak macam mana kalau kau dengar yang company tempat kau cari makan dah tutup dan tak mampu nak bayar gaji-gaji pekerja. Kesiannya lah aku tak boleh nak bayangkan kalau aku dekat tempat kawan-kawan aku.

Alhamdulillah 9 bulan aku kutip ilmu aku dapat jumpa tempat kerja baharu yang aku rasa aku dah kena settle down before umur aku 30 tahun (lagi 4 tahun je wei dah nak dekat 30 tahun) so, aku kena cari company yang kukuh dan TAKKAN curi masa aku untuk keluarga dan anak-anak kelak. Yelah kau bayangkan kalau kau jadi wartawan sehingga akhir hayat, ya ALLAH Tak boleh nak bayangkan macam mana busy dia dan macam mana nak handle kerenah orang yang di interview tu..

Alhamdulillah aku just nak cakap yang aku bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi sebab setiap aturan dia tu memang dah diatur cantik sangat..


4 Nov ni insyallah aku lapor diri dan sedia berkhidmat






Sunday, August 25, 2019

Bila Masa Berputar terlalu pantas

Assalamualaikum W.B.T

Lately ni aku banyak terfikir yang kita akan ke mana? Macam mana dengan kehidupan lagi 10 tahun akan datang, lagi 20 tahun akan datang? why all this question playing in my mind. Seriously, banyak sangat aku fikir smpai aku takut nak move dengan kehidupan aku yang akan datang.

Makin hari kita makin berubah, usia makin bertambah. Sampai tahap ini aku dah fikir yang i dont have a time to play around dah. Kena kerja cari duit, kumpul itu ini dan hari tua nanti aku hanya perlu fokus dekat ibadat aku. Insyallah kalau Allah panjangkan umur aku.

Dulu tak pernah fikir macam apa yang aku fikir sekarang. Apa yang menggembirakan aku bukan lagi barang-barang mahal, percutian indah bersama kawan-kawan. Makin kau besar, makin kau rasa yang kebahagian kau hanya datang dari keluarga dan orang yang kau paling sayang. Yes, it true. itu je yang boleh buat aku bahagia sekarang. No more friends, no more fancy clothes, no more holiday dan tiada lagi membuang masa bersama kawan-kawan.

Kawan-kawan bila susah pun boleh tolong. Ada pun memang dua tiga kerat je yang akan tolong kau. Bukan selalu akan ada. hmmm.. Macam tulah kehidupan. Nak tak nak memang kau kena harungi sorang-sorang.

Kadang aku terfikir macam mana yang satu hari nanti mak ayah dah takde, kakak dan abang aku pun dah takde dan macam mana kalau orang yang aku sayang tinggalkan aku macam tu je. Hmmm. Mesti apa yang aku rasa ni akan jadi one day dan pasti akan jadi.

Hmmmm.. Apa pun kita kena belajar erti bersyukur dengan apa yang kita ada. Kalau dulu aku rasa macam nak duduk jauh sangat dari kelurga, mak ayah tapi bila dah besar, dah rasa ada kehidupan sendiri aku rasa macam nak jadi budak kecik balik dan duduk bawah ketiak mak dan ayah.

Pantas masa berlalu sampai aku rasa yang diri aku dah tua dah. Dah lalui pelbagai pengalaman hidup yang aku tak nak lalui. Tapi setiap orang kena lalui. Bila kita dekat atas, gembira jangan terlalu gembira sebab kita tak tahu apa hari yang mendatang akan kita lalui.