Tuesday, August 7, 2018

Almost 3 year

3 TAHUN bersama rasa macam baru semalam jumpa dan berada didalam sesi perkenalan yang singkat. 3 tahun ni ajar erti kenal diri masing-masing agar sentiasa lebih matang dalam menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. 3 tahun ini kita belajar untuk sentiasa sayang-menyayangi, cinta mencintai dan yang paling penting belajar tentang kelemahan diri masing-masing.

Dalam 3 tahun ini juga ajar apa yang perlu diperbaiki bagi membina masjid yang bakal teguh utuh hingga ke akhir hayat. 3 Tahun ini rasa macam belum puas kenali diri masing-masing bagi melengkapi setiap seorang daripada kita. Semoga 3 tahun ini sentiasa tersemat kenangan-kenangan indah bersama dalam melayari kehidupan bersama kelak.

3 tahun tak lama seperti mana orang lain yang menyemai rasa cinta bertahun-tahun bahkan hari demi hari masih tetap rasa manisan cinta. 3 Tahun ini Alhamdulillah banyak kenangan yang kita berdua cipta buat lamunan cinta bersama. 3 tahun ini ajar satu antara kita untuk lebih teguh berada disisi walau dihimpit kesusahan, kesakitan dan mempertaruhkan kesetian. Terima kasih sebab kekal utuh membina tembok cinta biar jadi tinggi. Terima kasih kerana menerima kekurangan diri antara kita berdua dan terima kasih kerana sentiasa menjadi penyabar dikala disimbah api kemarahan dan terima kasih kerana bersabar dengan kerenah yang kadang kala menyakitkan hati.

Terima kasih buat semua nya.

<3 nbsp="" p="" za="">

No comments:

Post a Comment