Thursday, September 20, 2018

Maaf


Kenapa kita susah sangat nak mintak maaf dekat orang kalau kita ada buat salah dan silap. Kenapa suka beratkan mulut nak ucap kata-kata maaf tu ? Banyak benda buat kita sebagai manusia ni terasa. Tapi apakan daya kena hadam dan simpan elok-elok sampai lumat. Kadang jadi manusia ni pun susah sebab kena hadap dan jaga hati orang yang memang tak pernah nak jaga pun hati kau. Dalam dunia ni memang macam-macam orang tapi tulah banyak benda nak kena filter pun kau pun akan jadi penat sebab dah terlalu banyak sangat nak kena hadam. Antara yang paling susah bila kau kena hadam orang yang kau sayang nak buat apa je kat kau. Yes. Susah tapi nak buat macam mana hadam jelah walaupun kau kena telan.

Banyak benda yang buat aku lemah semenjak dua menjak ni. Tapi aku sebagai manusia yang tiada pilihan selain daripada kena jadi kuat so hadam jelah semua benda yang melemahkan aku dan prentending like macam takda pape. Kehidupan ni selalu adil untuk mereka yang sentiasa menghargai. Dan tidak adil bagi mereka yang rasa selalu menzalami mereka. Maaf tu sebenarnya bukan susah pun nak keluar dari mulut kita tapi ego buat bibir rasa berat dan kadang tak terkeluar pun kata-kata itu. Maaf ni sebenarnya perkara paling mudah nak buat orang rasa sayang, cinta dan mungkin akan rasa selalu tenang dengan kata-kata maaf ni banyak sangat keajaiban yang boleh berlaku sekelip mata je. Tapi tak ramai yang nak guna kata-kata ajaib ni dalam urusan seharian mereka sebab ego mengunung kalah gunung yang tertinggi dekat dunia ni.

Aku doakan moga ada dikalangan kita yang sentiasa memulakan kata-kata dengan kemaafan bila mana ada kesalahan yang dilakukan dan tak lokek untuk memberikan kemaafan kepada yang lain. Moga kita sentiasa terus menjadi pemaaf sampai syurga..



Habis

No comments:

Post a Comment